View: 44313|Reply: 15
|
[Jenayah]
Bumbung Tiada Perubahan, Dah Macam Rumah Hantu!
[Copy link]
|
|
Ish, naik bulu roma Cik Bunga bila cakap perihal misteri atau hantu. Tetapi ini bukanlah cerita hantu betul-betul, cuma metaforanya saja, jangan ambil serius.
Bahagian paling serius yang Cik Bunga nak tekankan ialah mengenai tanggungjawab dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib yang mengendalikan keseluruhan infrastruktur bangunan Istana Budaya ( IB).
Ya, Cik Bunga memang nak tegur. Apa sudah jadi dengan bangunan ikonik itu ya? Baru-baru ini Cik Bunga ada lalu di kawasan itu, memang betul bagai dikata orang, dah macam bangunan tinggal. Macam rumah hantu pun ada.
Atap bumbung pun bagai nak roboh, memburuk dan mencacatkan pemandangan. Memang Cik Bunga tahu, pengurusan IB ada maklumkan sekitar awal tahun lalu bahawa mereka akan tutup bangunan tersebut dalam tempoh tiga tahun untuk urusan penyelenggaraan.
Tetapi, kenapa macam tak ada gerak kerja saja ya? Esok dah melangkah ke tahun 2024, tak akanlah tak ada progres apalagi bumbung IB itulah yang paling ketara boleh dilihat ramai seakan tiada perubahan baharu.
Cik Bunga tak adalah nak menuduh. Tetapi mewakili suara orang ramai terutama peminat seni tanah air, kita nak juga tahu apa progres yang sedang dilakukan oleh pihak berwajib mengenai isu ini?
Sekadar cadangan, kalau boleh, dari semasa ke semasa kenalah maklumkan kepada masyarakat apa progres terkini yang dilakukan untuk memulihara insfrastruktur di IB. Barulah masyarakat terutama netizen faham dan IB pun tak kena kritik. Betul tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana menteri klia?
Takkan nak minum arak dan pakai shorts je?
|
|
|
|
|
|
|
|
Haii.. Rental stage satu mlm belas2 ribu dengornya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah hodoh camtu ye rupa IB? Mai gad... |
|
|
|
|
|
|
|
Sembur air lepastu cat baru je.
Rumah kat kampung kitorang buat camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila budaya maintenance takda. 10 tahun sekali lumpsump tapaw buat overhaul. Senang nak congak mana satu yang boleh di mark up. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sistem mesia ni tak bg maintenance dln bajet |
|
|
|
|
|
|
|
Fefeeling Sydney opera house (lihat design bumbung) tapi buat konsert ummah pprt ja. Selayaknya berlumut, bajet ciput.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-1-2024 01:31 AM
Dah hodoh camtu ye rupa IB? Mai gad...
istana budaya senibinanya tak cantik
dia seolah2 hanya bumbung..tak nampak bangunan
senibina tak mencerminkan malaysia atau melayu pun
patut didesign istana budaya baru, utk aktiviti seni malaysia...buatlah di putrajaya ke tempat yg jauh sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-1-2024 02:45 PM
Fefeeling Sydney opera house (lihat design bumbung) tapi buat konsert ummah pprt ja. Selayaknya berl ...
itulah pasal
sydney opera house iconic
stand out..duduk jauh dari bangunan lain
ini IB ni dahla teperosok tepi jalan, jam, desogn langsung tak cantik..seolah2 bumbung saja..bangunan yg takda badan |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 2-1-2024 12:21 AM
istana budaya senibinanya tak cantik
dia seolah2 hanya bumbung..tak nampak bangunan
senibina tak m ...
Ya ni pun setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka idea buat kat Putrajaya tu. Tepi tasik mesti wow.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|