|
Post Last Edit by zamkumis at 24-2-2011 23:40
Ilmu Yakin - Yakin melalui ilmu - peringkat pertama.
Ainul Yakin - Yakin melalui penglihatan - peringkat kedua.
Haqqul Yakin - Yakin yang sebenar-benarnya - peringkat ketiga(puncak).
Ketiga yakin diatas adalah dalam bab keimanan, setiap orang islam mesti berusaha untuk mencapai Haqqul yakin sebelum maut menjemput dirinya. Berhijrah dari yakin ditahap bawah sehingga sebenar-benarnya yakin(Haq) adalah satu perjuangan yang menjadi maksud hidup manusia. Berusaha kearah beriman kepada yang ghaib adalah suatu perjuangan yang amat menyeronokkan, Al-Quran menyebut bahawa orang islam adalah orang yang paling mulia dimuka bumi, akan diberi kuasa pemerintahan dimuka bumi, mendapat bantuan Allah swt, mendapat perlindungan, mendapat petunjuk dalam setiap urusan, diberi kekuatan, kehebatan, dan mendapat...berbagai-bagai keistimewaan, dan bermacam-macam lagilah, ini adalah janji Allah swt, janji Allah swt adalah benar.
Ya, memang janji Allah swt itu benar, janji Allah swt itu adalah .........untuk orang yang benar-benar beriman. Diatas adalah tangga keyakinan yang perlu diusahakan. apabila seseorang telah mencapai tahap Haqqul Yakin berarti dia telah dapat membebaskan dirinya atau merdeka dari kongkongan tertib alam nyata kepada tertib alam ghaib. Tertib alam ghaib adalah tertib alam yang sebenarnya. Ia disediakan secara istimewa oleh Allah swt khas untuk manusia yang mahu yakin kepadanya.
Maksud ayat-ayat saya yang diatas ialah Allah swt telah sediakan dua jenis tertib, 1. tertib biasa untuk manuisa umumnya iaitu tertib sebab dan musabbab alam. 2. Tertib amal, melalui amal agama maka tertib sebab musabbab boleh dibatalkan, boleh dilipatgandakan, boleh dilenyapkan, boleh bolak-balikkan, tetapi hanya untuk orang yang yakqin sahaja. Sebagai contoh, sedekah jika ikut tertib sebab-musabbab akan menyebabkan duit berkurangan, tetapi untuk orang beriman sedekah akan menyebabkan rezeki bertambah-tambah. Dengan usaha dan qudrat tulang empat kerat boleh selesaikan masalah, tetapi untuk orang yang beriman dengan solat boleh menyelesaikan semua masalah. Bahkan perkara yang diluar upaya manusia boleh dicapai oleh orang yang beriman contoh, dengan azan ribut boleh dihentikan, dengan solat dan bacaan quran hujan ditahan, diminta diturunkan atau dimintak tangguhkan, atau dialihkan. Inilah keistimewaan orang yang benar-benar beriman.
Buktinya, dengan solat dan doa ada sahabiah nabi yang buat kemudian suami yang telah mati hidup kembali, dengan solat taubat dan hajat satu bala tentera menyeberang lautan dengan menunggang kuda. Tetapi hanya untuk orang yang benar-benar yaqin. Yakin dengan amal soleh maka Allah swt akan selesaikan masalah. Inilah permata yang dibawa oleh Nabi SAW. Dan inilah yang dikehendaki oleh Allah swt kepada orang-orang islam.
Jika kita lihat sekarang, orang islam berniaga tapi tak semaju org kafir, orang kafir banyak kaya, orang islam usaha jugak tapi tak kaya-kaya. Orang kafir dah buat jet, kapalterbang, roket. Orang islam janya jadi pemerhati, pembeli dan penumpang sahaja. Bukan tak usaha, dah usaha tapi tak sehebat orang kafir. Kenapa? mungkin jawapannya...oleh kerana orang islam telah berikrar dalam dua kalimah syahadah "Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah". Maka secari automatik tertib orang islam telah berubah kepada tertib yang lebih advance, iaitu melalui yakin, amal soleh dan usaha maka baru dapat semua.
Orang kafir dimudahkan kerana mereka menggunakan tertib mereka, iaitu usaha gigih dan dapat(dimudahkan). Untuk orang beriman tertibnya berbeza, iaitu yakin, amal soleh, doa dan usaha gigih..maka hasil yang diperolehi.....jauhhhh berlipat, berganda, hebat, cepat dan bermacam-macam lagi. Inilah istimewanya tertib orang beriman, persoalan...adakah tertib ini kita buat?
Jika kita lihat generasi dahulu, boleh mengira diameter bumi, boleh mencipta bom(org islam yang mula2 cipta bom, peluru), boleh buat air pancur automatik bila masuk waktu solat dan berbagai-bagi lagi yang luar biasa. Rahsianya mereka diberi keistimewaan oleh Allah swt kerana mereka adalah orang-orang yang haqqul Yakin. Dengan yakin, amal dan usaha Allah swt kurniakan perkara yang hebat dari mereka. Semua urusan dunia dimudahkan.
Maka marilah kita sama-sama berjuang untuk tingkatkan keyakinan kepada Allah swt melalui amal soleh, mudah-mudahan Allah swt memberikan sifat taqwa kepada kita semua. Sebenarnya tuan-puan hanya Allah swt sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tidak ada apa-apa kuasa. Mintalah kepada Allah swt apa-apa yang kita mahu. Dialah yang maha kaya, maha berilmu, maha hebat, raja dari segala raja. Sesungguhnya Allah swt itu kasih kepada orang-orang yang suka memperbaiki dirinya.
Dan karunia yang lain yang kamu sukai pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat . Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.(Ash Shaff:13) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# zamkumis
Topik yang sangat menarik untuk di bincangkan, mudah2an kita diberi kefahaman yg haq dari Allah supaya kita bukan setakat dengan ilmu tapi tasydiq iman yang memenuhi hati..
Sebagai contoh, sedekah jika ikut tertib sebab-musabbab akan menyebabkan duit berkurangan, tetapi untuk orang beriman sedekah akan menyebabkan rezeki bertambah-tambah. Dengan usaha dan qudrat tulang empat kerat boleh selesaikan masalah, tetapi untuk orang yang beriman dengan solat boleh menyelesaikan semua masalah. Bahkan perkara yang diluar upaya manusia boleh dicapai oleh orang yang beriman contoh, dengan azan ribut boleh dihentikan, dengan solat dan bacaan quran hujan ditahan, diminta diturunkan atau dimintak tangguhkan, atau dialihkan. Inilah keistimewaan orang yang benar-benar beriman.
Pernyataan tuan di atas sepertinya berlawanan dengan pernyataan di bawah
apabila seseorang telah mencapai tahap Haqqul Yakin berarti dia telah dapat membebaskan dirinya atau merdeka dari kongkongan tertib alam nyata kepada tertib alam ghaib.
Kita menafikan segala ikhtiar usaha itu memberi bekas tapi kenapa pula kita iktiqad solat itu dapat menyelesaikan masalah? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 25-2-2011 17:24
Reply 2# baghal
Solat adalah amal soleh, sahabat nabi bila ada masalah mereka akan pergi kepada amal soleh dahulu baru dibuat ikhtiar macam biasa jika perkara tersebut boleh dilakukan seperti menanam pokok. Bagi hajat yang diluar upaya manusia maka dengan perantaraan solat maka masalah tersebut boleh diselesaikan. Contohnya apabila seorang sahabat yang menunggang kaldai, destinasinya masih jauh, dia perlukan kenderaan keldai tersebut, maka dia buat solat dan mohon kepada Allah swt supaya kaldainya hidup kembali, kemudian Allah swt hidupkan kembali kaldainya, malah semasa sahabat tersebut meninggal dunia kaldai tersebut masih lagi hidup.
Inilah keistimewaan orang islam yang beriman dengan yakin, amal + usaha. Tertib orang kafir usaha sahaja semata-mata, jadi takat mana usaha mereka itulah hasilnya, tetapi untuk orang islam amal soleh + usaha maka Allah swt akan beri lebih baik dan lebih hebat lagi. Jika pakai usaha sahaja, seperti tertib org kafir maka takat itulah yang dia dapat malah usahanya akan bercampur kesukaran. Ini adalah motivasi dari Allah swt supaya kita hijrah kepada tertib amal. Ingat nama Allah dalam bismillahhirrahmannirrahim. Rahman(pengasih) meliputi semua samada kafir atau islam, Rahim(penyayang) pula hanya khas untuk orang-orang beriman sahaja. Orang kafir dan orang yang tak yakin tak merasa.
Untuk hijrah kepada tertib amal, kita perlu baca doa-doa yang telah diajar oleh baginda SAW dalam setiap gerak geri dan perbuatan kita, semuanya dah lengkap(doa harian), contoh kalau susah nak belajar bacalah doa penerang hati(amal soleh) kemudian belajar, kalau nak berniaga bacalah doa untuk cari rezki dulu, kalau nak makan baca dulu doa makan. Ini ada satu cerita tentang doa makan, satu ketika saya telah menghadap makanan, dibaca dahulu doa makan, tiba2 ada satu gelas jatuh beberapa jengkal dari hidangan, apa yang dilihat serpikan kaca terpelanting ke kiri dan kanan sahaja, tapi tak kedepan, maksudnya tak masuk dalam makanan. Lepas tu saya makan sampai licin tak jumpa pun serpihan kaca dalam makanan. Inilah kehebatan doa Rasulullah..., apabila kita lihat perkara seperti ini terjadi, kita akan yakin, tapi sekakat ainul yakin, kalau terjadi lagi sampai 2,3,4,5 kali barulah jadi haqqul yakin(yakin yang sebenar-benarnya).
Sebab nak belajar yakin, sekali2 Allah swt tunjukkan sesuatu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 25-2-2011 20:44
Apabila seseorang itu telah sampai keperingkat Haqqul Yakin, anda akan lihat macam-macan perkara yang dibukakan oleh Allah swt, tapi syaratnya...mesti ada haqqul-yakin, semuanya bermula dari bawah, belajar yakin dulu, latih tubi sampai jadi. Contoh kalau hati gelap, baca doa penerang hati sampai jadi. Apabila yakin semestinya Allah swt akan bagi, kerana ini janji Allah swt istimewa untuk orang yang benar-benar beriman(Haqqul-yakin). Allah swt tidak pernah mungkir janji.
Secara kesimpulan, dengan amal Allah swt akan selesaikan masalah kita. Apabila seseorang itu beriman dan beramal soleh maka Allah swt akan mudahkan kehidupannya, dan apabila telah benar-benar bertakwa, Allah swt akan tundukkan dunia ini dibawah tapak kakinya. Maksudnya....mungkin anda pernah jumpa orang yang macam ini, teringin sahaja nak sesuatu, tup-tup ada sahaja orang yang hantar, lidahnya masin kalau sebut sahaja jatuh...alamat jatuhlah orang yang ditegurnya, orang seperti ini telah berada dalam kumpulan hamba yang taat melakukan Amal soleh, Allah swt mudahkan semua urusannya. Mereka adalah orang-orang yang hampir kepada Allah swt. Perkatannya telah masuk dalam darjat doa. Apa lagi jommm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fathan at 26-2-2011 01:20
Reply 3# zamkumis
Ini ada satu cerita tentang doa makan, satu ketika saya telah menghadap makanan, dibaca dahulu doa makan, tiba2 ada satu gelas jatuh beberapa jengkal dari hidangan, apa yang dilihat serpikan kaca terpelanting ke kiri dan kanan sahaja, tapi tak kedepan, maksudnya tak masuk dalam makanan. Lepas tu saya makan sampai licin tak jumpa pun serpihan kaca dalam makanan. Inilah kehebatan doa Rasulullah..., apabila kita lihat perkara seperti ini terjadi, kita akan yakin, tapi sekakat ainul yakin, kalau terjadi lagi sampai 2,3,4,5 kali barulah jadi haqqul yakin(yakin yang sebenar-benarnya) .
jadi maknenya tuan zam yakin disebabkan doa tuan tu...serpihan kaca tu tak masuk dalam makanan tu?adakah disebabkan doa tu yg menjadikan sesuatu perkara tu jadi hebat seperti contoh yg tuan bagi tu?doa tu kah yg menyebabkan kaca tak masuk dlm makanan?ce!cerite!ce!cerite!....
Terjemahan Al HIKam
Jangan Menyangke Bahawa Doamu itu Yang Menyebabkan Pemberian Allah
Jangan sampai doa permintaanmu kepada Allah itu engkau jadikan sebagai alat (sebab)untuk mencapai pemberian Allah,nescaya akan kurang pengertianmu (makrifatmu)kepada Allah,tetapi hendaknya doa permintaanmu semata-mata untuk menunjukkan kerendahan kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan kebesaran dan kekayaan Tuhanmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# zamkumis
Apabila seseorang itu telah sampai keperingkat Haqqul Yakin, anda akan lihat macam-macan perkara yang dibukakan oleh Allah swt,
musti best tu'...amendenya?amendenya yg mike nampak yop?ce!cerite!ce!cerite! tentang pengalaman yg mike lalui...(mike nampak)?
kerana ini janji Allah swt istimewa untuk orang yang benar-benar beriman(Haqqul-yakin). Allah swt tidak pernah mungkir janji.
jadi.. kalu tak beriman maknenya Allah mungkir janji le ye!??? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 26-2-2011 08:38
Reply zamkumis
Apabila seseorang itu telah sampai keperingkat Haqqul Yakin, anda akan lihat macam-macan perkara yang dibukakan oleh Allah swt,
musti best tu'...amendenya?amendenya yg mike nampak yop?ce!cerite!ce!cerite! tentang pengalaman yg mike lalui...(mike nampak)?
Bukan nak kata bagus, tapi kita semua dalam belajar, usaha yakin dengan amal Allah swt akan ubah sesuatu perkara sebagaimana hukum sebab-musabab, contoh makan kemudian jadi kenyang, minum kemudian hilang dahaga. Ini hukum alam yang biasa dimana semua orang merasai pengalaman ini. Kemudian ada lagi satu hukum sebab-musabbab dari amal maka berubah sesuatu sebagaimana yang dijanjikan. Untuk mudah faham saya bagi satu contoh persamaan antara tertib alam biasa dengan tertib amal. Apabila kita telah yakin dengan sebenar-benarnya (haqqul yakin)
Tertib biasa :
Penerang hati - Makan kismis , omega3 dan macam-macam produk lagi. Ini tertib biasa semua orang akan dapat faedah cerdas fikiran dan kuat ingatan. Orang kafir dan islam semua akan dapat lihat kesannya. Dalam tertib sifat Rahman Allah swt. Semua orang dapat kesannya kalau makan. samada kafir atau beriman.
Tertib amal:
Penerang hati - doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW dan ayat-ayat Al-quran tertentu. Kesannya hanya akan diperolehi oleh orang beriman sahaja, orang yang yakin. Orang yang tak yakin dan was-was tidak menjadi atau hanya akan dapat sedikit tanda-tandanya sahaja sebagai motivasi dari Allah swt untuk faedah ainul yakin. Tertib ini dalam sifat Rahim Allah swt. Khusus untuk orang beriman. Pemberian yang istimewa. Sebenarnya perkara ini telah ada kepada semua orang yang mengaku islam, tetapi ia dihijabkan oleh was-was, maka ia ditinggalkan(tidak diamal). Oleh itu kita perlu pecahkan was-was barulah kita akan dapat masuk ke zone ini.
lebih dari 100 pengalaman yang ajaib. Bagi orang yang baru nak belajar yakin ia adalah ajaib, tapi bagi orang yang dah yakin ia adalah perkara biasa sebenarnya.
kalu tak beriman maknenya Allah mungkir janji le ye!???
Alah swt tidak pernah mungkir janji, jika tidak beriman, maka ada janji Allah swt untuk yang tidak beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 26-2-2011 08:41
Reply zamkumis
jadi maknenya tuan zam yakin disebabkan doa tuan tu...serpihan kaca tu tak ...
fathan Post at 26-2-2011 00:53 
Kita mesti bersangka baik kepada Allah swt, Allah swt mengikut sangkaan kita kepadanya, dalam bab berhubungan dengan alam ghaib atau bab yakin, sebagi contoh seseorang berdoa, selepas beberapa lama mungkin 3-4 hari dia mengeluh "doaku tak makbul", maka Allah swt tidak makbullah doanya. Jika dia berdoa sebanyak tiga kali kemudian yakin doanya dimakbulkan, doanya akan makbul samad cepat atau lambat. Bersangka baiklah kepada Allah swt. Dan satu lagi dalam bab doa, jika seseorang itu berdoa nescaya Allah akan makbulkan, ini adalh janjinya, cukup dengan satu doa sahaja pun memadai, Allah swt mendengar dan dia tidak lupa dengan doa kita itu walaupun cuma sekali, tetapi kalau tak yakin dia tidak makbulkan tetapi ditukar kepada bentuk lain seperti dijauhkan dari penyakit atau musibah lainnya. Atau ditukar dalam bentuk pahala lalu diberikan semula diakhirat nanti, Semuanya ini bermaksud makbul, atau jika seseorang itu berdoa supaya jadi kaya, telah diulang beberapa kali tetapi tadak makbul maka ia diatas kebijaksanaan Allah swt, mungkin kalau kaya ia jadi lupa daratan atau menjadi orang zalim, bermaksud ia tidak mampu hidup kaya, jika kaya akan merosakkan dirinya. Tetapi jika diulang-ulang lagi doanya seprrti mendesak Allah swt dengan bersungguh-sungguh maka Allah swt akan bagi jugak, tetapi terimalah akibat buruknya, mungkin dia akan jadi zalim dan takabbur disebabkan telah kaya sepertimana Qarun laknatullah. Oleh itu berpada-padalah bila berdoa kalau minta kaya, cukup dengan beberapa doa sahaja dan tunggu, kalau dia takbagi tu jangan desak-desak, mungkin permintaan kita itu mengandungi resiko besar, sebab itu Allah swt tak bagi. Kalau desak jugak dia akan bagi tapi kita akan jadi rosak.
Jika berdoa kepada perkara2 yang baik bolehlah bersungguh-sungguh. Namun jika berdoa supaya dapat naik nombor ekor itu sudah menyimpang, sebab Allah swt dijalan yang lurus. Dia tidak beserta dijalan yang menyimpang. Mahasuci Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 26-2-2011 08:55
Kenapakah kita tidak mahu yakin dengan amal boleh selesakan masalah, sedangkan ini adalah ajaran yang dibawa oleh Nabi saw. Penghulu segala nabi. Kedatangannya membawa rahmat keseluruh alam. Kedatangan nya untuk memerdekakan manusia dari hidup dibawah kongkongan tertib alam biasa atau sains kepada tertib amal soleh yang jauh lebih baik dan unlimited, Nabi SAW bersungguh-sungguh mentarbiah sahabat dalam bab iman, jadilah orang yang yakin dengan janji-janji Allah swt.
Pada suatu hari, ada seorang sahabat yang duduk menyindiri dalam masjid, nabi mendekatinya dan bertanya hal ehwalnya, rupanya sahabat tadi ada masalah hutang yang sangat banyak dia takut untuk keluar dari masjid, pemungut hutang sentiasa mencarinya, kemudian Nabi SAW tidak bagi duit untuk membantu, tapi nabi SAW bagi satu doa sahaja, sahabat tersebut mengamalkannya bersungguh-sungguh dengan yakit 100%, tidak lama selepas itu semua hutangnya langsai dengan bantuan dari Allah swt, dari berkat doa yang diajarkan oleh nabi SAW. Oleh itu marilah kita ambil tahu dalam bab ini. Dan jadilah orang-orang yang yakin dengan janji-janji Allah swt, melalui setiap doa-doa yang diajar oleh nabi SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapakah kita tidak mahu yakin dengan amal boleh selesakan masalah, sedangkan ini adalah ajaran yan ...
zamkumis Post at 26-2-2011 08:52 
minta maaf yer saudara..saya menyelit sedikit..Mungkin saudara terlalu asyik dengan kefahaman saudara..sehingga saudara mengabaikan pendapat saudara baghal..cuba saudara cuba berlapang dada sedikit..
sebelum ni saudara kata percaya dengan sebab musabab selain amal kebajikan seperti tulang empat kerat..adalah tanda kelemahan iman..kemudian tanda iman yang kuat adalah melepaskan diri dari sebab musabab ni..tapi kemudiannya saudara suruh percaya pula kepada amal kebajikan seperti solat dan doa..bukankah amal kebajikan tu juga merupakan sebab musabab..Saudara yakin kah itu yang di ajar oleh Rasulullah??
Cuba saudara ingat kisah apabila leher rasulullah di acukan dengan pedang..dan si pengacu bertanya..Sekarang siapa yang boleh menyelamatkan engkau?Apa jawapan Rasulullah yang menyebabkan pedang terlepas dari genggaman si pengacu??
Kenapa saudara tidak letakkan kepercayaan dan keyakinan saudara terus kepada yang empunya segala sebab? yang memiliki langit dan bumi..yang berkuasa atas tiap sesuatu..yang apa di antara langit dan bumi adalah miliknya..yang tiada sebesar zarah pun bergerak melainkan dengan izinNya?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu Yakin - Yakin melalui ilmu - peringkat pertama.
Ainul Yakin - Yakin melalui penglihatan - peri ...
zamkumis Post at 24-2-2011 23:35 
Marilah kita sama-sama membincangkannya..Mudah-mudahan Allah memberikan kita kefahaman yang sebenar-benarnya..
Ilmu Yakin - Yakin melalui ilmu - peringkat pertama.
Ainul Yakin - Yakin melalui penglihatan - peringkat kedua.
Haqqul Yakin - Yakin yang sebenar-benarnya - peringkat ketiga(puncak).
Benarkah haqqul yakin merupakan puncak keyakinan?? Di mana letaknya kamal yakin..iaitu yakin yang sempurna??
Ketiga yakin diatas adalah dalam bab keimanan, setiap orang islam mesti berusaha untuk mencapai Haqqul yakin sebelum maut menjemput dirinya. Berhijrah dari yakin ditahap bawah sehingga sebenar-benarnya yakin(Haq) adalah satu perjuangan yang menjadi maksud hidup manusia. Berusaha kearah beriman kepada yang ghaib adalah suatu perjuangan yang amat menyeronokkan, Al-Quran menyebut bahawa orang islam adalah orang yang paling mulia dimuka bumi, akan diberi kuasa pemerintahan dimuka bumi, mendapat bantuan Allah swt, mendapat perlindungan, mendapat petunjuk dalam setiap urusan, diberi kekuatan, kehebatan, dan mendapat...berbagai-bagai keistimewaan, dan bermacam-macam lagilah, ini adalah janji Allah swt, janji Allah swt adalah benar.
Ya, memang janji Allah swt itu benar, janji Allah swt itu adalah .........untuk orang yang benar-benar beriman. Diatas adalah tangga keyakinan yang perlu diusahakan. apabila seseorang telah mencapai tahap Haqqul Yakin berarti dia telah dapat membebaskan dirinya atau merdeka dari kongkongan tertib alam nyata kepada tertib alam ghaib. Tertib alam ghaib adalah tertib alam yang sebenarnya. Ia disediakan secara istimewa oleh Allah swt khas untuk manusia yang mahu yakin kepadanya.
Maksud ayat-ayat saya yang diatas ialah Allah swt telah sediakan dua jenis tertib, 1. tertib biasa untuk manuisa umumnya iaitu tertib sebab dan musabbab alam. 2. Tertib amal, melalui amal agama maka tertib sebab musabbab boleh dibatalkan, boleh dilipatgandakan, boleh dilenyapkan, boleh bolak-balikkan, tetapi hanya untuk orang yang yakqin sahaja. Sebagai contoh, sedekah jika ikut tertib sebab-musabbab akan menyebabkan duit berkurangan, tetapi untuk orang beriman sedekah akan menyebabkan rezeki bertambah-tambah. Dengan usaha dan qudrat tulang empat kerat boleh selesaikan masalah, tetapi untuk orang yang beriman dengan solat boleh menyelesaikan semua masalah. Bahkan perkara yang diluar upaya manusia boleh dicapai oleh orang yang beriman contoh, dengan azan ribut boleh dihentikan, dengan solat dan bacaan quran hujan ditahan, diminta diturunkan atau dimintak tangguhkan, atau dialihkan. Inilah keistimewaan orang yang benar-benar beriman.
Mungkin saudara terlupa sesuatu..Dalam Al Quran banyak kali dinyatakan yang dunia ini hanyalah sementara..Akhirat adalah kekal buat selamanya..Dunia adalah kesenangan yang memperdaya..Akhirat jualah yang kekal dan lebih baik lagi..Orang kafir memilih kehidupan dunia..Sebenarnya akhirat lebih baik dari itu..
Yakin yang saudara bincangkan bukan semata-mata melibatkan urusan dunia..malah ianya jauh lebih dari itu..Allah swt kata orang yang beriman ialah orang yang apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka bergetarlah hati mereka..Rasulullah tidak mengajar kita sembahyang dan segala amal untuk memberhentikan hujan dan lain-lain kejayaan yang saudara nyatakan itu..Sebaliknya perbuatan seperti itu telah menghilangkan "ikhlas"..Kita beramal adalah ikhlas untuk Allah..Sebab tu dinyatakan barang siapa yang mengkehendaki dunia, tuhan akan beri dunia kepada mereka..tapi azab Allah amatlah pedih..Apabila saudara beramal untuk mendapatkan balasan dunia..Amalan saudara itu tidak bernilai lagi di sisi Allah di saat saudara berhadapan dengan Allah..
sebagaimana dalam sebuah hadith dinyatakan bahwa nilai amal adalah bergantung pada niat..siapa yang berhijrah untuk Allah dan rasul nilainya adalah Allah dan Rasul..tapi siapa yang berhijrah untuk wanita, harta dan kedudukan..itulah nilai hijrah mereka..sesuatu perbuatan yang ikhlas kerana Allah dan rasul..Nilai dia adalah Allah dan rasul dengan kata lain lebih bernilai dari dunia dan isi-isinya..tapi kalau kita wat sesuatu untuk selain itu..nilai amal kita juga adalah untuk selain itu..justeru di sisi tuhan nanti, amal-amal itu sudah tidak berguna untuk kita..
so kalau saudara duduk berzikir beribu kali untuk dapatkan haqqul yakin yang saudara maksudkan supaya boleh berhentikan hujan..zikir saudara itu sudah tiada nilai di sisi tuhan..adalah lebih baik saudara berzikir beribu kali ikhlas kerana Allah dan rasul..mudah-mudahan Allah mengurniakan yakin pada saudara..dengan yakin itu..apabila dibacakan ayat-ayat tuhan..hati saudara terus bergetar kerana takutkan Allah..itu adalah jauh lebih baik dari berhentikan hujan..
Buktinya, dengan solat dan doa ada sahabiah nabi yang buat kemudian suami yang telah mati hidup kembali, dengan solat taubat dan hajat satu bala tentera menyeberang lautan dengan menunggang kuda. Tetapi hanya untuk orang yang benar-benar yaqin. Yakin dengan amal soleh maka Allah swt akan selesaikan masalah. Inilah permata yang dibawa oleh Nabi SAW. Dan inilah yang dikehendaki oleh Allah swt kepada orang-orang islam.
Jika kita lihat sekarang, orang islam berniaga tapi tak semaju org kafir, orang kafir banyak kaya, orang islam usaha jugak tapi tak kaya-kaya. Orang kafir dah buat jet, kapalterbang, roket. Orang islam janya jadi pemerhati, pembeli dan penumpang sahaja. Bukan tak usaha, dah usaha tapi tak sehebat orang kafir. Kenapa? mungkin jawapannya...oleh kerana orang islam telah berikrar dalam dua kalimah syahadah "Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah". Maka secari automatik tertib orang islam telah berubah kepada tertib yang lebih advance, iaitu melalui yakin, amal soleh dan usaha maka baru dapat semua.
Orang kafir dimudahkan kerana mereka menggunakan tertib mereka, iaitu usaha gigih dan dapat(dimudahkan). Untuk orang beriman tertibnya berbeza, iaitu yakin, amal soleh, doa dan usaha gigih..maka hasil yang diperolehi.....jauhhhh berlipat, berganda, hebat, cepat dan bermacam-macam lagi. Inilah istimewanya tertib orang beriman, persoalan...adakah tertib ini kita buat?
kejayaan orang kafir bukanlah menurut tertibnya seperti yang saudara cakapkan itu..sebaliknya kejayaan orang kafir adalah kurniaan Allah kepada mereka..Saudara lihat lah sejarah umat-umat terdahulu yang dibinasakan oleh Allah..Semuanya hebat-hebat..kaum firaun, kaum tsamud dan berbagai-bagai lagi..namun kehebatan mereka langsung tidak boleh menyelamatkan mereka dari azab Allah..begitu juga yang berlaku pada zaman nabi nuh as..Yang selamat hanyalah orang yang beriman..Sebagai orang islam..usaha yang paling kita lakukan adalah untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah..Hanya keimanan dan ketakwaan sahaja yang boleh selamatkan kita..Allah swt telah menyebutkan di dalam quran..harta benda tidak dapat selamatkan kamu..Adalah lebih baik kita berusaha dengan bersungguuh-sungguh untuk sesuatu yang dapat selamatkan kita..Yang lain itu adalah lebih baik kita besederhana..
Jika kita lihat generasi dahulu, boleh mengira diameter bumi, boleh mencipta bom(org islam yang mula2 cipta bom, peluru), boleh buat air pancur automatik bila masuk waktu solat dan berbagai-bagi lagi yang luar biasa. Rahsianya mereka diberi keistimewaan oleh Allah swt kerana mereka adalah orang-orang yang haqqul Yakin. Dengan yakin, amal dan usaha Allah swt kurniakan perkara yang hebat dari mereka. Semua urusan dunia dimudahkan.
Maka marilah kita sama-sama berjuang untuk tingkatkan keyakinan kepada Allah swt melalui amal soleh, mudah-mudahan Allah swt memberikan sifat taqwa kepada kita semua. Sebenarnya tuan-puan hanya Allah swt sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tidak ada apa-apa kuasa. Mintalah kepada Allah swt apa-apa yang kita mahu. Dialah yang maha kaya, maha berilmu, maha hebat, raja dari segala raja. Sesungguhnya Allah swt itu kasih kepada orang-orang yang suka memperbaiki dirinya.
banyak lagi contoh haqqul yakin yang lebih baik untuk dijadikan pengajaran..sebagai contoh Ali ra apabila mendengar azan sahaja..wajahnya akan berubah kemerah-merahan..Apabila sahabat bertanya kenapa dia jadi macam tu..Katanya tuhan sekalian alam telah menyeru aku mengadapnya..Itu adalah bukti orang yang benar-benar yakin dengan Allah swt..hingga dengar azan sahaja dirinya jadi ketakutan..baru lah dia tidak buang masa dan menuju ke masjid untuk bersolat jemaah..
ibarat kita hari ini..apabila bos panggil masuk pejabat..adakah kita nak buang masa lagi atau terus pergi??itu baru bos yang lebih kurang macam kita jer..ini kan pula tuhan sekalian alam yang panggiil..tapi itulah..disebabkan kelemahan iman kita..atau apa yang dikatakan tt sebagai kerendahan yakin kita..maka bunyi azan pun tiada kesan untuk kita semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# SiNoob
minta maaf yer saudara..saya menyelit sedikit..Mungkin saudara terlalu asyik dengan kefahaman saudara..sehingga saudara mengabaikan pendapat saudara baghal..cuba saudara cuba berlapang dada sedikit..
Sebenarnya saya tidak ada apa masalah dengan komen baghal, mungkin ayat saya yang kurang jelas mendatangkan persolan, tapi tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu bahagian mana yang kurang jelas.[/quote]
sebelum ni saudara kata percaya dengan sebab musabab selain amal kebajikan seperti tulang empat kerat..adalah tanda kelemahan iman..kemudian tanda iman yang kuat adalah melepaskan diri dari sebab musabab ni..tapi kemudiannya saudara suruh percaya pula kepada amal kebajikan seperti solat dan doa..bukankah amal kebajikan tu juga merupakan sebab musabab..Saudara yakin kah itu yang di ajar oleh Rasulullah??
Mungkin anda salah faham, maaflah ayat saya tu mungkin mengelirukan. Saya terangkan sekali lagi. Dunia adalah darul asbab, dan sebab ada dua, 1. sebab musabab biasa, orang islam dan kafir semua boleh buat, contoh makan jadi kenyang, minum hilang dahaga. Ini hukum fitrah alam atau hukum alam yang sentiasa diizinkan. Bila kita makan Allah yang jadikan kita kenyang sebenarnya, bukan nasi. Nasi cuma sebab.
Sebab ke 2. ialah sebab amal, ini istimewa untuk orang yang beriman. Rasulullah saw mentarbiah sahabat supaya mengutamakan guna sebab amal dulu, seperti doa2 dan ayat Al-quran. Ini adalah tarbiah yakin, macam,-macam doa yang rasulullah ajarkan, Guru tarikat dizaman dahulu mentarbiah yakin kepada anak muridnya step by step, step yang terakhir ialah mereka dikehendaki melintasi padang pasir dengan bawa bekal yang tidak mencukupi, di dalam perjalanan setelah beberapa hari makanan akan habis, jika dia balik berhari-hari, jika dia teruskan tak tahu bila akan sampai, diantara hidup dan mati inilah iman yakin ditarbiah. Jika dia tidak yakin bahawa Allah swt boleh beri dia sedikit rezeki ketika itu akibatnya matilah dia, jika dia yakin dengan perantaran amal maka bantuan Allah swt akan sampai. Cerita sebegini adalah perkara biasa dikalangan ahli salik dizaman dahulu.
Melepaskan diri dari sebab biasa yang saya maksudkan adalah tidak mempercayai sebab ada kuasa. Tapi sebab hanya perantaraan. kalau kita tak cuba sebab amal sampai bila kita nak yakin bahawa solat dapat selesaikan masalah? mengambil sebab biasa bukan tuduhan tanda lemah iman, tidak ada salahnya mengambil sebab biasa, cuma kita mesti nafikan sebab dan isbatkan kepada Allah swt. Contoh kita makan nasi jadi kenyang, tapi jangan percaya nasi itu mengenyangkan, nasi hanyalah sebab, kita makan nasi Allah yang bagi kenyang. Kalau percaya nasi ada kuasa mengenyangkan, ini keyakinan yang rosak. banyak kita dengar, ada org percaya kepada batu ada hikmat, azimat ada kuasa, keris ada kuasa.
Cuba saudara ingat kisah apabila leher rasulullah di acukan dengan pedang..dan si pengacu bertanya..Sekarang siapa yang boleh menyelamatkan engkau?Apa jawapan Rasulullah yang menyebabkan pedang terlepas dari genggaman si pengacu??
Apabila Rasulullah saw dalam keadaan demikian maka hilanglah segala sebab biasa, maka baginda menggunakan sebab tawakkal, tawakkal juga adalah amal, apabila Rasulullah bertawakkal kepada Allah swt maka Allah menjadi pembelanya. Sama seperti Nabi Ibrahim yang dicampakkan kedalam api, ketika itu datanglah malaikat menawarkan bantuan, tetapi Nabi ibrahim tolak, dia hanya berserah dan bergantung terus kepada Allah swt sahaja. Kemudian Allah swt menjadi pelindung Nabi Ibrahim, dijadikan api itu sejuk dan sejahtera. Dalam bertawakkal pergantungan hanya kepad Allah sahaja, jika masih ada mengharap kepada makhluk dan Allah swt dalam bertawakkal, bantuan Allah swt tidak akan sampai. Sama dengan kita berdoa meminta sesuatu kepada Allah, dalam berdoa minta disembuhkan dari penyakit kronik yang oleh membawa maut contohnya, tapi dalam masa yang sama masih mengharapkan ubat atau doktor atau bomoh2, doa yang seperti ini masih belum syumul, iaitu mengarap kepada Allah dan makhluk bercampur, tindakan dari Allah ialah dia melepaskan kita kepada hukum sebab biasa, bantuannya tidak datang. Doa yang betul ialah kosong hati dari yang lain, hanya semata-mata Allah swt dan berserah diri, tahulah Allah swt nak bagi kita sembuh cara macammana. Sama seperti siti Hajar yang anaknya Nabi ismail dipadang pasir, Siti hajar berlari 7 kali diantara safar dan marwah, namun tidak ada juga air. Akhirnya dia pasrah putus harap kepada makhluk, hanya kepada Allah swt semata-mata dan berdoa barulah bantaun Allah swt datang, dikeluarkan Air zam-zam dari hentakan tumit bayinya. Allah swt juga menceritakan dalam Al-Quran tentang orang yang tenggelam dalam lautan, ketika itu putuslah harapnya kepada makhluk, lalu dia berdoa kepada Allah, maka Allah swt serta-merta menyelamatkannya.
Kenapa saudara tidak letakkan kepercayaan dan keyakinan saudara terus kepada yang empunya segala sebab? yang memiliki langit dan bumi..yang berkuasa atas tiap sesuatu..yang apa di antara langit dan bumi adalah miliknya..yang tiada sebesar zarah pun bergerak melainkan dengan izinNya??
SiNoob Post at 26-2-2011 12:48 
Step by step sinoob, mula dari bawah, jika ada sebab biasa kita boleh ambil sebab biasa, jika sebab biasa tak ada guna amal, jika terdesak guna tawakkal. Tawakkal juga sebab. Bukankah dunia ini darul asbab. Allah swt jadikan sebab untuk uji keyakinan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply SiNoob
Mungkin anda salah faham, maaflah ayat saya tu mungkin mengelirukan. Saya terangkan sekali lagi. Dunia adalah darul asbab, dan sebab ada dua, 1. sebab musabab biasa, orang islam dan kafir semua boleh buat, contoh makan jadi kenyang, minum hilang dahaga. Ini hukum fitrah alam atau hukum alam yang sentiasa diizinkan. Bila kita makan Allah yang jadikan kita kenyang sebenarnya, bukan nasi. Nasi cuma sebab.
Saya setuju dengan pandangan saudara ini..Sesungguhnya langit dan bumi semua adalah milik Allah dan Allah melakukan sesuatu mengikut kehendak dia..Bila kita lapar kita makan..Tapi bukan makanan yang kenyangkan kita..Sebabnya banyak kali berlaku..bila lapar..kita makan pun tak kenyang-kenyang juga..Lagi-lagi bila kita teringin nak makan sesuatu..sekali tidak dapat..dihidangkan benda lain..makan jadi xkenyang gak selagi xdapat yang kita inginkan..Dalam keadaan yang lain..kita lapar sangat..disebabkan sibuk dan sebagainya yang halang kita dari makan..kadang-kadang tetiba perut kita kenyang sendiri..Yang dikenali juga dengan "perut masuk angin"..Semua ini menunjukkan yang makanan dan apa pun tiada kuasa..Allah yang berkuasa..tanpa makanan pun dia boleh beri kenyang kalau dia mengkehendaki..dan dengan makanan pun dia boleh bagi lapar juga kalau dia mengkehendaki..
Sebab ke 2. ialah sebab amal, ini istimewa untuk orang yang beriman. Rasulullah saw mentarbiah sahabat supaya mengutamakan guna sebab amal dulu, seperti doa2 dan ayat Al-quran. Ini adalah tarbiah yakin, macam,-macam doa yang rasulullah ajarkan, Guru tarikat dizaman dahulu mentarbiah yakin kepada anak muridnya step by step, step yang terakhir ialah mereka dikehendaki melintasi padang pasir dengan bawa bekal yang tidak mencukupi, di dalam perjalanan setelah beberapa hari makanan akan habis, jika dia balik berhari-hari, jika dia teruskan tak tahu bila akan sampai, diantara hidup dan mati inilah iman yakin ditarbiah. Jika dia tidak yakin bahawa Allah swt boleh beri dia sedikit rezeki ketika itu akibatnya matilah dia, jika dia yakin dengan perantaran amal maka bantuan Allah swt akan sampai. Cerita sebegini adalah perkara biasa dikalangan ahli salik dizaman dahulu.
Saya kurang setuju dengan pendapat saudara ini..Bukankah Allah swt yang menghidupkan dan mematikan..Tiada masalah pun untuk dia menghidupkan manusia tanpa makanan..Sebagai contoh..Ada sami di india yang tidak makan dan minum langsung untuk beberapa tahun..Tapi Allah masih menghidupkan dia..Walaupun dia tidak bermohon kepada Allah..Sebaliknya terus menerus mensyirikkan Allah dan mengajak manusia mensyirikkan Allah..Kenapa dia tidak mati macam yang saudara cakap kan itu..Sedangkan dia tidak beramal pun..
Lagipun bukankah Allah yang memberikan makanan kepada apa yang ada di langit dan di bumi..ulat di celah batu pun Allah beri rezeki..Apakah lagi manusia yang berada di padang pasir..Sesungguhnya Allah itu sentiasa mentakbir langit dan bumi..Tiada apa yang terlepas dari pemerhatiannya..samada orang kafir atau orang islam..dia tetap beri rezeki..tidak kira di mana orang tersebut berada..Allah bukanlah pentakbir orang islam semata-mata..Allah itu tidak pernah leka..perhatian Allah bukan untuk orang yang yakin dengan dia semata-mata..Sebaliknya dia maha adil untuk semua..
Melepaskan diri dari sebab biasa yang saya maksudkan adalah tidak mempercayai sebab ada kuasa. Tapi sebab hanya perantaraan. kalau kita tak cuba sebab amal sampai bila kita nak yakin bahawa solat dapat selesaikan masalah? mengambil sebab biasa bukan tuduhan tanda lemah iman, tidak ada salahnya mengambil sebab biasa, cuma kita mesti nafikan sebab dan isbatkan kepada Allah swt. Contoh kita makan nasi jadi kenyang, tapi jangan percaya nasi itu mengenyangkan, nasi hanyalah sebab, kita makan nasi Allah yang bagi kenyang. Kalau percaya nasi ada kuasa mengenyangkan, ini keyakinan yang rosak. banyak kita dengar, ada org percaya kepada batu ada hikmat, azimat ada kuasa, keris ada kuasa.
Cuba saudara baca posting saudara ini..terdapat inconsistensi..Memula saudara kata kita nafikan sebab ada kuasa...kita jadikan sebab itu pengantaraan sahaja..kemudian saudara suruh yakin pula solat selesaikan masalah..bukankah saudara mengisbatkan kembali kuasa menyelesaikan masalah kepada solat??
adakah saudara maksudkan kita kena jadikan sebab amal kebajikan tersebut seperti sebab perbuatan biasa yang kita wat sehari-hari..kalau biasanya kita makan sebab yakin Allah akan bagi kita kenyang dengan makanan..Kita ubah pula..bila lapar kita pergi solat dan yakin Allah akan kenyangkan kita dengan solat..itu ke maksud saudara??
Apabila Rasulullah saw dalam keadaan demikian maka hilanglah segala sebab biasa, maka baginda menggunakan sebab tawakkal, tawakkal juga adalah amal, apabila Rasulullah bertawakkal kepada Allah swt maka Allah menjadi pembelanya. Sama seperti Nabi Ibrahim yang dicampakkan kedalam api, ketika itu datanglah malaikat menawarkan bantuan, tetapi Nabi ibrahim tolak, dia hanya berserah dan bergantung terus kepada Allah swt sahaja. Kemudian Allah swt menjadi pelindung Nabi Ibrahim, dijadikan api itu sejuk dan sejahtera. Dalam bertawakkal pergantungan hanya kepad Allah sahaja, jika masih ada mengharap kepada makhluk dan Allah swt dalam bertawakkal, bantuan Allah swt tidak akan sampai. Sama dengan kita berdoa meminta sesuatu kepada Allah, dalam berdoa minta disembuhkan dari penyakit kronik yang oleh membawa maut contohnya, tapi dalam masa yang sama masih mengharapkan ubat atau doktor atau bomoh2, doa yang seperti ini masih belum syumul, iaitu mengarap kepada Allah dan makhluk bercampur, tindakan dari Allah ialah dia melepaskan kita kepada hukum sebab biasa, bantuannya tidak datang. Doa yang betul ialah kosong hati dari yang lain, hanya semata-mata Allah swt dan berserah diri, tahulah Allah swt nak bagi kita sembuh cara macammana. Sama seperti siti Hajar yang anaknya Nabi ismail dipadang pasir, Siti hajar berlari 7 kali diantara safar dan marwah, namun tidak ada juga air. Akhirnya dia pasrah putus harap kepada makhluk, hanya kepada Allah swt semata-mata dan berdoa barulah bantaun Allah swt datang, dikeluarkan Air zam-zam dari hentakan tumit bayinya. Allah swt juga menceritakan dalam Al-Quran tentang orang yang tenggelam dalam lautan, ketika itu putuslah harapnya kepada makhluk, lalu dia berdoa kepada Allah, maka Allah swt serta-merta menyelamatkannya.
Step by step sinoob, mula dari bawah, jika ada sebab biasa kita boleh ambil sebab biasa, jika sebab biasa tak ada guna amal, jika terdesak guna tawakkal. Tawakkal juga sebab. Bukankah dunia ini darul asbab. Allah swt jadikan sebab untuk uji keyakinan manusia.
zamkumis Post at 26-2-2011 21:24 
Boleh saudara kongsikan ayat yang menceritakan perihal orang yang tenggelam tu x??mudah-mudahan leh jadi pengajaran buat kami..
Saya rasa saranan saudara step by step..bermula dari sebab kepada amal dan kemudiannya kepada tawakal adalah tidak relevan..kerana usaha mestilah disertai tawakal..usaha itu adalah ikhtiar kita..tawakal itu adalah bukti penyerahan kita pada Allah swt..sebaiknya kita usahakan..walau sekecil mana perkara yang kita nak buat pun..kita serta kan kedua-duanya..usaha dan tawakal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 26-2-2011 23:07
Reply 11# SiNoob
Benarkah haqqul yakin merupakan puncak keyakinan?? Di mana letaknya kamal yakin..iaitu yakin yang sempurna??
Ketiga2 jenis yakin tersebut dalam Quran, kamal yakin tak pernah pula saya dengar. Haqqul yakin adalah keyakinan yang sempurna, keyakinan yang tidak bergoncang lagi, tidak ada sikitpun was-was lagi. Seribu dakyah pun tidak dapat mengganggu keyakinannya. Inilah haqaul yakin, bermaksud sebenar-benar yakin.
Mungkin saudara terlupa sesuatu..Dalam Al Quran banyak kali dinyatakan yang dunia ini hanyalah sementara..Akhirat adalah kekal buat selamanya..Dunia adalah kesenangan yang memperdaya..Akhirat jualah yang kekal dan lebih baik lagi..Orang kafir memilih kehidupan dunia..Sebenarnya akhirat lebih baik dari itu..
Usaha atas yakin mesti dibuat sewaktu didunia ini, jika selepas mati semua orang akan jadi yakin, dalam Quran menyatakan dalam surah sajdah, doa orang kafir, bahawa dia dah tengok, dah lihat, minta kembalikan semula kedunia untuk buat amal soleh, ketika itu mereka dah yakin. Ini doa orang kafir diakhirat nanti, doa yang tidak akan dimakbulkan. Dan mati baru nak yakin apa gunanya.
Katakanlah contoh sahaja ini, orang kafir tersebut dikembalikan kedunia, adakan anda fikir mereka akan membuang masa lagi, sudah tentulah mereka akan bertungkus lumus melakukan amal soleh siang dan malam. Takut dan bimbang tentang hari akhirat mungkin menyebabkan mereka tak boleh tidur lagi, amal soleh saha sing dan malam.
Bagi kita orang yang beriman, cukup diwakili oleh Nabi SAW yang telah pergi melihat surga dan neraka serta kerajaan Allah swt yang maha luas tidak bersempadan sewaktu israk dan mikraj, semua berita mesti kita yakin 100%. Sebab itu kita bersyahadah Laailahaillah MUHAMMAD RASULULLAH, bermaksud kita yakin kepad Allah dan Yakin kepada Rasulullah.
Yakin yang saudara bincangkan bukan semata-mata melibatkan urusan dunia..malah ianya jauh lebih dari itu..Allah swt kata orang yang beriman ialah orang yang apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka bergetarlah hati mereka..Rasulullah tidak mengajar kita sembahyang dan segala amal untuk memberhentikan hujan dan lain-lain kejayaan yang saudara nyatakan itu..Sebaliknya perbuatan seperti itu telah menghilangkan "ikhlas"..Kita beramal adalah ikhlas untuk Allah..Sebab tu dinyatakan barang siapa yang mengkehendaki dunia, tuhan akan beri dunia kepada mereka..tapi azab Allah amatlah pedih..Apabila saudara beramal untuk mendapatkan balasan dunia..Amalan saudara itu tidak bernilai lagi di sisi Allah di saat saudara berhadapan dengan Allah..
Yakin yang saya bincangkan bermula dari step bawah, jika step bawah masih lemah bagaimana dengan step yang jauh, tentulah lemah juga. Untuk keakhirat kita mesti melalui ujian dunia dulu, bukan kita mengejar untuk membolot dunia, tapi kita nak belajar membetulkan keyakinan kita, sebagai mana para sahabat, contoh satu sahabat(saidina Ali), selepas balik dari gazwah dia bertanya kepad isterinya makanan diruman, satu apa pun tak ada. Saidina Alri ra boleh sahaja pergi pinjam pada sahabat lain kalau dia mahu, tapi dia nak guna tertib amal, dia solat di masjid dan balik, tak ada makanan lagi, solat lagi danbalik tak ada makanan lagi, dan solat lagi mita kepada Allah, bila balik kisar gandumnya berputar sendiri, ini kisah yang mahsyur. Mungkin kisah ini anda telah dengar. Jadi kita belajar yakin dalam urusan dunia tidak ada salahnya, dalam urusan dunia inilah kita kene bargantung kepada Allah, tidak ada salahnya. Allah swt melihat hati kita. Jika tidak ikhlas maksudnya begini, solat rajin, berdoa rajin tapi masa bapak mertua datang rumah sahaja, ini tidak ikhlas, beribadah bukan keran Allah tetapi kerana bapak mertua. Ini dinamakan tidak ikhlas, atau rajin pergi masjid supaya dapat ambil hati pak imam, anaknya cun, untung2 boleh jadi menantu. Ini juga tak ikhlas. Bukan keran Allah, kalau solat dan berdoa kepada Allah dalam bab menyelesaikan masalah dakanh ini tidak ikhlas? Adalah kita disuruh berdoa untuk faedah akhirt sahaja, sedangkan dalam Quran mengajar supaya berdoa meminta kebaikan dunia dan akhirat, keduanya sekali.
so kalau saudara duduk berzikir beribu kali untuk dapatkan haqqul yakin yang saudara maksudkan supaya boleh berhentikan hujan..zikir saudara itu sudah tiada nilai di sisi tuhan..adalah lebih baik saudara berzikir beribu kali ikhlas kerana Allah dan rasul..mudah-mudahan Allah mengurniakan yakin pada saudara..dengan yakin itu..apabila dibacakan ayat-ayat tuhan..hati saudara terus bergetar kerana takutkan Allah..itu adalah jauh lebih baik dari berhentikan hujan..
Bukankan Allah swt menyatakan bahawa dia pelindung dan penolong orang-orang yang beriman? jadi dimanakah tempatnya dia akan melindung dan menolong? adakah diakhirat sahaja dan membiarkan atau tidak mempedulikan doa orang beriman yang meminta tolong didunia ini? Mahasuci Allah dari memungkiri janjinya. Pada suatu hari Rasulullaah diminta supaya mengubatkan seorang berpenyakit gila, kemudian bagainda membacakan beberapa ayat Quran, lalu sembuhlah orang itu serta merta. Himpunan ayat yang dibaca kini telah dibukukan diberi nama ayat-ayat MANZIL. Boleh cari dikedai buku. Jadi tidak ada salahnya menggunkan amal untuk faedah menyelesaikan maslah dunia, lagipun nak belajar yakin, tolak hujan tu kes masa kenduri kahwin adik saya dulu, tapak kenduri tanah berlumpur, sembelih lembu dua ekor, kalau hujan gotong royong terhenti, tanah jenis becak pula dan berlumpur, tidak da pilihan lagi selain minta kepada Allah, solat hajat dan yasin 3 x dan berdoa, 20 minit langit cerah semula, malam nak hujan lagi, buat lagi, cerah semula langit, pagi nak hujan lagi, saya doakan betul2 kepada Allah, mintak tangguhkan hujan sampai pukul 3 ptg. Langit jadi cerah semula. Pukul 3.30 petang turunlah hujan yang tak jadi nak turun sejak semalan, memang lebat weh. Ini pengalamanlah. Bukan nak riak tapi ini bukti bahawa sabdaan Rasulullah itu benar, cuba cari hadist tentang 10 keberkatan yang ada pada surah yaasin. Satu darinya untuk hajat. Tidak ada salahnya meminta kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply SiNoob
Usaha atas yakin mesti dibuat sewaktu didunia ini, jika selepas mati semua orang akan jadi yakin, dalam Quran menyatakan dalam surah sajdah, doa orang kafir, bahawa dia dah tengok, dah lihat, minta kembalikan semula kedunia untuk buat amal soleh, ketika itu mereka dah yakin. Ini doa orang kafir diakhirat nanti, doa yang tidak akan dimakbulkan. Dan mati baru nak yakin apa gunanya.
Katakanlah contoh sahaja ini, orang kafir tersebut dikembalikan kedunia, adakan anda fikir mereka akan membuang masa lagi, sudah tentulah mereka akan bertungkus lumus melakukan amal soleh siang dan malam. Takut dan bimbang tentang hari akhirat mungkin menyebabkan mereka tak boleh tidur lagi, amal soleh saha sing dan malam.
Bagi kita orang yang beriman, cukup diwakili oleh Nabi SAW yang telah pergi melihat surga dan neraka serta kerajaan Allah swt yang maha luas tidak bersempadan sewaktu israk dan mikraj, semua berita mesti kita yakin 100%. Sebab itu kita bersyahadah Laailahaillah MUHAMMAD RASULULLAH, bermaksud kita yakin kepad Allah dan Yakin kepada Rasulullah.
zamkumis Post at 26-2-2011 22:24 
Sebenarnya saudara salah paham dengan apa yang saya maksudkan..Memanglah kita kena usahakan untuk dapat yakin itu di atas dunia ini..Maksud saya yakin tu bukanlah yakin terhadap urusan dunia..contohnya yakin kalau sembahyang..Allah bagi kita harta yang banyak..Itu adalah keyakinan yang salah..
Sebaliknya kita kena usahakan agar dapat yakin terhadap rukun iman yang 6 tu..Bila keyakinan kita dah sempurna..barulah kita boleh dapat ciri-ciri orang beriman tu..yang hati bergetar bila dengar ayat Allah..yang sentiasa mengabdikan diri pada jalan Allah sebagaimana ditunjukkan oleh junjungan kita Muhammad saw.
Bukankan Allah swt menyatakan bahawa dia pelindung dan penolong orang-orang yang beriman? jadi dimanakah tempatnya dia akan melindung dan menolong? adakah diakhirat sahaja dan membiarkan atau tidak mempedulikan doa orang beriman yang meminta tolong didunia ini? Mahasuci Allah dari memungkiri janjinya. Pada suatu hari Rasulullaah diminta supaya mengubatkan seorang berpenyakit gila, kemudian bagainda membacakan beberapa ayat Quran, lalu sembuhlah orang itu serta merta. Himpunan ayat yang dibaca kini telah dibukukan diberi nama ayat-ayat MANZIL. Boleh cari dikedai buku. Jadi tidak ada salahnya menggunkan amal untuk faedah menyelesaikan maslah dunia, lagipun nak belajar yakin, tolak hujan tu kes masa kenduri kahwin adik saya dulu, tapak kenduri tanah berlumpur, sembelih lembu dua ekor, kalau hujan gotong royong terhenti, tanah jenis becak pula dan berlumpur, tidak da pilihan lagi selain minta kepada Allah, solat hajat dan yasin 3 x dan berdoa, 20 minit langit cerah semula, malam nak hujan lagi, buat lagi, cerah semula langit, pagi nak hujan lagi, saya doakan betul2 kepada Allah, mintak tangguhkan hujan sampai pukul 3 ptg. Langit jadi cerah semula. Pukul 3.30 petang turunlah hujan yang tak jadi nak turun sejak semalan, memang lebat weh. Ini pengalamanlah. Bukan nak riak tapi ini bukti bahawa sabdaan Rasulullah itu benar, cuba cari hadist tentang 10 keberkatan yang ada pada surah yaasin. Satu darinya untuk hajat. Tidak ada salahnya meminta kepada Allah.
zamkumis Post at 26-2-2011 22:24 
berbaloi ke segala amal saudara itu ditukarkan dengan memberhentikan hujan??ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 26-2-2011 23:06
Reply 11# SiNoob
Allah swt telah menyebutkan di dalam quran..harta benda tidak dapat selamatkan kamu..Adalah lebih baik kita berusaha dengan bersungguuh-sungguh untuk sesuatu yang dapat selamatkan kita..Yang lain itu adalah lebih baik kita besederhana..
Itu hanyalah contoh kalau bab nak kaya, kalau taknak bab kaya boleh dalam bab perubatan penyakit..apa-apa sahaja asalkan boleh belajar yakin. Kalau yakin dalam urusan yang dekat ni pun lemah(dunia), apatah lagi tentang akhirat, bila yakin lemah sembahyang pun buat cukup syarat aja, kusyuk tidak ditekankan, sedangkan kusyuk adalah syarat batin, akhirat nanti solat akan mula-mula ditanya, tak takut ke, kalau yakin kuat mesti merusaha bertungkus lumus betulkan solat dan kusyuk untuk bekal diakhirat. Kalau solat halal-balal je tu tanda yakin masih lemah dan tidak ada rasa gerun tentang akhirat. Jadi marilah kita sama-sama tingkatkan keyakinan sehingga seperti saidina Ali, jadi pucat bila dengar azan, inilah keyakinan, sedangkan Saidina Ali tidak pernah lihat surga neraka, cuma dia dapat maklumat dari Rasulullah sahaja, tapi yakinnya 100%
so kalau saudara duduk berzikir beribu kali untuk dapatkan haqqul yakin yang saudara maksudkan supaya boleh berhentikan hujan..zikir saudara itu sudah tiada nilai di sisi tuhan..adalah lebih baik saudara berzikir beribu kali ikhlas kerana Allah dan rasul..mudah-mudahan Allah mengurniakan yakin pada saudara..dengan yakin itu..apabila dibacakan ayat-ayat tuhan..hati saudara terus bergetar kerana takutkan Allah..itu adalah jauh lebih baik dari berhentikan hujan..
Ini untuk belajar yakin, tidak ada salahnya. Nabi Ibrahimpun ada usaha atas yakin, diceritakan dalam Al-Quran tentang Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah swt, bagaimanakan dia menghidupkan orang yang telah mati, lalu Allah swt bertanya semula(melalui wahyu) adakah dia tidak yakin lagi?, Nabi Ibrahim menjawab bahawa dia dah yakin, tapi dia mahu supaya tetap hatinya. TETAP Ini membawa maksud haqqul yakin, tidak berkocak lagi keyakinan. Lalu allah swt perintahkan Nabi Ibrahim sembelih 4 ekor burung berjainan jenis, mungkin helang, merak dan lain lagi. 4 ekor, sembelih dan cincnag dagingnya sampai lumat kemudian campur kesemuanaya, kemudian kemudian jadikan 4 bahagian dan diletakkan diatas 4 puncak gunung/bukit ,4 bahagian tersebut. Setelah itu seru namanya, nabi Ibrahim buat semua, dan seru, maka daging yang dicincang tadi beterbangan lalu bercantum semula seperti sediakala, 4 ekor burung tadi hidup semula.
Didalam hidup kita, kita ada 3 misi, usaha sampai mati.
1. Perbaiki IMAN DAN AMAL.
2. Mensucikan hati, sebagaimana kita lahir hati bersih, bila mati hati juga hendaklah bersih (dari penyakit2 batin)
3. Sebagai khalifah dimuka bumi - dakwah(menyeru manusia kepad Allah). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply SiNoob
Itu hanyalah contoh kalau bab nak kaya, kalau taknak bab kaya boleh dalam bab ...
zamkumis Post at 26-2-2011 23:03 
dari posting-posting saudara..amal(islam) saudara dah mantap..iman(yakin) saudara tengah usahakan..insya allah akan mantap nanti..tapi saudara tidak menyebut soal ikhlas(ihsan)..
sedangkan 3 ni mesti seiring..setiap amal perbuatan kita mesti ada 3 ni..islam, iman dan ihsan..
nak khusyuk solat macam mana wahai saudara ku..kalau solat kita itu pun kerana urusan dunia..sudah tentulah solat kita akan dibayangi dengan urusan yang kita harapkan..
sebenarnya kebanyakan cerita yang saudara cerita itu bukanlah cerita yang menunjukkan kita kena yakin dengan amal kita..sebaliknya cerita-cerita tersebut menunjukkan Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..kita kena yakin pada Allah..Serahkan segala urusan kita kepada Allah..Cukuplah Allah jadi wali kita..
Sebagai contoh kisah ibrahim tinggalkan isteri dan anaknya di padang pasir..Allah swt nak yakinkan Nabi Ibrahim as..bukan Nabi Ibrahim yang bagi rezeki..Sebaliknya Allah swt..Sebab tu Nabi Ibrahim tinggalkan isteri dan anaknya ditengah padang pasir yang kering kontang..bila dia balik semula..kawasan tu dah jadi makmur..isteri dan anak dia dikurniakan rezeki oleh Allah..Cerita tersebut menyakinkan nabi ibrahim bahwa Allah lah yang memberi rezeki kepada isteri dan anak dia..tiada kena mengena dengan usaha nabi ibrahim pun..
begitu juga kisah nabi ibrahim bawa beg untuk ambil bekalan dari namrud..bila keluar rumah dia isi beg tu dengan pasir..kerana tidak mahu minta bantuan namrud..then dia pulang ke rumah..bila isteri dia buka beg itu..dipenuhi makanan..walaupun nabi ibrahim meletakkan pasir sahaja dalam beg tersebut..Semua kisah ini menunjukkan kekuasaan Allah terhadap hamba-hambanya yang beriman dan mengambil Allah sahaja sebagai wali bagi mereka..
Kisah ni bukanlah suruh kita buat sesuatu untuk dapatkan balasan dari Allah..Sebaliknya yakin yang segala urusan adalah ditangan Allah..kita hanya perlu jalankan perintah dia..
Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi..Maksudnya segala apa yang ada di langit dan bumi ini..Allah sediakan untuk keperluan manusia..Tetapi tugas manusia adalah mengabadikan diri pada Allah swt..Gunakan semua yang Allah bagi ni dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah..
yang jadi masalah apabila kita yang ditugaskan sebagai khalifah di bumi..pergi tukar tugas dengan dunia..dunia jadi khalifah..kita jadi hamba..ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# SiNoob
Sebenarnya saudara salah paham dengan apa yang saya maksudkan..Memanglah kita kena usahakan untuk dapat yakin itu di atas dunia ini..Maksud saya yakin tu bukanlah yakin terhadap urusan dunia..contohnya yakin kalau sembahyang..Allah bagi kita harta yang banyak..Itu adalah keyakinan yang salah..
Kenapa pula salah yakin, sedangkan bab ini dinyatakan dalam hadist Nabi. Ada lima kebebakatan dalam solat. 1. Diberi keberkatan rezki 2. Diangkat siksa kubur 3. Diberi buku catitan kepada tangan kanan 4. Meniti titian sirat pantas seperti kilat 5. MAsuk surga tanpa hisab.
Sembahyang untuk kaya memanglah salah, tetapi berdoa untuk kaya tak salah, makbul atau tidak itu hak Allah, dia lebih tahu. Kaya dalam tulisan saya hanya contoh supaya senang faham, tidak ada salahnya kaya, tidak berdosa, yang salah bila dunia masuk dalam hati(cinta dunia), yang dituntut ialah zuhud, bab kaya nie dah laritajuk, bab ikhlas juga dah lari tajuk, ikhlas ini rahsia dalam rahsia Allah, hanya amalan yang ikhlas yang diterima Allah. Orang yang menjual agama untuk kepentingan dunia ialah orang yang menggunakan agama untuk memuaskan hawa nafsunya.
berbaloi ke segala amal saudara itu ditukarkan dengan memberhentikan hujan??ehehe Adakah berdosa meminta tolong kepada Allah?
Dan bagaimana pula saidina Ali yang solat hajat minta makanan dari Allah, berbaloikah dia?
Walaubagaimanapun tak apa kita dalam belajar, salah silap tu memang tak lepas, teguran memang digalakkan. Penekanan yang diberikan dalam topik ini ialah kita mesti yakin 100% dengan segala janji Allah swt, yang disampaikan melalui Rasulullah saw(sumber yang sohih). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 27-2-2011 00:03
Dunia adalah tempat ujian manusia, kita sedang menjalankan peperiksan sekarang, resultnya diakahirat nanti, akhirat adalah tempat pembalasan. Segala amal akan dihitung samada ikhlas atau tidak, samada sah atau tak sah kita dapat lihat disana nanti. Sebelum kita mati masih ada kesempatan untuk tingkatkan keyakinan dan perbaiki amal kita untuk bekalan diakhirat. Amal bermaksul perintah Allah swt yang wajib2, soleh bermaksud amalan sunat yang diajar oleh Rasulullah saw.
Kita beramal yang wajib dan hiasi dengan sunat-sunatnya, contoh dalam solat ada rukun, ini wajib(amal), dan ada sunatnya(soleh). Kalau nak buat wajib sahaja dinamakan amal sahaja, kalau tambah sunat2nya, barulah amal soleh. Didalam melaksanakan perintah Allah swt kita hendaklah gembira, maksudnya seronok dengan perintah Allah, jika tidak seronok dengan perintah Allah maka ini sifat orang munafik, diisyaratkan dalam quran "berdiri dalam solat dengan malas dan tidak mengingati Allah melainkan sedikit". Jika seseorang itu islam, dia orang islam tetapi ada sifat munafik, namun dia bukanlah orang munafik, cuma ada sifat sahaja. Sifat ini mesti dibuang cepat2. Sebab sifat munafik boleh berakar umbi dan membiak. Tapi kalau munafik yang sebenar2 munafik ialah kafir dihati, dimulut pura2 beriman. Ini orang yang betul2 munafik, kalau dia beriman dihati tapi ada sifat munafik, dia bukanlah orang munafik, dia tetap islam. Contoh orang munafik ialah yang diceritakan dizaman Nabi SAW. Perkataan munafik tidak boleh buat main-main.
Tanda seseorang itu beriman, apabila dia disergah dengan nama Allah, contohnya, "kenapa kau buat macam ini,? tidak takutkah kau kepada Allah?", orang yang beriman bila mendengar perkataan seperti ini memang amat gementar hatinya. Itu tandanya dia beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply SiNoob
Kenapa pula salah yakin, sedangkan bab ini dinyatakan dalam hadist Nabi. Ada l ...
zamkumis Post at 26-2-2011 23:31 
Saya rasa apa yang saudara nak sampaikan ialah kita seharusnya sentiasa bermohon kepada Allah swt dalam setiap urusan yang kita lakukan..Antara jalan yang boleh dilakukan untuk memohon pertolongan Allah adalah dengan cara mendirikan solat, membaca yassin, memuji tuhan dan mengamalkan doa-doa yang diajarkan oleh junjungan kita Muhammad saw..
Ini kerana Allah swt lah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu..Dia yang memiliki langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya..Dia sentiasa dekat dengan kita, mendengar permohonan kita dan memakbulkan doa kita..
Kita hanya perlu yakin kepadaNya..Kerana hanya dia yang berkuasa..So bermohon lah terus kepada nya..
Saya amat setuju dan menyokong pendapat saudara ini.
Maafkan saya saudara..semua salah faham sebelum ini terjadi kerana kelemahan fikiran saya dalam memahami kata-kata saudara.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|