CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14368|Reply: 102

Bekas NC menang tuntutan ke atas Yun Nam Hair Care

[Copy link]
Post time 24-2-2011 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan  RM14,986

PUTRAJAYA - Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya.
Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 09:51 AM | Show all posts
TTPM should be given more power memandangkan climate perniagaan di malaysia banyak sangat penipuan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:02 AM | Show all posts
Awat buat rawatan tu ? Nak tutup rambut dia yang botak ker ? Apa punya susah ?

Pakailah kopiah ker atau ketayap ker atau songkok ker ? Lagi senang kan kalau sudi pakai serban . Tak payah la nak habis duit ribu2 . Kan bagus jika duit tu pi derma kat anak2 yatim?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:03 AM | Show all posts
kalu betul...ok la kan dpt balik duit dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:11 AM | Show all posts
knape isteri die pun menuju kearah pembotakkan ker
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:11 AM | Show all posts
hak pengguna perlu dilindungi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 10:14 AM | Show all posts
errr.... dia ada masalah apa tu yg kritikal sangat ? wow sampai Yun Nam pun kena saman ni ...wow...hmm apa  cerita sebenar???
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:14 AM | Show all posts
mahal nye rawatan rambut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 10:15 AM | Show all posts
TTPM should be given more power memandangkan climate perniagaan di malaysia banyak sangat penipuan.. ...
ifanonline Post at 24-2-2011 09:51


betul2... kena buat awareness campaign gak, rasanya byk org x tau bidang kuasa ttpm ni. ni bila kena tipu setakat bising2 kat blog / forum je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:17 AM | Show all posts
Apa susah nya ? Pakai kopiah ler atau pun songkok ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:18 AM | Show all posts
ala...sbbkan yang buat tuntutan nih Dato Datin, dpt la pulak bayaran balik penuh....
yang dulu kes technician, bayar berbelas ribu, bayaran balik 1k jek....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:21 AM | Show all posts
ni dah kali kedua yun nam kena bayar balik kat customer
nampak sgt modus operandi mereka adalah menipu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:21 AM | Show all posts
kwn aku penah gak buat kat yum nam tp x pula pergi ke TTPM ni.
mmg kena tipu pun sbb takdak hasilnya pun. penipu punya olang :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 10:34 AM | Show all posts
GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.

Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:51 AM | Show all posts
so yg advertisement nangis2 kat tv sbb kawan dia ejek kepala dia botak tu bedek la...! ish...ish..! paling mengayampah dgn advertisement tu, lelaki yg menangis terisak2 sbb diejek n isteri minta cerai sbb kepala botak mcm takde pendirian! mcm nak teranjang aje tengok dia terisak2 mcm tu..:@
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:53 AM | Show all posts
some of u guys here r asking silly questions n making silly statement...

FYI
for men yg ada masalah rambut nih...mmg ada low self esteem...

pompuan yg dah beranak especially... of coz ada perubahan hormon... tu pasal ada period nye rambut byk gugur.... kalau jenis mmg ada masalah dgn kulit kepala o kesihatan... rambut tu mmg lambat nak tumbuh o tak boleh nak tumbuh balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 10:56 AM | Show all posts
ahli fikir yang rapi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:57 AM | Show all posts
Awat buat rawatan tu ? Nak tutup rambut dia yang botak ker ? Apa punya susah ?

Pakailah kopiah k ...
AboNawas Post at 24-2-2011 10:02



    emm lau sume org berfikiran macam 2 xpe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:00 AM | Show all posts
alah! guna my mom punya resipi..serious mmg boleh tumbuhkan rambut yg gugur..
amik beberapa buah keras kemudian disanggar sampai hangus lepas tu tumbuk sampai lumat campurkn dgn minyak kelapa asli...apply kat kulit kepala 1 jam sebelum cuci rambut atau semalaman isyallah akan tumbuhkn rambut yg gugur..cubalah murah aje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:01 AM | Show all posts
alopecia areata lah ni  kan?i see...now i know...

yes cosmetoc wise ada impack pada self esteem  bagi sesiapa yg letak esteem dia pada  nilai osmetik itu , hmm....isk isk ....kenapa depa percaya sangat dan tidak pi kepada / rujuk pakar kulit ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.139324 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list