CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20719|Reply: 138

Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular

  [Copy link]
Post time 17-1-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-1-2024 12:58 PM

Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular
Oleh KOSMO!
17 Januari 2024, 12:01 pm


Antara gambar-gambar hidangan yang dikongsikan di media sosial.


PETALING JAYA – Selepas tular senarai menu di Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah, hari ini tular pula gambar-gambar hidangan berkenaan.

Menerusi perkongsian @arfdy12 di aplikasi X, beberapa gambar hidangan dikongsikan antaranya salad ketam Alaska dengan kaviar Iran, udang kara dengan salad betik muda, sorbet mangga bersama sarang burung walit, dan daging wagyu percik dengan trufel.

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai yang mengikuti istiadat perkahwinan diraja berkenaan, sejak hari pertama ia berlangsung.

“Kalau aku, pencuci mulut ni kecuali aiskrim, aku tapau bawak balik ja. Tak larat nak habiskan seorang. Aku jenis makan kena bagi habis, tak baik membazir,” kata @FaHussMo.

“Cantik!,” puji @WhitoutKey_.

“Sepatutnya kena ada oren masam dengan air sirap, baru kenduri kahwin,” komen TSharipp.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 01:39 PM | Show all posts
macam mana nak makan tu ye? iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan orang ramai sebab tak reti makan dengan cara yang betul, macam kena tuang kuah dulu bagi cair baru masuk mulut etc...pastu risau sudu terpelanting
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 17-1-2024 01:39 PM
macam mana nak makan tu ye?  iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan oran ...

Sama lah ai pun..mau terkebil2 dok mikir cara nak gigit lagu mana..kena tuang sos ke hapa..guna sudu garpu yang mana..xpelah..ai marhaen jer..makan yang beli pasar malam pun bercukur dah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 17-1-2024 01:50 PM

Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke, lauk Telur Ikan Mayong ke Telur Ikan Tenggiri ke, Teluk Ikan Tembakul ke...baru lah betul betul Authentic Melayu...sesuai dgn status ketua adat resam Melayu.

Kepala dah tak betul jangan expect ekor pun betul...rakyat bawah makan fake cheese dgn ikan terubuk siam...ko rasa betul ke???

Tak support local economy dan nelayan Brunei langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 01:59 PM | Show all posts
standard rakyat ...nasi minyak,ayam masak merah,daging masak hitam,jelatah/acar  timun nenas,buah oren sebijik belah 6,tembikai potong besar 2 jari...sirap merah saja tak manih,side dish,laksa ceroi,kadang kadang bubur kacang/gandum terlajak manis.aiskrim malaysia macam macam kaler,kekadang jumpak jugak ada apom balik nipis keras dengan teh tarik limited edision (satu bekas je sbb jiran sponsor) dan kalau tuan rumah berduit sikit jumpa la kambing bakar yang orang berbaris panjang dengan gigihnya ditengah panas macam tak pernah jumpa seumur hidup..

ini realiti rakyat b40/m40 malaysia korang boleh sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakaros can do better...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bandingkan dgn makanan penduduk Gaza kt sblhnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 02:29 PM | Show all posts
hyie replied at 17-1-2024 01:39 PM
macam mana nak makan tu ye?  iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan oran ...

Meols teringat ada filem ni, couple ni g makan fine dining Pastu kena tuang air dulu kat benda putih atas pinggan, Pastu dah kembang benda tu dia masuk kan dalam mulut. Rupa2nya tu tisu basah untuk lap tangan pastu boyfren dia cakap sorry book tempat makan kat sini, dia cakap burger king dah penuh lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terkesima betapa Islamicnya menu tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:02 PM | Show all posts
hashashes replied at 17-1-2024 02:29 PM
Meols teringat ada filem ni, couple ni g makan fine dining Pastu kena tuang air dulu kat benda put ...

ha, ye la, aku pn ada tgk citer tu, tp aku lupa , citer apa ek? igtkan maknan, rupa2nya tisu basah yg dikembangkan dlm air
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:04 PM | Show all posts
yg penting setiap hidangan ada gold leaves
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:05 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-1-2024 01:47 PM
Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke ...

itu zaman sultan mansur syah, 1370 - 1800 boleh la, skrg dah dasar pandang ke barat, apa2 yg barat buat, dipandang posh hockay..

tak posh la makan telur ikan mayong, kena makan telur ikan sturgeon baru class, hehe


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 17-1-2024 03:05 PM
itu zaman sultan mansur syah, 1370 - 1800 boleh la, skrg dah dasar pandang ke barat, apa2 yg barat ...

Foi gras baru namanyer menu kayangan...bukan ayam goreng kunyit cecah kicap mahsuri nasi panas panas kheunz?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-1-2024 02:29 PM
terkesima betapa Islamicnya menu tu

Menu islamic iteww sebenarnyer macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:09 PM | Show all posts
aku tak terfikir pn, mcm mana nak makan, sebab konfirm mmg tak akan dpt jemputan majlis mcm ni haha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-1-2024 01:47 PM
Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke ...

Biasa le posh. Yang kaya2, raja2 hantar anak belajar ke london. Walaupun muka totok, cari isteri ke 2. 3, 4 pon minah saleh, pan asia. Bila cuti, pergi berehat dan shopping di europe. Depan rakyat berlakon pakai jubah, hukum hudud etc.
Pembela bangsa dan agama konon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 03:13 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 17-1-2024 03:09 PM
Menu islamic iteww sebenarnyer macam mana?

kurma 3 biji, ayaq kosong segelas kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi3x menu x ingat donya...tak ingat kat ummah Fulastin yg saban hari di bom yisroel kah??..kata terpaling plastin sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:14 PM | Show all posts
kenyang ke?

balik mesti buat mee cup....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 17-1-2024 03:13 PM
kurma 3 biji, ayaq kosong segelas kot.

Semestinyer....

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.100277 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list