CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12146|Reply: 1

[Jenayah] Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah, 10 anggota Houthi Yaman terbunuh

[Copy link]
Post time 2-1-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode


SEKURANG-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.

Perkara itu disahkan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran menerusi satu kenyataan.

Laporan Al Jazeera menyebut, kumpulan Houthi memaklumkan ketika kejadian, kapal berkenaan sedang melakukan rondaan bertujuan meningkatkan keselamatan dan kestabilan serta melindungi pelayaran maritim.


Malah jelasnya, ketiga-tiga kapal itu juga sedang menjalankan tugas 'moral dan kemanusiaan' untuk menghalang kapal Israel atau pihak yang menuju ke pelabuhan Palestin daripada melalui Laut Merah.

Pada Ahad, tentera AS memaklumkan pasukannya menenggelamkan tiga kapal yang melancarkan serangan ke atas kapal kontena Maersk di Laut Merah.


VIDEO
ENGLISH
MALAYSIA
DUNIA
POLITIK
HIBURAN
BISNES
SUKAN
RANCANGAN
GAYA HIDUP
LAIN-LAIN
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Astro Awani
Januari 2, 2024 08:00 MYT
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Kapal Angkatan Tentera Laut AS ketika membuat rondaan di Selat Bab al-Mandeb. - Foto AP
SEKURANG-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
Perkara itu disahkan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran menerusi satu kenyataan.
Laporan Al Jazeera menyebut, kumpulan Houthi memaklumkan ketika kejadian, kapal berkenaan sedang melakukan rondaan bertujuan meningkatkan keselamatan dan kestabilan serta melindungi pelayaran maritim.


Malah jelasnya, ketiga-tiga kapal itu juga sedang menjalankan tugas 'moral dan kemanusiaan' untuk menghalang kapal Israel atau pihak yang menuju ke pelabuhan Palestin daripada melalui Laut Merah.
Pada Ahad, tentera AS memaklumkan pasukannya menenggelamkan tiga kapal yang melancarkan serangan ke atas kapal kontena Maersk di Laut Merah.

Tentera AS menangkis serangan itu ketika ia meneruskan misi rondaan untuk menentang ancaman kumpulan Houthi.

Menurut komando pusat AS (centcom), helikopter dari kapal perang USS Eisenhower dan USS Gravely melepaskan tembakan ke arah 'kapal Houthi' untuk mempertahankan diri ketika bertindak panggilan kecemasan dari kapal membawa bendera Singapura Maersk Hangzhou.

Jelas Centcom, helikopter AS itu menenggelamkan tiga kapal selain membunuh beberapa anak kapal.

Bagaimanapun, Centcom menyatakan kapal keempat itu berjaya melepaskan diri.

Tambah Centcom, Maersk Hangzhou membuat panggilan kecemasan itu selepas ditembak oleh kapal Houthi yang menghampirinya sedekat 20 meter dan cuba merampasnya.

Ia merupakan serangan kedua kumpulan Houthi ke atas kapal Maersk Hangzhou dalam tempoh kurang 24 jam.

Pada Sabtu malam, Centcom mengesahkan pihaknya menembak jatuh dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ketika kumpulan itu bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu berasingan ke atas Maersk Hangzhou.

Susulan kejadian itu, syarikat perkapalan Maersk berkata, pihaknya menangguhkan operasi pelayaran melalui Laut Merah selama 48 jam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 09:01 AM | Show all posts
tanda tanda WW3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049705 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list