View: 8586|Reply: 10
|
[Jenayah]
"Sejak Bila Ada Keluar Perisa Charcoal?" - Netizen Terkejut Tengok Corndog Berasap Macam Arang!
[Copy link]
|
|
Bila lapar nak buat apa pun jadi tak kena. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila tersalah menggunakan ketuhar untuk memanaskan makanannya
Kekeliruan itu berlaku apabila dia menyedari selepas ‘corndog’ itu bertukar hangus seperti arang.
Dia menyangkakan oven itu adalah microwave sebelum menyedari kejadian itu.
Kejadian itu dirakam sejurus makanan itu dikeluarkan dari oven dan berasap.
Kejadian itu menjadi tular dan telah mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat individu itu.
Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai qehmendes.
Wanita itu hanya mampu melihat makannya rentung dan tidak mampu berbuat apa.
Takpelah mungkin takde rezeki hari tu nak makan corn dog. |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan situasi diatas:
apa beza gelombang ngn ketuhar..dan bagaimana keduanya berfungsi?(10%) |
|
|
|
|
|
|
|
Corndog ni letak 1 minit aje dlm microwave oven.
Dalam video tu alat tu mmg microwave oven. Oven biasa tak ada piring tray pusing-pusing tu. Pintu oven juga dibuat dari steel dan kaca,bukan plastik. Oven ada jenis besar tu dan toaster oven.
Aku assume video ni record di pantry ofis.Yang letak kat ofis tu adalah microwave utk tujuan panaskan makanan. Tak munasabah letak oven biasa di ofis sebab kau tak boleh panaskan makanan dalam bungkusan plastik. |
|
|
|
|
|
|
|
Microwave ler tu.
Xreti xguna.
Set timer lama sgt.
Kalo oven ngn kotaknye abeh rentung.
Menda bodo gini pn terhibur kaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|