CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 0

Verstappen nafi Hamilton sertai Red Bull

[Copy link]
Post time 25-11-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN tersenyum ketika sedia media di Litar Yas Marina menjelang GP Abu Dhabi Ahad ini.

Abu Dhabi: Max Verstappen menafikan spekulasi pasukan Red Bull yang mahu membentuk barisan impian dengan berusaha mendapatkan Lewis Hamilton untuk bergandingan dengannya.

Ketua Red Bull, Christian Horner dalam laporan media Britain mendakwa pengurusan pasukan Hamilton berminat dengan idea itu yang pernah diperkatakan awal tahun ini.

Namun kedua-dua Verstappen dan Hamilton ketika bercakap kepada wartawan menjelang Grand Prix (GP) Abu Dhabi Ahad ini menafikan jaguh Britain itu akan meninggalkan Mercedes.

"Ia tidak akan berlaku," kata Verstappen yang sudah pun meraih gelaran ketiganya berturut-turut.



"Tiada gunanya dengan spekulasi itu jika ia tidak akan berlaku. Saya tidak peduli itu semua dan tiada apa-apa."

Hamilton turut menafikan dakwaan Horners yang dikatakan cuba berunding dengannya sebelum bersetuju melanjutkan kontrak bersama Mercedes.

"Saya benar-benar tak tahu daripada mana cerita itu datang," kata juara dunia tujuh kali itu. "Saya tahu ia dari Christian tetapi saya tak faham apa yang dicakapkannya."

Verstappen berpeluang meraih kemenangan ke-19 dalam 22 perlumbaan tahun ini sekali gus kemenangan ke-54nya sepanjang karier yang mengatasi pencapaian juara empat kali Sebastian Vettel dan ketinggalan hanya di belakang Hamilton (103) serta Michael Schumacher (91).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ton-sertai-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.119228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list