CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 88665|Reply: 45

kos bumbung

[Copy link]
Post time 10-3-2011 11:10 PM | Show all posts |Read mode
kawan kawan,
nak tanya lagi nih

1: Antara structure bumbung besi/aluminum vs kayu yang mana satu lagi OK nih ? I tany kawan I consultant dia kata besi pastu I tanya few friends dia kata kayu. ( jgn pikir kayu mahal lak yer )
2: Antara 2 nih, mana satu yang lagi menjimatkan kos ?
3: Kalau buat umah dalam satu tingkat 2700 sqft, anggaran kasar bape banyak keping atap genting nk kena beli nih ?


I dah hire akitek untuk buat kan I estimation etc, tapi i nak tau le plak opinion yang lain, so banyak info lagi bagussss

Kalo umah design gini, you all rase rumit ke nk buat ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2011 01:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by naaim at 12-3-2011 01:34

Reply 1# kairizal


    antara kayu ( timber truss) atau metal truss ( org x pakai aluminium, mahal)

timber truss mmg murah. esp kalo upah labourer buat on site... metal truss, esp yg order kilang, agak mahal sikit. tp almost no maintenance . tp terpuang pada tuan rumah la nak yg mana.

kalau tanya saya, saya pilih yg metal trus.

rumit x rumit tuh, yg buat bumbung ni bukan bbudak, tuan.... so cmane rumit pon kite nampak, depa sure boleh buat punye... tp jangan la employ tukang pintu / jenang tingkap pulak.. sure x boleh buat punya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2011 11:42 PM | Show all posts
Tq naiim,
skrg nih tgh dok berkira kira samaada nk buat pakai kayu or metal ;), maklumla bajet ciput so kena le estimate benda benda mcm gini, yang paling memeningkan aku nih sebb nk control kost labour.. takut kang pakai timber murah tapi biler dah kira gaji labour dah sama plak mcm pakai metal,
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 12:04 AM | Show all posts
Reply 3# kairizal


    try mintak few quotations. n compare kan ler...

timber + labour (masa lama sikit)

metal truss, buat kat kilang, databg site, install jer... cepat + jimat kos buruh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 03:21 PM | Show all posts
Berdasarkan keluasan rumah anda(2700 kps), anda memerlukan antara 4400-4600 keping roof tiles.tetapi ia juga bergantung kepada bentuk bumbung rumah yang anda design. Jika banyak bumbung bersegi-segi tiga maka lebih memerlukan banyak tiles kerana tiles akan dipotong bagi sudut-sudut bumbung (bagi saluran air atap). Perlu juga ambil kira komponen /acessories atap seperti ridge(penutup rabung) 4 0r 3 way apex, dan hip end. Accesories ini lebih mahal dari atap. namun begitu ia tidaklah sebanyak bilangan atap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 03:23 PM | Show all posts
kalau nak  Turbo Turbine Roof Ventilators bajet berapa? bumbung tak nak buat baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2011 07:14 PM | Show all posts
wahh.. dekat 5000 keping atap nak pakai yer.. pokai pokai

Tp keluasan rumah dalam 2050 + 500 porch + 110 verandah.... sampai ke 5000 keping nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 12:44 AM | Show all posts
wahh.. dekat 5000 keping atap nak pakai yer.. pokai pokai

Tp keluasan rumah dalam 2050 + 500 p ...
kairizal Post at 15-3-2011 19:14



generally roof  tiles ni yg glazed clay ( tanah liat yg di cat berkilat ) tu lah yg paling mahal, pastu concrete tiles, diikuti dengan corrugated fiber roof & last sekali metal deck ( mcm dinding kilang / dewan org ramai )

dan kalo pakai tiles, ni yg paling mahal ialah rabung (puncak) tuh, boleh makan sampai seratus lebey sekeping wo...


kalo clay tiles yg glazed neh boleh rege sampai puluh2 ringgit sekeping..

yg reasonable ialah concrete tiles lah. & jgn lupa plaks accessories nyer. heat reflective sheets, pastu skrg ade gak org letak plywood lepas trusses, sebagai security precautionary, nak elakkan penyamun masuk ikut bumbung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2011 12:16 AM | Show all posts
wahh naiim, bagus le ko nih banyak ilu aku dapat dr ngko leh jadik kontraktor alam maya aku nih kekeke,
hmm sekrg nih aku tgk berdiskusi ngn akitek, ape solution yang dia akan bg aku untuk meminimumkan kuantiti bumbung nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 01:12 AM | Show all posts
Reply 9# kairizal

minimumkan kos bumbung = kurangkan kink pada design. bumbung yg pada plannya bentuk rectangle lg murah la, yer la ko tak guna banyak ridge.

lagi murah dari
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 10:20 AM | Show all posts
Tahukahkita elemen bumbung melibatkan kos yang cukup tinggi sehingga 40% darikeseluruhan kos binaan. Dalam sesetengah situasi ianya adalah kurangefisyen kerana dengan kos yang agak tinggi, ia hanya mampu untukdilihat sahaja. Adalah lebih baik jika penjimatan dapat dibuat tanpamenjejaskan kekuatan dan fungsinya dan penjimatan itu boleh diletakkepada kemasan yang semestinya memberi lebih keselesaan dan kepuasankepada kita.

Tidakdinafikan ramai yang masih sangsi akan kekuatan dan ketahanan kekudabesi berbanding kayu. Berikut adalah perbandingan antara penggunaankayu dan besi :-

1.
Berat.

Kekudabesi jauh lebih ringan. Ini tidak bermakna binaan strukturnya tidakkuat untuk menampung beban atap. Ramai yang mengatakan untuk lebihkukuh, tambahan kayu perlu dibuat. Sebarang tambahan yang tidak tepatlokasinya akan menambahkan berat dan meningkatkan kos dan masapembinaan. Satu pembaziran.


2.   Design Rekabentuk.

Hanyakekuda besi mempunyai design rekabentuk yang disahkan oleh juruterastruktur bertauliah dengan mengambilkira semua beban yang bakalditampung baik beban hidup atau beban mati. Binaan kekuda kayu hanyaberdasarkan pengalaman tukang dan lukisan arkitek. Risiko kegagalanstruktur kayu tetap ada jika faktor kerja borong ekoran nak cepat danmungkin pengurangan kekuda kayu ekoran kenaikan kos kayu.

3.
Tempoh masa Pemasangan.

Pemasangan kekuda besi hanya 2 -3 minggu barbanding kekuda kayu 4 – 6 minggu.

4.
Ketahanan.

Kayudipasaran kini banyak bersaiz kecil dan berusia muda. Ini menimbulkanmasalah seperti melendut, melending, ketahanan terhadap air dll. Kayuyang diawet tidak mempunyai ketahanan penuh kerana masih berdepandengan masalah anai – anai dan pereputan jika berdepan air.

5.
Jaminan.

Kekudabesi  mempunyai jaminan sehingga 50 tahun.Tahukah kita bahawa kekuda bumbung kayu tidak mempunyai jaminan baikdari pengeluar atau pemasang.

6.
Kos.

Berikut adalah perbandingan kos dengan menggunakan kemasan atap yang sama.

Kajian Kes :-

Keluasan lantai
:
3200 kps

Keluasan bumbung
:
3695 kps


NO.

ITEM

KAYU

BESI

1

Keluasan Bumbung

3695 kps

3695 kps

2

Kos Kayu

RM 24 800.00

n.a

3

Upah Pemasangan

RM 10 500.00

n.a

4

Bolt & Nut & Paku

RM 1 000.00

n.a

5

Kos Elektrik

RM 400.00

RM 150.00

KOS BEKAL & PASANG ( RM )

RM 36 300.00

RM 19 214.00

Adalah lebih baik penjimatan ini dapat diperuntukkan untuk kemasan dan aksesori rumah yang lebih berkualiti dan tahan.

7.
Pengubahsuaian / Pembaikian.

Kekudakayu hadapi masalah untuk dibuat pengubahsuaian atau pembaikian keranastruktur yang berat dan sambungan tidak boleh dibuat sembarangan.Kekuda besi boleh dibuat pengubahsuaian dengan mudah dan selamat.

8.
Masalah Anai – Anai.

Merupakanmasalah yang paling ditakuti. Ruang bumbung mempunyai kelembapan tinggidan ini mampu menarik anai – anai untuk bersarang. Binaan siling akanmenghalang kita untuk kenalpasti masalah diperingkat awal. Kitabiasanya mengetahui setelah agak lambat dimana struktur bumbung mungkindah tidak selamat lagi. Mencegah lebih baik dari membaiki.

9.
Rintangan Kebakaran.

Jika berlaku kebakaran, kekuda besi mempunyai rintangan dan dapat mengurangkan kerugian berbanding kayu.

10.
Kekemasan Pemasangan.

Pemasanganatap lebih kemas dengan kekuda besi. Kekuda kayu tidak menjadi lurusekoran masalah kayu yang bengkok, melendut, patah arang, saiz tidaksama dll. Penampilannya agak kurang kemas.

11.
Pembaziran.

Pembazirankekuda kayu agak tinggi kerana saiz yang dihantar rawak dan panjangterhad kepada 20 – 24 kaki sahaja. kekuda besi tidak membazir keranasaiz yang dihantar telah ditentukan oleh jurutera dan panjang sehingga40 kaki.



Secaraamnya kekuda besi mempunyai kelebihan dan kos efisyen untuk digunakanuntuk rumah impian anda tetapi keselesaan dan keyakinan anda harusdiutamakan. Dapatkan nilai terbaik untuk pelaburan anda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 06:13 PM | Show all posts
Ipsain,
Kajian kes ko nih leh pakai ker ? hmmm tq jgak for those valuable note tuh, Leh ke PM aku naiim/ipsain sapa supplier yang ko kenal nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 02:29 PM | Show all posts
bumbung umah anon tu ari kene ribut.. abis terbang side belah tepi.... huhuh.. x tahu brapa kos... maybe dorng x paku.. abis sederet belah tepi licin... huhuh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 01:25 PM | Show all posts
nak tanya, sape pernah buat roof coating ya, brapa kos tu, saya beli umah secondhand, bumbung genting tu dah buruk, nak ganti costing gak tu? atau ada sesiapa pernah buat sendiri tak roof coating, tolongg
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:05 PM | Show all posts
wahh.. dekat 5000 keping atap nak pakai yer.. pokai pokai

Tp keluasan rumah dalam 2050 + 500 p ...
kairizal Post at 15-3-2011 19:14



    8 thn lepas saya buat rumah keluasan dlm 2440 kp, porch utk 2 buah kereta harga dlm RM160,000 @ RM65 se kp. skrg tak tahulah brapa harga nak buat rumah. mmg byk kos utk atap sbb arkitek (kwn sndiri, FOC) design mmg cnatik. utk jimat kos trpaksa pilih atap genting biasa yg tak berkilat tu. sekeping dlm RM3.5 rasanya. now bila duit dah ada mula trfikir 'kenapalah dulu tak guna atap kilat tu'. nak tukar rasa tak berbaloi pulak.

kesimpulannya gunalah yg terbaik utk atap ni walau kita hanya duduk dlm rumah, tp org lain yg tengok atap kita tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:10 PM | Show all posts
bumbung umah anon tu ari kene ribut.. abis terbang side belah tepi.... huhuh.. x tahu brapa kos... m ...
anonymous Post at 21-3-2011 14:29


mmg atap bumbung tak paku pun. letak mcm tu je. bila pecah ke snang nak tanggalkan dan ganti. rumah saya time angin kuat mmg bergerak atap tu, bila brgerak dan renggang, bila hujan tembus ke siling kapur. siling kapur jadi rosak sbb dah kena air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 12:41 PM | Show all posts
mahal gak eh..aku br beli umah 2nd hand ni..nk repair bumbung..and siling jgk..sbb a few part siling da hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 04:32 PM | Show all posts
aslmkm bro kairizal,
kalau nak tahu lebih lanjut pasal steel trusses, boleh hubungi saya NIZAM 0133861696 @ lawat website company

http://www.steel-truss.com
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:47 PM | Show all posts
Reply 18# ieqzam


    ieqzam,  

awak ade buat Roof Security System (R'SeQ) mcm company TCL Systems Sdn Bhd ni buat tak? cuba u masuk website ni  http://www.tclmalaysia.com/system_seq.php   kalau ade.. PM saya.. maybe saya nak buat untuk bumbung rumah saya,,..TQ
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by hamtaro_elmo at 26-1-2012 14:27

salam,
sy nak tanya..kalau rumah bukak 28' x 48' brape yer keluasan bumbung & brape keping atap genting yg diperlukan?pastu brape yer harga sekeping atap genting yg murah2 mengikut harga pasaran skrg?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.964663 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list