CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10231|Reply: 78

[Jenayah] "I Cakap Dekat Kawan2 I Yang You Ni Handsome" - Gadis Terkejut Tengok Lelaki Muka Herlok!

  [Copy link]
Post time 27-12-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Gambar terkejut.

ANTARA perkara yang paling ditakuti oleh seseorang adalah mendapat pasangan tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum bermulanya sesuatu perkenalan, pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian orang lain di media sosial khususnya, dengan cara mengaburi mata mereka dengan penggunaan filter apabila berkongsi foto atau video.

Bagi seorang pemuda, dia terpaksa menjawab persoalan seorang gadis yang baru dikenalinya gara-gara berkongsi gambar wajah menggunakan filter.

Dia mempersoalkan kenapa gadis itu sanggup menghinanya hanya kerana wajahnya sebenar sedikit berbeza berbanding dalam foto atau video kerana penggunaan aplikasi suntingan.

“Kenapa you cakap macam ni dekat I? Tadilah yang pasal muka tu. I tahu gurau tapi kenapa you cakap macam tu kat I? Benda memang betul kan?

“Muka you banyak jerawat, you tahu tak? Dalam TikTok lain kenapa nak filter banyak-banyak?” demikian perbualan kedua-dua mereka menerusi satu rakaman secara tersembunyi, yang dilakukan pemuda itu.

Walaupun dia mengaku melakukan suntingan, wajah lelaki itu tetap dikritik oleh gadis berkenaan.

“Iyalah, tapi kenapa nak filter banyak-banyak? Masalahnya, I malu tau. I cakap dengan kawan-kawan I yang you ni handsome. Tapi muka depan-depan macam ni je, banyak jerawat.

“I hanya tak yakin, I cuma nak nampak handsome sikit je,” ujarnya dalam rakaman berdurasi 34 saat itu sehingga menjadi tular.

Malangnya, gadis tersebut tetap tidak dapat menerima jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

“Gambar dengan lelaki macam ni tak suka, I malu sebenarnya. Memang tak ada mood, I rasa nak balik je sekarang ni,” katanya dengan nada kesal.

Dalam keterangan video yang meraih lebih 1.5 juta tontonan, lelaki itu tampil membuat permohan maaf dan menegaskan bahawa dirinya tiada niat untuk membuka aib sesiapa.

“Saya minta maaf, saya post bukan nak buka aib. Cuma terasa dengan kata-kata tersebut. Bukan sekali dua kena macam ni,” katanya.

Di ruangan komen, pemuda itu tampil menjelaskan bahawa kedua-dua mereka sebenarnya baru mengenali dan bukan pasangan bercinta.

“Tak ada sebarang hubungan pun, cuma ini pertama kali kami jumpa. Tahu gurau tapi ada batas kan. Dia emosi sebab dia kata saya tak boleh dibawa bergurau,” ujarnya.

Menerusi video berasingan yang dimuat naik di TikTok, pemuda itu menunjukkan wajahnya tanpa filter dan kelihatan terdapat kesan jerawat di wajahnya.

“Maaf atas kekurangan, inilah muka sebenar saya tanpa filter,” ujar pemuda itu lagi.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan layanan buruk gadis berkenaan terhadap lelaki itu, dan berkongsi pandangan bahawa wajah atau kulit yang cantik bukan jaminan kebahagiaan pasangan.

“Pada aku kan rupa tu letak tepi, tapi tengok pada hati dia tu ikhlas ke tidak.

“Kita perempuan tak nak lelaki handsome dan kaya pun. Janji hati dia baik, setia dan kuat agama.

“Kalau dia tak terima kau seadanya, lagi baik kau pergi. Buat apa nak bertahan kalau dia tak menerima kau seadanya.

“Okay je la. Tang mana teruknya jerawat tu. Tak ada pun.

“Kau handsome bang, awek tu je memilih,” komen netizen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2023 01:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2023 01:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2023 01:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2023 01:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 01:40 PM | Show all posts
the bless and curse of filter...

cantik tetapi cuma melalui filter.. suatu penipuan.

siapa tak marah barang order dengan barang sampai tak sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2023 01:44 PM | Show all posts
guna filter = tipu diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 02:27 PM | Show all posts
makin lama mcm2 citer ketahian kluar kt bod isu semasa nih...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah lebih helok kalau letak dekat bod kongsi tular.. bukannya laki ni pergi bunuh pompuan yg dia jumpa lepas kena hina tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw iols pun pernah kena tipu yach! Tiga kali kena tipu dgn orang berbeza. Muka jerawat iols ok lagi. Ni dekat gambar kemain kurus. Tapi gambar dia semua baring meniarap sambil selfie. Sekali jumpa, mak oiiiiii gemuk berkerak. Patutlah kau meniarap sebab nak tutup lemak. Lepas tu ada orang ni, guna gambar orang lain, ni pun jumpa jugak, terkejut sebab gemuk ye. gemuk 1 hal, muka lain dari gambar. Katanya dia gemuk sebab sakit. Nasib baik tak naik kereta dia lagi. Berangkut jugak iols ni. Kali ketiga ni paling iols tak boleh terima. Dalam gambar muka helok persis sapik kail. Asyik cerita pasal mamak jah. Iols pelik kenapa dia asyik cerita pasal mamak. Kau fetish mamak ke nyah, muka helok mcm tu tapi berahi dekat mamak. gitu la dalam pemikiran iols. Sekali jumpa, rupanya dia sendiri mamakkkk . Syukurrrrrr iols jenis pandai larikan diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 03:15 PM | Show all posts
zaman dulu jgk senang,gambar ori kalau buruk tu buruk la mari hahahahah,
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 03:22 PM | Show all posts
Kurex replied at 27-12-2023 06:44 AM
Btw iols pun pernah kena tipu yach! Tiga kali kena tipu dgn orang berbeza. Muka jerawat iols ok lagi ...

Iolls pon penah kenaaa... Dalam gambar eh kemain kau mcm Aaron Aziz. Tah mcm mana, jumpa depan2, lain! Siap pakej gemok. Terus iolls blah.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 27-12-2023 02:44 PM
Btw iols pun pernah kena tipu yach! Tiga kali kena tipu dgn orang berbeza. Muka jerawat iols ok lagi ...

Kurex.. hang ni cun melecun ka?
Ramainya laki gayah nak berkenalan dgn hang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 27-12-2023 02:44 PM
Btw iols pun pernah kena tipu yach! Tiga kali kena tipu dgn orang berbeza. Muka jerawat iols ok lagi ...

Lucu nyah
Nasib baik xmngaku pmpuan
Sekali jumpa pondan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 27-12-2023 02:44 PM
Btw iols pun pernah kena tipu yach! Tiga kali kena tipu dgn orang berbeza. Muka jerawat iols ok lagi ...

U ckp guna gambar lain, teringat ai ada org amik gambar anak ai kat TT. Tpi dia dah siap block anak ai,kantoi pun sb kawan anak ai igt anak ai buat acc baru.

Harap2 tak digunakan utk menipu org lain macam Kurex kena. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 27-12-2023 03:22 PM
Iolls pon penah kenaaa... Dalam gambar eh kemain kau mcm Aaron Aziz. Tah mcm mana, jumpa depan2, l ...

Nasib baik uols blah.. biar dia sentap, jangan kita yg makan hati. Yg badan bunjut nak yg hot, muka terletak, tapi diri sendiri taknak cermin..ada tu gemuk mcm kena sumpahan, lepas tu letak dekat bio "taknak yg kulit gelap, suka yg comel jambu, tinggi, manly". Tak badan ye dgn hakikat diri dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-12-2023 03:29 PM
Kurex.. hang ni cun melecun ka?
Ramainya laki gayah nak berkenalan dgn hang..

Tak cun pun tapi ada la paras yg menarik. Tapi bukan laki gayah je yg sangkut, laki orang, yg ada gf pun sangkut jua. Yg straight pun ada jugak. Tapi sesungguhnya kurex ada standard..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 27-12-2023 04:27 PM
Lucu nyah
Nasib baik xmngaku pmpuan
Sekali jumpa pondan

Kalau pompuan pun ada, nama sebenar huda. Tapi menyamar jadi sarah. Badan bunjut. Bukan takat tipu orang guna gambar orang lain. Resume pun guna gambar photoshop. Muka runcing habis. Dekat resume letak latest position gm dekat proton hakikat promoter je. Syukurrrr dah putus persahabatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasal la jgn guna filter. Kan dah kena hina.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 27-12-2023 04:52 PM
U ckp guna gambar lain, teringat ai ada org amik gambar anak ai kat TT. Tpi dia dah siap block ana ...

Kalau guna gambar pun ada jugak kurex kena. Orang ambik gambar kurex & buat fake fb lepas tu tipu duit orang. Nasib baik kawan bagitau. Jadinya kita yg kena jumpa mangsa2 ni semata nak bersihkan nama balik. Lepas tu ada yg ambik gambar kurex & letak dekat tumblr gayah. Ni pun kawan report. Skrg ni dah jarang nak post gambar muka. Biarlah fb & ig boring asalkan tak ada orang guna gambar kita buat benda yg bukan2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.112716 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list