CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7700|Reply: 0

[Jenayah] Konflik Palestin-Israel: 50,000 peneroka haram Yahudi ceroboh Al-Aqsa

[Copy link]
Post time 4-1-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode


KAHERAH – Seramai 50,098 peneroka haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa sepanjang tahun 2023 sekali gus angka kedua tertinggi pernah direkodkan bagi pencerobohan sedemikian, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Menurut pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Pemantauan Al-Azhar bagi Membanteras Ekstremisme, insiden paling buruk berlaku semasa perayaan orang Yahudi pada Oktober tahun lalu.

“Dalam insiden tersebut, lebih 8,000 peneroka haram Yahudi menyerbu pekarangan Al-Aqsa di bawah perlindungan tentera penceroboh Israel. Mereka menyerang dan mengusir jemaah Palestin,” katanya.

Sejak Rejim Zionis menduduki Baitulmuqaddis Timur pada 1967, jumlah pencerobohan tertinggi ke atas Masjid Al-Aqsa dalam masa setahun adalah seramai 51,483 yang direkodkan pada 2022.

Menurut pertubuhan berke­naan, bilangan pencerobohan tinggi itu adalah bukti usaha bersepadu Israel yang mahu menguasai masjid tersebut.

Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam justeru, sebarang rancangan pencerobohan adalah tidak boleh diterima.

“Pencerobohan Al-Aqsa di samping pembunuhan beramai-ramai dan pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza adalah serangan terang-terangan ke atas negara Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis memberitahu agensi berita Anadolu bahawa pada bulan lalu sahaja, seramai 3,086 peneroka haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa sambil dilindungi oleh polis Israel.

Polis Israel mula membenarkan peneroka haram Yahudi menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa pada 2003 walaupun menerima kecaman berulang kali daripada rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya.

Orang Yahudi menggelar pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai Temple Mount. Mereka a mendakwa bahawa tapak masjid berkenaan menempatkan dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Dalam perkembangan ber­asingan, Pusat Maklumat Wadi Hilweh yang berpangkalan di Baitulmuqaddis berkata, pihak berkuasa Israel telah mengeluar­kan 1,105 perintah pengusiran rakyat Palestin pada 2023.

Ia termasuk perintah pengusiran dari Kota Lama Baitulmuqaddis dan beberapa tempat lain di kawasan tersebut.

Pusat itu juga mendokumentasikan 209 tindakan merobohkan rumah penduduk Palestin di seluruh Baitulmuqaddis Timur yang dilakukan oleh Rejim Zionis.

Ia termasuk 68 perobohan yang berlaku selepas 7 Oktober iaitu permulaan perang Israel-Hamas di Semenanjung Gaza.

Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967 (Perang Enam Hari).

Rejim Zionis kemudian menggabungkan seluruh bandar itu pada 1980, dalam langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Israel turut dituduh menggunakan pengusiran dan langkah serupa untuk melenyapkan penduduk Palestin dari Baitulmuqaddis Timur dan daripada tanah yang menjadi milik mereka berabad-abad lamanya. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.079061 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list