CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15864|Reply: 5

Demerit 10 mata lesen P

[Copy link]
Post time 3-3-2011 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by satusembilan at 3-3-2011 13:42

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem Kejara

   1. Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya.
   2. Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.
   3. Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya .

Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.
Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya .
Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit

    * Kali Pertama - lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan
    * Kali Kedua - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan
    * Kali Ketiga - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan

Lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.

Lesen P dibatalkan apabila mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.

Penalti : Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM1,000.00 atau enam(6) bulan penjara

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062039 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list