CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]

0

Threads

0

Fans

1823

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
26-8-2007
Post on 22-4-2011 03:11 PM |All posts
best best, but shana we want more....we want more pleaseeeeeeeeeeeeeeeee, nx n3 kasi pjg2 ya shana, thks
"anything is possible"......

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-4-2011 03:35 PM |All posts
Post Last Edit by shana85 at 22-4-2011 16:18

¡°Encik, saya pun tak nak kahwin dengan Encik Aizad,
Lagipun Encik Aizad kan dah ada pilihan sendiri,¡± Hanim bersuaraakhirnya. Semua yang berada di situ memandang hanim. Tak mahu kahwin. Berkerutdahi Aizad dan Tuan Farok. Puan Nora dan opah tersenyum.


¡°Tak boleh Hanim. Apapun terjadi kamu berdua kena kahwin.Majlis tu dua minggu lagi. Kamu tak perlu risau. Papa akan uruskan segalanya.Hanim dah ada sijil kursus kahwin? Kalau tak ada hujung minggu ni pergi denganAizad,¡± Tuan Farok bersuara tegas. Baginya Hanim wanita yang baik. Dia senangdengan pekerjanya itu. Yakin, suatu masa nanti opah dan Nora isterinya dapatmenerima Hanim.


¡°Tapi¡­¡± Hanim tak jadi meneruskan kata bila melihatjelingan tajam Aizad. Emak sekadar mengangguk. Bersetuju. Lagipun demi masadepan Hanim juga. Bimbang hatinya jika kisah ini tersebar. Biarpun hanim takbersalah, namun pada pandangan masyarakat anaknya tetap bersalah.


Setelah kata sepakat diambil, Hanim akur juga. Aizadhanya tersenyum. Senyuman yang penuh misteri. Entah apa yang lelaki itufikirkan. Bagai ada rahsia yang tersembunyi. Lelaki itu juga menerima segalanyatampa bantahan.Hairan hanim. Sedangkan dia tahu taste lelaki itu selama ini. Perempuansepertinya langsung tiada dalam senarai.


Senarai kekasih Aizad semuanya seksi, bergaya, jelita,sosfikated dan terdiri dari kalangan keluarga berada. Setaraf dengan kedudukankeluarga lelaki itu sendiri. Entah mengapa kini dia yang dipilih. Pening.Berharap benar Hanim, Aizad akan membantah. Hampa bila lelaki itu akur sahaja. Hendakatau tidak, dua minggu lagi dia akan bergelar isteri kepada lelaki itu. Mimpingerinya telah bermula. Doanya agar ada sinar dalam perkahwinannya nanti.


¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­


Masa semakin menganjak. Hari yang dia takuti juga semakinhampir. Tiada sesiapa yang tahu. Sengaja Hanim minta perkara ini dirahsiakandahulu. Malas hendak melayan pertanyaan yang akan muncul nanti. Bukan Aizadyang akan diasak dengan beribu pertanyaan yang merimaskan. Tapi dia yang kenahadapinya. Hanya Salbiah yang tahu. Pada Salbiah dia meluahkan kegusaranhatinya. Sedar keluarga Aizad tidak menyenanginya. Hanya Tuan Farok sahaja yangberlembut.


Aizad? Memikirkan lelaki itu Hanim pening. Sikapnya sering berubah-ubah. Adakalanya lelaki itu amat mesra sekali sehingga diatergoda. Tetapi ada ketikanya lelaki itu lebih dingin dari kutub utara. Seringbuat Hanim serba salah. Sering buat dia terfikir apa yang ada di fikiran lelakiitu. Dimana letaknya kedudukannya di hati lelaki itu.


¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­..


Zahir menghampiri Hanim. Wajahnya muram. Berita yangdidengarinya amat melukakan hati. Wajah hanim yang redup itu dipandang. Tiadalagi sinar pada mata Hanim. Sinar yang memukaunya selama ini. Yang ada hanyakekeliruan. Ketidakpastian.


Mengapalah ada sahaja musibah yang menghalang cintanya.Dia tiada pilihan. Terpaksalah dia melepaskan Hanim. Akhirnya Hanim akan jadimilik sahabat baiknya. Sedih, pedih hatinya biarlah dia tanggung. Doanya agarHanim bahagia. Itu sudah memadai baginya.


¡°Tahniah,¡± Ucap Zahir. Kotak yang berbalut cantikdiserahkan pada Hanim. Wajah Hanim kelihatan terpinga-pinga melihat Zahir.Sudah agak lama Zahir tidak muncul dihadapannya.


¡°Untuk apa?¡± Tanya Hanim kembali. Wajah Zahir yang sedihitu dipandang. Mata lelaki itu sayu merenungnya.


¡°Abang doakan awak bahagia¡­ abang balik dulu. Kalau Hanimada masalah atau apa sahaja, hubungi abang. Abang akan tetap sokong Hanim,¡±ucap Zahir sebelum berlalu. Hatinya tidak kuat untuk terus berhadapan denganHanim. Ini akhirnya kisah cinta dia¡­

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-4-2011 03:36 PM |All posts
nak n3 yang panjang2. akan diusahakan. apapun terima kasih pada yang membaca

0

Threads

0

Fans

566

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
21-11-2007
Post on 22-4-2011 04:07 PM |All posts
Shana
Kalu sy tegur jgn marah yer
'test' yg Shana tulis tu maksudnya lain..test is ujian
rasanya Shana maksudkan citarasa kan..citarasa is taste
Kalu sy salah..mintak maaf bnyk2..

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-4-2011 04:16 PM |All posts
Post Last Edit by shana85 at 22-4-2011 16:19

baru perasan
tq....
main belasah. x edit pun....

lagi satu nak tanya awat yg ada perkataan bersambung? kat word ok jer x sambung pun

0

Threads

0

Fans

1823

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
26-8-2007
Post on 22-4-2011 04:18 PM |All posts
thks shana, usaha jgn tak usaha for nx n3 pjggggggggggggggggggggggggg ya, sori shana
"anything is possible"......

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-4-2011 05:32 PM |All posts
ok lah tamat utk hari ni...
esok klu rajin hana mskkan n3 baru
nak balik dah ni.....
jom g pasar malam

0

Threads

0

Fans

1282

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
20-4-2010
Post on 22-4-2011 09:03 PM |All posts
jangan lupa smbg tau hana...
esok smbg pnjg2..

1

Threads

0

Fans

242

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
27-3-2011
Post on 22-4-2011 09:05 PM |All posts
tak apa lah.janji esok ada entry...

0

Threads

0

Fans

522

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
7-10-2008
Post on 23-4-2011 12:15 PM |All posts
nak sambungan nyer lagi

0

Threads

0

Fans

1282

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
20-4-2010
Post on 23-4-2011 06:22 PM |All posts
hana, ari ni takde n3 ker???

0

Threads

0

Fans

400

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
20-3-2011
Post on 24-4-2011 12:21 PM |All posts
truskan lg...

1

Threads

0

Fans

242

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
27-3-2011
Post on 24-4-2011 12:38 PM |All posts
Next entry...please...

0

Threads

0

Fans

522

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
7-10-2008
Post on 24-4-2011 02:08 PM |All posts
ari ni tak dak n3 ka

0

Threads

0

Fans

2971

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
9-7-2009
Post on 25-4-2011 08:59 AM |All posts
kalu free letak n3 lagi k...
The Truth Is Out There...

3

Threads

0

Fans

359

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
7-4-2011
Post on 25-4-2011 04:49 PM |All posts
ooo..begitu kisahnya.. lagi2

0

Threads

1

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
18-1-2008
Post on 26-4-2011 11:01 AM |All posts
Shana makanan yg dibelikan pasar malam dah lama habis
tapi masih lapar lagi sbb dok tunggu n3 dari shana...ahaks

2

Threads

1

Fans

4612

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-11-2004
Post on 26-4-2011 11:29 AM |All posts
nak n3 ..........

1

Threads

0

Fans

302

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
30-3-2011
Post on 26-4-2011 01:39 PM |All posts
thanks shana..baru tahu reason hanim ngan aizad kawin...cian zahir..

3

Threads

0

Fans

191

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
31-3-2011
Post on 26-4-2011 05:24 PM |All posts
aizad dah terpaksa kahwin dgn hanim, jangan la dia sia2kan. kesian hanim... jgn la ada sebrg hubungan lagi dgn pompuan2 seksi/sofistikated tu

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 27-4-2011 07:33 AM |All posts
sorry buat lama menunggu. line internet kt rmh ni cam ada problem... geram tul... baru baik dari demam

Hari terus berlalu, dengan sekali lafaz, sah sudah Hanim menjadi isteri Aizad. Emak memeluk Hanim gembira. Tenang hatinya. Andai esok lusa, dia tutup mata. Hanim sudah ada tempat berpaut. Hanim sekadar tersenyum melihat kegembiraan emak. Alhamdulilah, dia dapat membahagiakan emak di sisa-sisa hidupnya. Dua minggu lagi emak akan menjalani pembendahan jantung. Syukur sekali lagi bila Aizad membantu. Lelaki itu yang menanggung segala kos pembendahan emak. Aizad telah banyak menabur budi padanya. Entah bila dia dapat membalas budi lelaki itu. Hanim berazam untuk menjadi isteri yang baik. Akan dia cuba mencintai lelaki itu seadanya.

...................................................................................................................................................................

Imbas kembali tamat
(Masa kini)


Aizad menolak pintu bilik. Matanya terpaku pada wajah Hanim yang tidur. Tangan itu memeluk album. Berhati-hati Aizad mengambil album di tangan Hanim. Matanya terpaku pada gambar-gambar pernikahan mereka. Ada kesan air mata di pipi Hanim. Teringat cerita-cerita opah dan mama. Adakan Hanim sudah ingat semula?

Aizad cuba bertenang. Saat ini pasti tiba jua. Saat di mana ingatan Hanim pulih semula. Segala kemungkinan harus dia hadapi. Salah diri sendiri. Dia yang melukakan hati Hanim. Tak dapat dia bayangkan jika mama dan opah tahu apa yang terjadi. Pasti mama dan opah turut membencinya. Mujur Hanim tidak pernah memberitahu opah dan mama apa yang berlaku.

Hanim tersedar. Dapat dirasakan kehadiran seseorang. Orang yang dinantinya. Matanya bertaut dengan pandangan Aizad. Hanya seketika. Tidak mampu menentang mata lelaki itu. Setiap kali melihat wajah itu, hatinya terhiris. Luka makin dalam. Apatah lagi bila mendapat tahu seminar yang dihadiri lelaki itu sudah tamat dua hari yang lalu. Rasanya dia tahu mengapa lelaki itu tidak pulang.

¡°Sorry kalau abang ganggu Hanim tidur,¡± Aizad akhirnya bersuara. Bosan dengan suasana sepi lagi dingin antara mereka. Hanim sekadar diam. Wajah tanpa perasaan. Wajah itu yang amat ditakuti Aizad. Bila Hanim begitu, rasanya dia sudah dapat jawapan. Hanim sudah ingat semula.

¡°Lambat balik? Hanim Call office,  setiausaha abang beritahu sepatutnya abang balik dua hari lalu, ¡±
Hanim bersuara akhirnya. Senyuman sinis terukir diwajahnya bila melihat wajah Aizad yang serba salah itu. Rupa orang telah membuat salah. Begitulah.

¡°A..aba..abang...¡± lidah Aizad kelu.

¡°Abang jumpa Lindake? Hairan Hanim. Waktu abang bujang dulu, tidak pula dia terkejar-kejarkan abang? Sanggup pula buat perjanjian bodoh tu... sekarang menyesal? Abang pun sama? Dayus,¡±

¡°Hanim,¡± jerit Aizad. Wajahnya memerah. Marah. Hanim tidak pernah selancang ini mulutnya. Apa yang berlaku?

¡°Kenapa? Abang marah? Kalau abang marah Hanim lagi marah. Hanim tak nak jadi perempuan bodoh lagi. Hanim akan perjuangkan hak Hanim. Biar apa yang berlaku, Amar hak Hanim,¡± hanim bersuara tegas. Dia sudah letih mengalah. Hanya berserah pada takdir. Kini tidak lagi. Beberapa hari ini dia sudah puas berfikir. Hidupnya biar dia tentukan. Bukan Aizad ataupun Linda yang tentukan. Nekad.

¡°Tapi abang jangan bimbang. Hanim takkan beritahu abah, mama dan opah pasal rancangan bodoh abang tu. Sekurang-kurangnya rfancangan bodoh abang tu boleh buat mak Hanim gembira dan Hanim ada Amar. Itu sudah memadai,¡± hanim masih lagi tersenyum. Wajahnya tenang. Wajah Aizad yang keruh itu dipandang. Tiada lagi cinta pada lelaki itu. Yang tinggal hanyalah kemarahan. Luka yang amat dalam.

...................................................................................................................................................................

Linda terduduk di satu sudut. Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat. Wajah lelaki itu dipandang. Ada rasa gerun di hati. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyuman yang amat menakutkan. Tali pinggang ditangan lelaki itu dipandang. Berbirat tubuhnya menerima penangan lelaki itu. Akhirnya tali pinggang itu di campak. Tubuh Linda yang lemah itu di humban atas katil.

Hanya air mata mengalir lesu menangisi nasib diri. Tubuhnya terus di cium bertalu-talu. Kasar. Lelaki itu hanya ketawa bila Linda menjerit kesakitan. Hatinya puas. Setelah puas, Linda ditinggalkan begitu sahaja. Beberapa not unggu dilontar ke wajah Linda yang masih menangis.

¡°Inilah akibatnya kalau ingkar arahan aku? Kau ingat kau bijak? Jangan sesekali kau hampiri mereka. Kalau tak lebih teruk padahnya? Sedarlah, kau tak layak. Kau hanya layak sebagai pelacur jer?¡± lelaki itu ketawa. Puas hatinya.
Linda melihat sahaja lelaki itu pergi meninggalkannya. Selimut di tarik. Memvbaluti seluruh tubuhnya. Pasti Kiki Akan membebel lagi. Tahu sekarang kariernya makin musnah. Dirinya dicop tidak berdisiplin. Selalu mungkir janji. Namun dia terpaksa jua. Bagaimana dia boleh muncul dengan tubuh badan lebam di sana sini. Wajah yang bengkak.

Dia tiada pilihan. Tidak tahu untuk mengadu pada siapa. Lelaki itu telah berjaya memerangkapnya. Jika dia mengadu pada polis atau sesiapa, gambar-gambar dirinya  tanpa seurat benang akan tersebar. Pasti ayahnya akan kena serangan jantung. Kariernya musnah dan paling penting Aizad akan membencinya. Siapa yang inginkan dia lagi. Gadis yang telah ternoda, dirinya terasa amat kotor. Linda terus menangis, menyesali nasib diri.

...................................................................................................................................................................

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 27-4-2011 07:33 AM |All posts
Zahir tergamam mendengar cerita mengenai kemalangan yang menimpa Hanim. Pedih rasa hati. Tak habis-habis masalah menimpa Hanim. Selepas pemergiannya ke UK setahun lalu, mereka terputus hubungan. Dia berharap Hanim akan bahagia. Tidak menyangka perkara ini yang terjadi.

Zahir meraup wajahnya. Rambut yang semakin panjang dibiarkan sahaja. Handset ditangan di tenung. Ingin menelefon hanim namun dia serba salah. Bimbang jika Hanim langsung tidak ingat padanya. Menurut mama, Hanim hilang ingatan. Parah betul. Akhirnya dia nekad. Kunci kereta diambil.

...................................................................................................................................................................

Puan Nora tersenyum melihat kelibat Zahir. Sudah lama Zahir tidak datang melawat mereka. Dengarnya anak muda itu ke UK melanjutkan pelajaran. Zahir merupakan sahabat Aizad yang paling rapat. Namun hubungan itu agak renggang beberapa tahun kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

¡°Auntie sihat? Zad mana? Sunyi je rumah ni?¡± soal Zahir. Hairan juga mana semua orang dalam reumah ni pergi. Kelibat Hanim juga tidak keliahatan.

¡°Aizad dengan Hanim kat atas. Amar dengan merekalah. Uncle kamu keluar, hari minggu macamni main golf jelah kerjanya. Duduklah, kejap auntie panggil Aizad,¡± ramah puan Nora bercerita. Zahir mengangguk. Matanya memandang susun atur rumah itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya terpaku pada gambar hanim. Cantiknya wajah itu di pelamin Cuma satu yang kurang. Mata itu tidak bercahaya. Nampak suram dan sayu sekali.

¡°Z, bila kau balik? Tak beritahupun?¡± soal Aizad. Tersenyum lebar melihat sahabatnya itu.

¡°Baru je balik. Aku dengar Hanim kemalangan. Tu yang aku datang,¡± jawab Zahir. Aizad terdiam mendengar kata-kata Zahir. Bertahun telah berlalu, namun masih tak mampu mengubah rasa cinta Zahir pada Hanim. Terselit rasa kurang senang dalam hati Aizad. Ada rasa cemburu yaqng datang menyapa.

¡°A¡¯ah, hanim kemalangan hari tu. Sekarang dah sihat. Rasanya iungatan hanim pun makin pulih,¡± aizad bercerita. Zahir yang mendengar, tersenyum. Lega bila Hanim tidak apa-apa.

¡°Abang Z, bila sampai?¡± Hanim bersuara teruja. Tersenyum lebar melihat Zahir. Makin kacak lelaki itu. Zahir turut tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri hanim. Langsung tak pedulikan Aizad. Matanya hanya pada hanim.

¡°sampai semalam. Lepas mama cerita Hanim kemalangan abang terus datang. Risau abang. Ni Amar ke? Dah besar Amar sekarang. Makin comel,¡± Zahir bersuara ceria. Amar yang berada dalam dukungan Hanim di agah. Amar memaut erat tubuh hanim bila Zahir ingin mendukungnya.

¡°Sombong Amar sekarang. Dah lupa abah Z dia erk? Dulu abah Z yang azankan dia tau,¡± zahir bersuara. Aizad menghampiri mereka. Tidak senang Zahir rapat dengan keluarganya.

¡°Manalah Amar ingat, abah Z ni. Dulu Amar baby lagila. Abah Z la, pi jauh-jauh. Tak teman Amar sampai Amar pun lupa,¡± jawab Hanim. Zahir ketawa. Aizad berdehem. Tak suka dia ank tirikan dalam perbualan Hanim dengan Zahir.

¡°Abang kenapa? Sakit tekak ke?¡± tanya Hanim selamba. Zahir yang mendengar ketawa besar. Aizad menjeling Zahir, tak senang dengan sahabatnya itu. Zahir buat tak tahu. Hairan juga melihat hanim yang terlebih mesra melayannya. Wajah Aizad yang keruh itu di pandang. Ada yang tak kena rasanya. Aizad cemburu... hmm.. sesuatu yang baik tu.

¡°Asyik berborak je, jom kak Tipah dah siapkan minum petang. Banyak yang boleh kita cerita nanti,¡± puan Nora mengajak mesra. Zahir tersenyum. Akur dengan ajakan Puan Nora. Hanim juga melangkah riang. Amar di serahkan pada Latipah. Aizad hanya diam terpaku di situ. Terpana dengan sikap baru hanim. Mesra betul dengan Zahir. Zahir apalah lagi. Makin ceria. Dia sahaja makan hati. Geram. Kalau tak kenangkan keluarganya ada disini, pasti sudah lebam muka Zahir dia kerjakan.

¡°Abang tak mahu minum sekali ke? Kesian abang Z datang nak jumpa abang buat tak tahu je?¡± hanim bersuara. Tidak mahu Puan Nora sedar konflik antara meraka. Lambat-lambat Aizad mampir. Hatinya sakit sepanjang minum petang. Panas. Kemanjaan Hanim, layanan mesranya pada Zahir membakar hatinya. Rasa cemburu terasa menggila dalam dada. Cuba disabarkan hati. Lepas ini ada perhitungan antaranya dengan Zahir. Yang pasti bukan disini. Bukan di hadapan Hanim. Hanim miliknya dan tak mungkin hanim akan dia lepaskan.

...................................................................................................................................................................

Hanim mencium pipi Amar yang sudah tidur. Matanya juga sudah mengantuk. Aizad masih lagi berdiri di balkoni. Entah apa yang lelaki itu buat disitu. Malas nak ambil tahu. Aizad hanya diam sahaja sepanjang makan malam. Dingin sahaja dengan semua orang.

Aizad melangkah masuk. Matanya merenung hanim yang sudah menarik selimut. Ingin melelapkan mata.

¡°jangan tidur lagi. Ada yang perlu kita selesaikan. Abang solat dulu, lepas ni kita bincang,¡± Aizad mengarah tegas. Hanim sekadar mencebik. Entah apa yang penting sangat sampai Aizad menghalangnya tidur. Matanya memandang Aizad yang sudah ke bilik air.

Mengeluh. Badannya terasa letih namun dia tetap akur. Matanya sekilas melihat Aizad yang sudah mengankat takbir. Menunaikan solat Isya¡¯. Mungkin dengan solat, mampu mengurangkan rasa marahnya pada Hanim. Menenangkan hatinya yang bergelora. Berharap ketenangan dalam perbincangan bersama-sama Hanim nanti.

3

Threads

0

Fans

359

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
7-4-2011
Post on 27-4-2011 07:41 AM |All posts
ada jugak akhirnya entri.. hehe.. geram betul dgn sikap lelaki yg xpernah nk matang nih...

0

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
15-3-2006
Post on 27-4-2011 08:08 AM |All posts
huhuhuh suka la kat zahir....
hidup ibarat roda

1

Threads

0

Fans

242

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
27-3-2011
Post on 27-4-2011 08:18 AM |All posts
Suka sangat.padan muka Aizad tu...
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-5-2013 10:03 PM , Processed in 0.211193 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top