CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123456789Next
Return Post new threads
Show: 22996|Reply: 202

Pakej Tukar Suami Isteri

  [Copy link]

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-3-2011 07:15 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by koboi at 1-3-2011 17:00

Pakej Tukar Suami Isteri
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
           


JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai swinger anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.


Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.


Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.


Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

  
BUKTI...SMS yang dihantar pasangan dari negara jiran terbabit.


Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu, katanya.


Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.


Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.


Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.


Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.


Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan, katanya ketika ditemui Harian Metro.


Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.


Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.


Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.


Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah, katanya.


* astaghfirullahhalazim
ada pakej gini rupanye....
:&
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-3-2011 07:34 AM |All posts
sharing istri/suami.....ngara da maju, rakyat da urban............phewww!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 07:38 AM |All posts
swap suami isteri,,???ngeriii jer dengarrr.....kalo laki dapat sentapp bini owang syiok jugak..tapi bila ..terpikir isteri kita plak diratah jantan lainn...issskkkkkk..tak kuasa lerr...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 07:42 AM |All posts
Singapore negara maju ....semua da boleh...
pompan spore pong..da jemu have sex...now depa suka ler sangat anal sex......tu korang perna dgr tak???..Anal sex jadi...citarasa wanita2 kat spore nie tak kira melayu ker cina .
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-3-2011 07:47 AM |All posts
bayang kan lah isteri anda di doggie oleh orang lain hehehe tak sanggup gila punya kerja
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 1-3-2011 07:51 AM |All posts
ya Allah ape dah nk jadi niiii.......aku dgr ustaz ckp kalu sorang laki 2 xkira lah islam or bukan kalu dh mkn vavi akn jd dayusssss...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-3-2011 07:57 AM |All posts
kerja org tidak siuman!
Life Is A Game
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 1-3-2011 07:59 AM |All posts
ya Allah ape dah nk jadi niiii.......aku dgr ustaz ckp kalu sorang laki 2 xkira la ...
jahcomel Post at 1-3-2011 07:51



    babi lagi yg kena.. kesian dgn makhluk allah yg sekor nih.............
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 08:00 AM |All posts
mak aih...........ngerinya
nauzubillah..............
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 1-3-2011 08:04 AM |All posts
wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hmy3:
Ability is what will get you to the top if the boss has no daughter ;-p
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 1-3-2011 08:19 AM |All posts
Apa yg aku pernah terbaca dulu, mereka akan minta tengok sijil nikah utk pastikan pasangan tu suami isteri dan bukannya pelacur yg dibayar utk aktiviti itu

Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 1-3-2011 08:31 AM |All posts
boi......

sekali swap, sorang tuh dapat bini kwn  yg tua...swap bini dia yg muda....
he...he....he.........

bodoh tul dorang nie.........
tu psl Islam benarkan kawin lebih dr 1........
"Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 08:34 AM |All posts
astaghfirullah hal azim..
nauzubillah min zalik..
que sera2
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 1-3-2011 08:36 AM |All posts
org singapore kah???
msj y dihantar mcm org melayu kte jer..
apa nk jd nth ngn org skng..
dunia akhir zaman......
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 08:38 AM |All posts
saper2 yg berminat blehler join maybe tuk tukar citarasa
tuhan beri akal untuk berfikir secara waras
Halus
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-3-2011 08:41 AM |All posts
ko meratah bini orang sorang2,  bini ko kena threesome foursome . .
pekejadahnye . .
jom makan
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-3-2011 08:48 AM |All posts
nie laa dikatakan one malaysia...ahaks!!
Reply

Props Report

DrG  

Rank: 2

Post on 1-3-2011 08:54 AM |All posts
swinger ni bukan sesuatu yg baru .. dah berzaman dah berrlaku cuma jarang ada around this region. bagi mereka 'have sex' is not the same dgn 'make love'
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 1-3-2011 08:57 AM |All posts
pakej tukar mak bapak jer blom wujud skarang kot
Here we go,come with me
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 1-3-2011 09:02 AM |All posts
astaga.. mcm ni pun ade...
baik xyah kawen laa.. pasang je skandal kiri kanan kalo cpt bosan dgn sorg je..
yg si isteri pun sekaki sekali..
isk... isk...
HAKUNA MATATA ❤
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-3-2011 09:13 AM |All posts
boleh percaya ke cerita metro ini?
:&
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-3-2011 10:26 AM |All posts
giler..mmg kerja giler pakej ni..berbaliklah pada ajaran Islam..
Shaklee,Akojaya,Giacomo,Menang,Tupperware,30hmade pes segera
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 1-3-2011 10:32 AM |All posts
citer mcm tak leh percaya jer... bukti pon tak kukuh. sape2 boleh hantar SMS cakap mcm2...
Reply

Props Report

Defender

A.B. in music, University o ..

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 1-3-2011 10:50 AM |All posts
tukar kekasih gelap!.. macamana?
handsome guy, otai, iphone 5s. Chriit!.. chrit!.. chriiiiit!...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 1-3-2011 11:08 AM |All posts
pakej menguntungkan suami....opsss...... itupun klu tak sayang isteri lagi......
Reply

Props Report

123456789Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-4-2014 07:59 PM , Processed in 0.489358 second(s), 39 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top