View: 9535|Reply: 53
|
[Jenayah]
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
[Copy link]
|
|
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Melaka: Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata pemuda berusia 25 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan tersebut selepas melihat iklan menerusi kumpulan Telegram Sahabat Invest Master Bina yang kononnya membuat pelaburan pertukaran mata wang asing pada 19 Januari lalu.
"Scammer menjanjikan hasil pelaburan yang tinggi iaitu melabur RM300 akan mendapat keuntungan RM5,000 dengan hasil pelaburan juga bergantung (kepada) berapa modal yang dibayar, serta hasil keuntungan pelaburan akan dibahagikan di antara pelabur dengan pihak syarikat iaitu pelabur 60 peratus dan syarikat 40 peratus.
"Pelabur juga dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam masa tiga hingga enam jam," katanya dalam kenyataan malam ini.
Tertarik dengan pulangan diberikan, Ahmad Jamil berkata mangsa kemudiannya melabur sebanyak RM20,000 pada kali pertama diikuti sembilan lagi transaksi ke dalam enam pemilik akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM82,000 hasil simpanan sendiri dan bapanya.
Beliau berkata bagi mendapatkan wang hasil pelaburan tersebut, mangsa diminta melakukan transaksi namun penghantar makanan tersebut membuat laporan polis pada 8 malam semalam selepas berasa diperdayakan.
Justeru, Ahmad Jamil menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan mana-mana iklan pelaburan tidak sah dan mereka boleh membuat semakan menerusi laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule.
"Masyarakat juga boleh membuat semakan menerusi aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222, Facebook Rasmi JSJK, talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (997) dan aplikasi Whoscall dan Truecall yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing," katanya.
Disiarkan pada: Januari 28, 2024 @ 12:59am
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata tak belajar tinggi-tinggi, doktor che gu pun kena... nasib baik polis pun tak ikut kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 kena tipu pelaburan ni. Orang2 yg kena tipu ni semuanya jenis tamak dan nak kaya cepat tanpa usaha. Itu yg aku nampak. Aku tak kesianpun dgn org2 gini. Sendiri bikin. Bukannya tak tahu ada tempat2 pelaburan yg legit. Berita org kena tipu pun sentiasa keluar berita. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar! Kesian....tapi.....
Seandainya mangsa letak di kwsp, kurang2 dpt 5% (rm4000++) yearly
Kalau takmau kwsp, letak je ASB, kurang2 dpt juga 5.25%
Tapi tu lah....bila kita cakap pasal ni, ada yang ckp ciput la...tak byk la...lebih baik sikit dan duit pokok ada, daripada dijanjikan bulan bintang yang akhirnya duit pokok pun hangus. Nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu kena add dalam telegram scam begini. Biasa aku report pehtu delete ja. Nak maki takleh sebab setting admin ja boleh hantar mesej. Cibai. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-1-2024 03:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
dua_chzy replied at 28-1-2024 02:21 PM
Aku selalu kena add dalam telegram scam begini. Biasa aku report pehtu delete ja. Nak maki takleh se ...
Dalam group tu scammer akan bercakap sama sendiri sambil letak gambar duit. Orang yang tak berfikir panjang akan mudah ditipu. |
|
|
|
|
|
|
|
byk duit penghantar makanan ni |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 28-1-2024 07:22 AM
Dalam group tu scammer akan bercakap sama sendiri sambil letak gambar duit. Orang yang tak berfiki ...
Tu la sebab aiol nak maki supaya yang lain sadar tu scam ja. Benci betul. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit, ntah2 duit dia ada tu pun haram, haram kembali kepada haram agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje..
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 9-5-2024 04:45 PM
Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje. ...
ratusan rm je takpe lah simpan aje lah citer u tu |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya duit ko dek.. baru 25 tahun..
Group invest, advert online sume ni scam je. Iols delete block je. Nampak nau geng deols je yang komen sesama sendiri kat situ. Done dapat duit la hapa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cuba buat resit pembayaran palsu tanpa bankin dah.. Yang ada PC/laptop yang ada Adobe Photoshop, boleh cuba edit..
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 9-5-2024 04:45 PM
Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje. ...
Ni yg scam hang bg gambaq vugil tu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 28-1-2024 12:09 PM
Nak kata tak belajar tinggi-tinggi, doktor che gu pun kena... nasib baik polis pun tak ikut kena.
Puhlis tak kena sbb tade duit.. sbb tu kena pow duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan.. Itu lain, ini lain, sama sekali berbeza..
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 10-5-2024 09:45 AM
Bukan.. Itu lain, ini lain, sama sekali berbeza..
Byk betui hang kena scam.. kalau bkn kena scam duit, kena scam bg gambaq vugil
Hang ni terlebey inesen kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Labur 300 dpt 5000 kauuu…
Org2 tamak kelabu mata lh padahal sezarah pn x logik..
Dh bg 80k dia expect dpt untung 2.8 juta ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
byknya duit adik ni utk umur begitu.
habis gitu je duit, scammer ni mmg hanat la tak pernah cukup scammed merata duit org.
tapiiiii kalau pelaburan camni mmg silap sendiri la, tamak nau nak kaya raya cepat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|