CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10693|Reply: 0

[Jenayah] SPRM akan panggil bekas Perdana Menteri, 2 pembantu

[Copy link]
Post time 3-1-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan dokumen daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan kempen Promosi Keluarga Malaysia oleh pentadbiran sebelum ini.

Sumber memberitahu New Straits Times, SPRM masih mengkaji dan mengumpul semua dokumen berkaitan kempen berkenaan.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat namun akan berbuat demikian sebaik siasatan selesai," katanya.

Semalam, SPRM dilaporkan akan memanggil bekas Perdana Menteri dan dua pembantunya sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas tiga kes berasingan membabitkan dakwaan salah guna dana.

Menurut sumber kepada FMT, pembantu terbabit mempunyai hubung kait dengan dua bekas Perdana Menteri.

Siasatan itu bagi mengenal pasti sumber kekayaan diperoleh isteri serta anak kepada pemimpin berkenaan membabitkan aktiviti syarikat petroleum dan perbelanjaan berkaitan pengiklanan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang Ahli Parlimen dari sebuah negeri di Pantai Timur dan pembantunya akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta SPRM 2009.

Berdasarkan laporan itu, seorang daripada pemimpin terbabit didakwa menganugerahkan projek kerajaan ketika pentadbirannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058065 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list