CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2011 10:34 PM | Show all posts
Arif mengayuh perlahan2 basikal yang disewanya tadi. Seluruh kawasan kampung dijelajahnya. Menunggang basikal di kampung itu memanglah menyeronokkan, lebih2 lagi bila mata dijamu dengan keindahan kampung yang menghijau dengan pohon2 kelapa dan pohon ru yang tegak meninggi. Tapi, kalau mengayuh basikal dikawasan berpasir, aduhai…seksanya nak menyeret basikal merentas pasir halus yang putih mulus.

Arif memberhentikan basikalnya di depan sebuah gerai yang menjual air kelapa muda. Seorang lelaki pertengahan umur tersenyum memandang kerahnya.

“Air kelapa nak..” laung pak cik itu. Arif tersenyum.

“Bagi satu pak cik,” arah Arif. Dengan pantas, kelapa muda ditarah dan ditekek. Selesai saja, straw di cucuk ke dalam isi kelapa yang putih bersih lalu dihulur kepada Arif. Rakus Arif menyedut air kelapa asli.

“Sedap!!” laung Arif tersenyum. Pak cik penjual kelapa tersengih menampakkan barisan giginya yang tidak tersusun.

“Anak ni dari mana?” soal pak cik itu ramah. Barangkali, itu soalan yang sudah terbiasa diajukan kepada mana2 pembelinya.

“KL. Berapa harga ni?” soal Arif mengunjukkan kelapanya.

“RM3.00.”

Lantas Arif mengeluarkan wang dari kocek seluar bermudanya. Wang bertukar tangan.

“Terima kasih…kalau senang, jangan lupa datang restoran pak cik malam nanti. Ada barbeku seafood malam ni,” pelawa pak cik itu. Arif ternganga, kemudian angguk.

“Kat mana?” soal Arif. Boleh juga makan diluar. Asyik makan makanan hotel, dia pun sudah naik muak.

“Restoran Rumbia sebelah tempat snorkling,” kata pak cik itu. Arif angguk lagi.

“Boleh juga. Hmm..terima kasih pak cik..saya Arif. Jumpa malam ni,” basikalnya sudah ditunggang. Dia sudah mahu beredar.

“Pak Mat,” laung pak cik itu sebelum Arif mula mengayuh basikalnya. Arif angguk tersenyum dan terus meninggalkan Pak Mat dengan lambaian tangan. Ramah kan orang Malaysia? Arif tersenyum sendirian lalu terus meneruskan kayuhannya menuju hotel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2011 10:35 PM | Show all posts
Malam tiba jua. Restoran Rumbia. Here I come! Arif menarik nafas panjang2. Restoran itu agak sarat dengan pengunjung. Gazebo yang dibina dari buluh dan atap rumbia menjadi tempat duduk bagi menikmati hidangan. Nunu di tepi restoran yang menghadap arah pantai, suasana  tempat makan yang terbuka sedang dikerumuni orang. Asap menjulang ke udara dalam kesamaran malam yang Cuma diterangi lampu gasolin. Lampu warna warni sarat menghiasi tiap ruang makan.

Restoran tepi pantai yang strategik! Not bad! Arif menyeluk kocek seluar bermudanya lalu melangkah masuk ke restoran. Kakinya dihala kearah sudut barbeku yang sedang berlangsung di tepi restoran.

Papp!!!  “Haa..datang pun. Ingat tak datang tadi,” bahunya ditepuk tiba2 dari belakang. Pantas Arif senyum.

“Datang…lambat sikit,” balas Arif.

“Haa..makan. Kira kemudian….Pinggan kat sana,” ramah pula Pak Mat melayan Arif. Arif terangguk2. Naik segan pula dia dengan keramahan pemilik restoran itu. Setelah Arif mengambil pinggan dan menghampiri meja barbeku, barulah Pak Mat menghilang di sebalik pelanggannya yang lain.

Arif meneliti makanan yang terdapat dipemanggang. Ada udang, sotong, ketam, daging, ikan yang terdiri dari pelbagai variasi. Kalau disuruh dia menamakan setiap jenis makanan laut di situ, sahih bin benar dia akan mendapat markah 0 per seratus! Makanan di capai saja.

Sebaik mengambil makanan, Arif duduk di bawah gazebo yang agak kecil saiznya berbanding gazebo lain. Angin laut malam kuat menampar pipinya yang bogel. Sesekali Arif menjeling kearah orang ramai di sekelilingnya. Semuanya berpasangan. Semuanya berkawan. Berteman. Tapi aku? Arif memandang t-shirtnya sendiri. Di toleh ke kiri kanan bangku sebelahnya. Kosong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:38 PM | Show all posts
Hmm…makanan disuap ke dalam mulut jua. Rasa menyesal pulak tak ajak Kunal datang bercuti sama2. Kunal…pembantu peribadinya di pejabat, merangkap kawan baiknya sejak 4 tahun yang lalu. Masih teringat, Kunallah yang banyak membantunya sewaktu dia mula2 bekerja. Jika tidak ada Kunal, pasti dia kekok dan tidak dapat mengemudi kerjanya dengan baik. Tapi, kalau diajak Kunal menemaninya, siapa pula yang akan menggantikannya membuat kerja pejabat?

Itulah…orang suruh kahwin tak nak! Ayat wajib mama segera terdengar di cuping telinga. Kalau dah kahwin, senang! Pergi mana pun, ada orang ikut! Pergi mana pun ada orang temankan! Dan, kata2 mama itu segera dibalas olehnya.

“Arif tak perlukan teman ma. Setakat ni, Arif suka jadi lone ranger! Pergi mana2 pun sorang, tak payah tunggu perempuan bermekap, berdandan atau tak payah risaukan apa2…Arif free and I want to stay that way for the time being!”

Haa..apalagi, mencurut muka mamanya mendengar kata2nya.

Arif sengih sendirian sambil mengunyah sotong bakar di dalam mulutnya. Enaknya!!Lain sungguh rasanya dengan sotong kat Kuala Lumpur. Sotong disumbat lagi ke dalam mulut. Entahlah, mungkin kerana dia anak tunggal di dalam keluarganya, dia sudah terbiasa dari kecil hidup seorang diri.

Memori zaman kecil segera menerpa ruang ingatan. Masih teringat dahulu, sewaktu ibu bapanya sibuk ke hulu ke hilir bekerja di luar, dia ditinggalkan bersama pembantu rumahnya Mak Esah dan tukang kebunnya, Pak Kadir. Tapi, meskipun ditinggalkan begitu, dia kurang bercakap dengan keduanya kecuali bila dia lapar. Di dalam bilik tidurnya, sebut saja apa yang tak ada.

Set permainan 3D, home teater, studio muzik, play station, malah meja snooker pun ada! Semua itu sudah tersedia sejak umurnya 7 tahun lagi. Jadi, separuh dari hidupnya selain dihabiskan disekolah, adalah dihabiskan di dalam bilik tidurnya. Jika hari cuti, alamatnya seharianlah dia akan berada di dalam biliknya menghabiskan masanya dengan melayan media2 hiburan seperti itu. Tapi bila perutnya berkeroncong, barulah dia merangkak keluar dari bilik mencari makanan.

Mama dan papa pun, nampak macam tak kisah. Kata papa, it’s better than hanging outside for nothing. Sekurang2nya, dia tak berkawan dengan budak2 nakal…itu kata papa pula. Jadi, bila dah terbiasa dari kecil buat kerja seorang diri, hingga ke hari ini, saat ini, sejak usianya sudah menjangkau 30 tahun, dia masih belum terbuka pintu hati untuk berteman.

Tapi, hal itu mendukacitakan kedua ibubapanya pula. Hmm..Arif menarik nafas panjang. Macam2…Itu tak kena, ini tak kena. Aku nak kerja sendiri, tak bagi. Aku nak jadi musician tak bagi. Dah ambil alih bisnes diorang, sekarang bising sebab tak kahwin pulak…

“Apa yang dirungut tu..” entah dari mana, tiba2 Pak Mat muncul bersama pinggan ditangannya. Punggungnya dilabuhkan ke bangku sebelah Arif.

“Oh…Pak Mat..tak ada apa2,” malu Arif kerana menyedari dirinya diperhatikan. Mereka masing2 meneruskan makan.

“Seorang sajakah? “ soal Pak Mat.

“Well..” Arif jungkit bahu, enggan meneruskan jawapan. Pak Mat angguk faham.

“Selalunya, orang datang bercuti, bawak kawan,” kata Pak Mat. Arif angguk.

“Emm..Pak Mat, kenapa sotong ni sedap sangat ya? Rasanya manis betullah..” pandai betul kau Arif melencongkan soalan. Arif senyum sendirian.

“Ohh.. memanglah. Ini, sotong angkat dari laut, terus naik atas pemanggang api. Langsung tak kena ais. Makanan laut ni, kalau kena ais batu, hilang manis dia…” bersungguh2 Pak Mat bercerita sambil menunjukkan makanan di pinggannya.

Arif terangguk2. Maka, malam itu, panjang berjela pula ceramah Pak Mat tentang hasil laut yang dijualnya. Banyak mulut juga orang tua ni…bisik hati Arif. Rupa2nya, Pak Mat bukan sekadar memiliki restoran, tapi dia juga turut memiliki chalet murah yang terletak di Kampung Juara. Tak ketinggalan, Pak Mat turut bercerita tentang bot pukat tundanya. Arif yang memangnya sendirian, amat berterima kasih kepada Pak Mat kerana menemani malamnya. Sudahnya, kira2 jam 2 pagi, barulah dia pulang ke hotel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:43 PM | Show all posts
Kriinggggggggg!!!!!!Kringgg!!!!!!lagu klasik deringan telefon kuat berbunyi. Arif yang masih berselubung di dalam selimut segera tersentak. Telefon bimbitnya segera dicari.
Skrin telefon ditelek sejenak. Siapa pula ni…Nombor tak dikenali. Namun dijawab juga. Sebelah tangannya yang satu lagi mencapai alat pengawal penghawa dingin.

“Hello..” alat penghawa dingin terus dimatikan. Angin pagi yang menghembus masuk melalui sliding doornya yang terbuka luas benar2 sejuk.

“Hello…ini Encik Arif Farhan?” soal suara dihujung talian. Suara perempuan. Macam pernah dengar suara ni….Tapi kat mana. Berkerut dahinya mengingat.

“Ya bercakap. Siapa ni,” soal Arif. Sebetulnya, dia mahu mengutarakan soalan ini “ Siapa yang sibuk telefon saya pagi2 buta ni?” biarpun pagi tidak buta lagi. Matahari sudah agak tegak meninggi.

“Ya, saya buat panggilan dari Hospital Besar Kuala Rompin. Saya nak bagitau Encik Arif, yang pesakit yang Encik Arif langgar 2 hari lepas, dah sedar dan dia dah boleh balik,” suara dihujung talian berbicara panjang.

Allah!!Aku lupa!!! Bingkas Arif bangun.

“Emm..okay. Biar dia balik. Apa2 charge untuk hospital, puan boleh bilkan atas nama saya,” kata Arif. Hampir2 dia terlupa pula pada budak perempuan itu.

“Tapi Encik Arif, siapa nak jemput budak ni?” soal pemanggil itu lagi. Arif terkesima. Kau expect aku kena jemput budak tu ke? Sebelah keningnya terangkat.

“Tanyalah dia, tinggal kat mana. Siapa saudara terdekatnya,” arah Arif. Itu pun aku nak bagitahu ke? Baik aku saja jadi jururawat. Arif mencebik.

“Encik Arif…kami dah tanya dari semalam. Tapi dia bisu…” kata pemanggil itu seakan geram. Melopong mulut Arif mendengar. Bisu???Rambutnya yang serabai diraup. Kelu lidahnya.Otakya ligat mencari jalan keluar.

“Hmm..tak apa. I’ll be there in 2 hours,” janji Arif. Talian diputuskan. Arif terdiam sejenak. Bisu? Ahh…sudah…tak apa. Ambil budak tu dulu, then drive to tempat aku langgar dia tempohari. Kalau dia angguk, tandanya itulah rumah dia. Arif terus merangka pelan untuk menghantar budak perempuan itu. Dalam masa yang sama, dia bingkas bangun menuju kamar mandi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 10:48 PM | Show all posts
best..sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 11:14 PM | Show all posts
mula2 baca...rasa menyesal baca sbb ingat citer hantu....
baca komen kat bawah dulu...baru tahu bukan hantu punya citer...
baru start baca balik...rupa2nya best jugak...
sambung lagi fizzy,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2011 11:22 PM | Show all posts
citer baru.. bez2.. nanti smbg lagi yer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 11:51 PM | Show all posts
tak sabar nak tau smbungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 08:29 AM | Show all posts
wahh makin truja nak tau kisah sterusnye ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 10:44 AM | Show all posts
wahh!!!baru tepek citer baru, aku dah naik pangkat??
kalu cengginih...hari2 aku tepek citer baru... ...
fizziany Post at 17-2-2011 22:27



    wah fizzi.. bukan main suka ya... kalau ko rajin tepek n3 smpai ending akan ada lagi upah nnti..
kalau ko nak tepek citer baru hari2 pun ok gak... tapi dgn syarat jgn MIA dan gantungkan umah2 kau tu....
ni aku yg demand ni.... baru la ko cpt naik pangkat....

umah lama ko dah tutup buku? nak publish ke tak de idea?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 10:53 AM | Show all posts
wah umah baru..best2..intro pun da best..sambung cpt2 ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:18 PM | Show all posts
xde sambung ke hari ni?
nak gak tau sapa budak pompuan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 04:40 PM | Show all posts
karya baru dh kuar rupanya...simpan dlu mlm karang free baru nk baca....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 08:15 AM | Show all posts
fizzi   next....   next ....   next.... next
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:37 AM | Show all posts
eemm..lum ade n3 br ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 10:46 PM | Show all posts
Arif sampai awal di hospital 12 minit dari masa yang dijanjikan. Feri tiba awal tadi. Jadi, dia tidak perlu menunggu lama untuk ke daratan dari Pulau Tioman.  Terus sahaja dia ke kaunter wad.

“Haa..Encik Arif. Ini dia budak perempuan tu. Dia duduk kat bangku tu dari pagi tadi,”tunjuk jururawat tempohari. Di dadanya tersemat tanda nama ‘Hasmah’. Pantas Arif menoleh, memandang deretan bangku hijau yang terletak di ruang wad pesakit luar. Terdapat beberapa orang menghuni barisan bangku hijau yang disediakan untuk tempat menunggu.

“Mana satu?” ditelitinya satu persatu perempuan yang terdapat di situ. Sejujurnya, dia juga sudah lupa wajah budak perempuan itu. Malam itu, ketika menghantarnya ke hospital, wajahnya ditutupi dengan rambutnya yang panjang hingga ke pinggang. Selepas itu, wajahnya berbalut dan bertampal. Jadi, dia pun kurang pasti yang mana satu yang patut diangkut pulang.

Jururawat bernama Hasmah itu menghampiri seorang perempuan muda yang duduk dibangku paling hujung dan belakang. Arif mengekori jururawat itu. Mereka kini berdiri didepan gadis itu. Seorang budak perempuan muda, bertocang tinggi hingga menyerlahkan tulang pipinya yang panjang. Dia masih memakai baju t-shirt dan seluar track yang sama pada malam tempohari.

“Betul ke ini budaknya?” soal Arif hairan. Lantas, wajah gadis itu diteliti secara terperinci oleh Arif. Kulitnya putih kuning, rambutnya coklat gelap, raut wajah yang panjang, hidung mancung, bulu mata yang lebat dan bibir yang mungil merah merekah. Sekali tengok, tak ubah macam orang Sepanyol.  Arif seakan tidak percaya. Gadis itu mengangkat mukanya, memandang Arif. Matanya berwarna coklat.

Arif ternganga. Pandangannya dengan gadis itu bersatu. Kelu lidahnya serta merta.

“Betul ke dia yang saya langgar malam tu?” soal Arif tidak pasti. Jururawat itu mengangguk lagi, sambil berlalu menuju ke kaunter bayaran. Arif mengekori jururawat itu.

“Betullah. Ini bilnya,” jururawat bernama Hasmah menyerahkan satu keping kertas. Arif meneliti butir kertas itu lalu membayar sejumah wang. Selesai urusan di kaunter bayaran, Arif terus menghampiri gadis itu yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Arif kini sudah berdiri di depan gadis itu yang masih tertunduk diam. Arif tarik nafas panjang.

“Marilah. Kita cakap dalam kereta nanti,” ajak Arif. Gadis itu yang sehelai sepinggang, bangun lalu menuruti langkah Arif. Sesekali Arif menoleh ke belakangnya. Hairan, kenapa dia ikut cakap aku? Arif membukakan pintu keretanya. Gadis itu masuk dengan membisu. Bertambah hairan hati Arif. Tapi, tempat duduk pemanduan dituju juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2011 10:48 PM | Show all posts
Arif memberhentikan keretanya di selekoh Leban Chondong, yang menjadi pengantara antara Muadzam Shah dan Kuantan. Sejak dari tadi, dia pening, bagaimana dia harus bercakap dengan orang bisu. Arif mematikan enjin, tapi membiarkan penghawa dingin kereta terus berputar. Arif pandang gadis di sebelahnya.

“Adik tinggal kat sini ke?” soal Arif sambil tangannya tergawang2 membuat bahasa isyarat yang entah betul ke tidak. Hentam sajalah labu!! Asalkan dia faham soalan aku…gadis itu memandang Arif dengan mata coklatnya.

“Adik tak pekak kan? Kalau betul , adik angguk, kalau salah, adik geleng..” arah Arif terkulat2 membuat isyarat. Gadis itu memandangnya tanpa berkelip. Kedua2nya saling berpandangan dalam keadaan terpinga2.

“Boleh tak? Angguk kalau boleh,” susah sungguh nak bercakap dengan orang bisu ni. Keluh Arif. Seketika, gadis itu mengangguk. Lega hati Arif. Diurut2 dadanya.

“Mujurlah kau tak pekak dik. Kalau tak, susah abang..”ujarnya gembira. Gadis itu memandang Arif.

“So…abang nak hantar adik kat mana ni? Abang tak tahu rumah adik kat mana. Kalau abang hantar adik kat tempat abang langgar adik tempohari, boleh?” soal Arif. Gadis itu diam. Tunduk. Arif masih menanti reaksi gadis itu. Gadis itu mengangkat wajahnya. Arif dipandang dengan sorotan mata yang menagih simpati.

“Hantar saya kat stesen bas Rompin bang,” tiba2 dia bersuara!! Terbeliak mata Arif. Woww!!!Dia boleh bercakaplah!!!Ternganga mulut Arif.

“Okay!!” itu saja yang terlepas dari mulut Arif lantas kelam kabut mengundurkan keretanya kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 10:49 PM | Show all posts
Arif tersengih sendirian di dalam kereta. Gadis itu sudah ditinggalkannya di stesen bas seperti yang diminta. Mati2 semua orang ingat dia bisu. Alih2 dia boleh bercakap rupanya. Agaknya, apa reaksi puan Hasmah tu kalau tahu budak tu boleh bercakap?

Dalam masa yang sama, turut terselinap rasa hairan di hati Arif. Budak tu nak pergi mana kat stesen bas tu? Dia ada duitkah nak naik bas? Sedangkan dari hospital tadi, dia sehelai sepinggang. Kad pengenalan pun tak ada!

Tapi, siapa dia? Melihatkan wajahnya, tak ubah macam seorang anak kelahiran kacukan. Barangkali Melayu campur Sepanyol melihat daripada warna rambutnya? Atau Melayu campur Inggeris melihatkan kompleksi wajahnya? Tapi…apa dia buat kat tengah2 hutan malam tu?

Kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak naik bas? Dan..macam mana dia nak makan? Tapi..mungkin dia ada kawan kat stesen bas tu kot… bilang hati Arif untuk menyedapkan hati.

Arif mencapai botol air mineral untuk diteguk bagi menghilangkan dahaganya. Namun, botol air mineral itu Cuma tinggal setitik. Hmmhh…time ni dia nak habis. Alang2 dah ada kat bandar ni, baik aku beli stok air mineral sikit….

Kereta diperlahan, kemudian berputar arah kembali menuju ke bandar. Pasaraya mini yang terletak di seberang jalan dari stesen bas dituju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 10:51 PM | Show all posts
Usai membeli makanan dan minuman di pasaraya mini, Arif tergerak hati untuk berjalan2 disekitar bandar kecil itu. Keretanya perlahan2 menyusur bangunan demi bangunan hingga dia terpaksa menyusur laluan stesen bas untuk keluar dari jalan kecil bandar itu. Budak tu ada lagi tak?

Sempat  hati Arif berbisik. Ditinjaunya arah stesen bas. Alangkah terkejutnya hati Arif bila melihat gadis tadi masih duduk diam dibangku stesen bas. Bagaimana dia ditinggalkan tadi, begitulah keadaannya. Masih ditempat yang sama. Hati Arif kurang enak. Lantas kereta diparkir di bahu jalan. Cepat2 dia keluar. Langkahnya laju diatur menghampiri gadis itu.

“Nak pergi mana?” soal Arif sebaik tiba dihadapan gadis itu. Gadis itu mendongak, memandang Arif yang tegak berdiri di depannya. Riaknya berubah sebaik terpandang wajah Arif yang berdiri di depannya. Mungkin dia menyangka bahawa Arif sudah jauh meninggalkannya.

“Err..rumah,” tergagap2 dia menjawab. Dari riak mukanya, Arif kurang senang. Macam budak nak lari dari rumah, adalah…

“Kalau macam tu, abang hantar..” kata Arif. Itu lebih selamat.

“Tak payah..terima kasih saja,” pantas gadis itu menggeleng2. Entah berapa kali dia menggeleng. Tanda dia benar2 tidak mahu dihantar. Dia tunduk lagi. Arif hilang akal.

“Dah makan?” soal Arif. Dia yakin, gadis itu masih belum menjamah makanan sejak pagi. Gadis itu diam lagi. Arif menarik nafas payah.

“Jom…” lengan gadis itu ditarik. Hairannya, gadis itu menurut saja. Tak menggeleng pulak!! Bertambah hairan hati Arif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 10:55 PM | Show all posts
Restoran KFC yang terletak di bandar kecil itu agak lengang. Tingkat atas tidak berapa ramai pelanggan berbanding tingkat bawah. Arif merenung gadis itu yang makan dengan tekun. Dari pandangan mata Arif, gadis itu lapar, tapi masih mengawal cara makannya didepan Arif. Takut dituduh gelojoh agaknya. 4 ketul ayam sudah habis ditelannya dengan sopan santun. Hmm..sopan2 pun, 4 ketul ayam boleh habis?? Magik!!Bisik hati Arif.

“Adik nak pergi mana sebenarnya? “ soal Arif lagi. Gadis itu diam lagi.

“Tak nak balik rumah? Mak ayah kat rumah mesti risau sekarang..” tambah Arif lagi.

“Saya tak ada mak ayah..”tuturnya perlahan dan sopan. Suapannya terhenti seketika. Tetapi disambung semula. Lagi hairan hati Arif.

“Rumah? Ada?” soal Arif lagi. Kenapa pulak aku tejebak dalam masalah budak ni…sempat lagi hatinya bebisik. Gadis itu terdiam sejenak, kemudian menggeleng.

“Hairannya….” Kali ini kehairanannya tidak dapat dibendung lagi. Maka diluah saja ayat itu.

“Mak ayah tak ada…rumah tak ada…adik ni dari mana?” soal Arif. Gadis itu diam. Tangannya menguis2 kentang putar di dalam pinggannya.

“Abang boleh tolong saya?” soal gadis itu pula. Matanya menyorot memohon simpati. Terpandang mata coklat gadis itu, buat hati Arif mencair.

“Tolong apa?” soal Arif. Pilu pula mendengar suara gadis itu.

“Tolong hantar saya jauh dari daerah ni. Saya sebenarnya nak naik bas pergi Johor. Tapi, saya tak ada duit. Saya nak minta tolong abang hantarkan saya jauh sikit dari daerah ni. Nanti, bila saya dah kerja, saya bayar balik duit abang..”rayunya dengan redup pandangannya.

Arif terkaku. Wajah gadis itu ditenung. Betul ke budak perempuan ni bercakap? Entah2 aku ni sedang ditipunya.

“Tapi, adik tak ada IC…macam mana nak pergi jauh2?” soal Arif menduga. Gadis itu terdiam. Dia bangun membasuh tangannya di sinki lalu kembali duduk dihadapan Arif. Arif dipandang.

“Kalau macam tu…tak apalah…”lemah saja suaranya menjawab. Mendatar dan penuh kecewa. Kasihan pula Arif melihat. Dia bangun, lalu diikuti oleh Arif. Makanan sudah habis dijamah dan sudah tiba masa beredar. Arif menarik nafas payah. Rasa serba salah pula tidak dapat berbuat sesuatu untuk menolong.

Papp!!!Tiba2 gadis itu tersepak kerusi lalu jatuh. Serta merta dia mengaduh lalu memegang betisnya. Arif turut tunduk mahu membantu.

“Boleh bangun?” soal Arif bila melihat gadis itu berkerut menahan sakit. Seolah2 terlalu sakit. Gadis itu menyelak kaki seluar tracknya. Terserlah balutan yang masih bersisa merah darah di betisnya. Arif ternganga.

“Kaki kau..” Arif tidak ada kata2. Dia tahu, pasti itu kesan kemalangan malam itu. Nampaknya budak ni masih belum pulih sepenuhnya dari kemalangan.

“Ada tempat lain lagi tak yang masih berbalut?” soal Arif serba salah. Dia memapah gadis itu bangun perlahan2. Bau baju yang dipakai oleh gadis itu menusuk hidungnya. Masamnya!!! Tapi terpaksa ditahan.

“Tak…sini saja tinggal,” gadis itu membetulkan kembali kaki seluarnya lalu cuba untuk berjalan. Terhencot2 dia menuruni anak tangga. Arif hanya memandang dari belakang. Tak boleh jadi….Arif menggeleng2. Bahu gadis itu dipapah. Kasihan pula melihat jalannya yang terhencot2.

“Adik ikut abang dululah. Nanti kalau kaki tu dah baik, kita fikir apa tindakan seterusnya,” kata Arif tegas. Gadis itu diam saja tidak menjawab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082122 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list