CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 08:49 AM |All posts
Reply 48# fuzzyhannah23

sedih ??? x sedih sangat cerita ni... tp mungkin utk n3 akan dtg lbh sedih lg
apapun tq coz baca cerita ni

0

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
9-2-2010
Post on 21-3-2011 09:03 AM |All posts
ala sikitnye...sambung la panjang2 sket dik oiii...cite best nih...
ada aku kesah...?????

0

Threads

0

Fans

2971

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
9-7-2009
Post on 21-3-2011 10:59 AM |All posts
kalu free letak n3 lagi erkkk...
The Truth Is Out There...

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 11:18 AM |All posts
Insyaallah....nanti sambung.... tp skrg ni tengah mood malas

tengah semangat nak habiskan novel Dhiya Zafira yg baru best bangat...

10

Threads

0

Fans

9573

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-12-2007
Post on 21-3-2011 01:21 PM |All posts
Reply 54# shana85


    sabar jela shana ni... dia tgh bersmnagat baca novel lain..
yg kat sini bersmgat nak baca citer ni melopong je...hmy3:
Don¡¯t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 01:30 PM |All posts
jangan marah... tengah perah idea taip citer nie...

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 01:38 PM |All posts
Linda merenung gambar pertunangannya dengan Aizad. Gambar yang di ambil lima tahun dahulu. Wajah Aizad yang tersenyum riang ditatap. Kacak. Mereka sangat bahagia saat itu. Andai masa dapat di putar semula, Linda tidak akan pernah meninggalkan Aizad. Itulah kesilapan besar yang dilakukannya.

Linda mengeluh lagi bila memikirkan hubungannya bersama Aizad yang masih tiada penghujung. Sikap Aizad juga amat merimaskannya. Aizad kini lebih mementingkan anaknya sahaja. Apasahaja untuk Amar. Linda sudah jatuh nombor dua kini. Dulu kalau dia merajuk, cepat sahaja lelaki itu memujuk. Kini dia terpaksa memujuk rajuknya sendiri¡­ nak harapkan Aizad¡­ jangan mimpi lelaki itu akan memujuknya.

Otak Linda mula merangka idea. Dia mesti menjauhkan Aizad Dari Hanim. Dia sedar walaupun lelaki itu mengatakan Hanim bukan sesiapa padanya namun jauh disudut hati Aizad, Linda tahu Hanim ada tempat yang istimewa disitu apatah lagi Hanim ibu pada anak kesayangan Aizad. Hanim juga amat disayangi oleh keluarga Aizad sedangkan keluarga Aizad amat membenci dirinya. Puan Nora yang menyanyangi dirinya dulu turut membenci dirinya. Bukan salah mereka tapi salah dirinya sendiri. Akhirnya dia yang sengsara dengan jalan yang dipilihnya walaupun lima tahun dulu dia amat yakin dengan pilihannya.

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 01:39 PM |All posts
pendek jer... tngah confuse nak masukkan sebab apa Aizad n Linda berpisah... ada dua pilihan nieh

2

Threads

0

Fans

102

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
8-11-2010
Post on 21-3-2011 01:58 PM |All posts
salam... menumpang baca kat sini... =)

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 21-3-2011 02:58 PM |All posts
Reply 59# ashyta


  salam ashyta.... terimakasih coz sudi baca citer ni

0

Threads

0

Fans

1823

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
26-8-2007
Post on 21-3-2011 03:36 PM |All posts
thks shana, best citer ni... next n3 blh lah letak pjggggggggggggg2 lg ya
"anything is possible"......

2

Threads

0

Fans

102

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
8-11-2010
Post on 21-3-2011 07:13 PM |All posts
Reply 60# shana85


    takde hal... and thanks for sharing your work. dapat juga mencuci mata membaca

0

Threads

0

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
24-3-2007
Post on 21-3-2011 09:49 PM |All posts
ada pengacau lah...huhu

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-3-2011 10:42 AM |All posts
¡°Hei¡­kau telefon jantan tu lagi?¡± satu suara kasar menegurnya. Linda tersentak. Mukanya berkerut menahan kesakitan bila tangan kasar itu menarik rambutnya. Tidak sangka lelaki itu akan datang.

¡°Tak.. tak¡­¡± Linda cuba menafikannya. Ada gentar pada suaranya apatah lagi bila melihat wajah bengis lelaki dihadapannya.

¡°Aku dah pesan banyak kali, jangan ganggu mereka tapi kau degil,¡± tangan kasar itu terus menampar pipi Linda. Linda cuba mengelak lalu menambahkan lagi berang lelaki itu. Tubuh Linda pula menjadi mangsa. Linda hanya mampu menangis. Tubuhnya makin lemah. Dibiarkan sahaja apa yang lelaki itu ingin lakukan. Tidak berdaya lagi.

Linda terus menangis. Lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya yang masih meratap pilu. Seluruh tubuhnya sakit. Tidak mengerti mengapa ini yang berlaku. Apa dosanya pada lelaki itu. Episode hitamnya bermula setahun yang lalu. Tidak sangka lelaki yang begitu hebat di mata masyarakat rupanya syaitan bertopengkan manusia. Linda terus menangis bersama penyesalan yang tiada penghujungnya.

¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­..

Lelaki itu mengusap foto ditangannya. Wajah comel itu ditatap penuh kasih. Ada kepuasan diwajahnya. Dia tidak akan membiarkan sesiapapun melukakan gadis itu. Gadis yang amat disayanginya.

¡°along tak kan biarkan sesiapapun melukai adik. Along sayang adik¡± bisik lelaki itu perlahan. Airmata yang mengalir di biarkan. Hatinya begitu merindui adik. Adik yang terpisah darinya bertahun yang lalu.

¡°Mak, along janji akan terus lindungi adik biarpun dari jauh. Along akan musnahkan sesiapa yang membuat adik menangis. Along tak akan biarkan adik terluka¡± tekad lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Puas melihat perempuan itu menderita. Semuanya kerana perempuan tersebut. Perempuan yang menyeret adik kelembah derita. Dia tidak akan sesekali memaafkan perempuan itu. Perempuan itu akan menderita untuk seumur hidupnya.

¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­..

Hanim tersenyum melihat telatah Amar yang sedang leka menonton tv. Anak kecil itu sesekali meniru lagak ultroman yang sedang mengalahkan rasaksa. Bahagia. Hanim sesekali menyelak majalah di tangan. Matanya terhenti pada wajah Linda yang sedang memperagakan pakaian. Entah apa kesudahan kisah Aizad bersama Linda. Dia tahu lelaki itu amat menyintai Linda. Hanim juga masih keliru. Tak percaya bagaimana dia dan Aizad boleh berkahwin. Puas sudah Hanim mencuba mengingati perkara tersebut, hampa. Dia langsung tidak ingat malah kepalanya makin sakit bila Hnaim memaksa diri untuk mengingat memori tersebut.

¡°Kenapa dahi tu berkerut-kerut? Hanim fikirkan apa?¡± tegur opah. Hanim hanya tersenyum memandang opah yang sudah duduk disisinya.

¡°Tak ada apa-apa. Hanim Cuma teringatkan Linda bila tengok gambar ni,¡± terang Hanim tulus. Malas hendak berdolak-dalik. Manalah tahu opah akan cerita kesudahan kisah cinta Aizad bersama Linda dan bagaimana pula Hanim boleh berkahwin dengan lelaki itu.

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-3-2011 10:47 AM |All posts
Reply 63# nhid_tam


pengacau??? siapa tu

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-3-2011 01:54 PM |All posts
¡°Apakata Hanim Tanya Aizad sendiri. Opah malaslah nak berceritera segala bagai petang-petang macam ni,¡± jawab opah sambil tersenyum.

¡°Malasla nak Tanya, asyik sibuk je. Keluar pagi, balik tengah malam. Waktu mana yang Hanim nak Tanya,¡± adu Hanim. Opah tersenyum. Hanim yang baru ni lain benar dengan yang dulu. Yang ini lebih berterus terang. Apa yang difikirkan itulah yang diluah. Direct jer. Tak de sembunyi-sembunyi.

¡°La¡­ kasihannya cucu opah ni. Nanti opah marah Aizad sebab tak luang masa dengan Hanim¡­¡± pujuk opah.

¡°Opah janganlah beritahu abang¡­ Hanim malu¡­¡± Hanim pantas bersuara. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika opah beritahu Aizad. Mesti malu. Tak tahu mana nak taruk muka yang comel ni.

¡°Yelah, opah tak beritahu cucu opah tu tapi opah rasa opah kena complain juga¡­¡± Opah tersenyum-senyum melihat Hanim.

¡°Kenapa? Hanim tak kisah pun abang tak der. Best lagi sebab dapat manja-manja dengan opah,¡± jawab Hanim lalu memeluk opah. Kepala sudah terlentok di bahu opah. Manja.

¡°Isy¡­ kenapa pula? Kalau mcam tu kesian Amar dan opah. Entah tahun bila opah nak timang cicit dan Amar nak beradik¡­¡± Opah bersuara sambil ketawa.

¡°Opah¡­¡± hanim sudah terjerit. Mukanya masam.

¡°Amar tengok umi merajuk¡­ tak lawakan muka umi bila merajuk¡­¡± opah bersuara sambil memeluk Amar yang menghampiri mereka bila terdengar jeritan Hanim.

¡°Mi¡­ ngan juk¡­ tak omella¡­¡± Amar turut memujuk Hanim walaupun masih lagi pelat. Tangannya mengusap pipi hanim yang masih lagi masam wajahnya. Hanim cuba serius. Masih berusaha menahan tawa melihat gelagat Amar yang cute sangat. Comel.

2

Threads

0

Fans

102

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
8-11-2010
Post on 22-3-2011 01:55 PM |All posts
lelaki jahat tu ada hubungan dgn Hanim ke? terasa2 cam gitu je... thanks hanim for the update.

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-3-2011 03:41 PM |All posts
Aizad menghampiri Hanim dan Amar yang sudah nyenyak tidur. Tersenyum bahagia. Amar juga sudah makin sihat. Tidak lagi demam. Tubuh pun dah makin berisi. Anak kecilnya makin riang dan ceria. Gelagat dan suara Amar makin memeriahkan rumah mereka. Amar makin aktif dan keletah, tidak lagi murung seperti dahulu. Ternyata Amar amat memerlukan uminya disisi.

Aizad takut memikirkan apa yang akan terjadi jika ingatan Hanim pulih. Adakah Hanim akan meninggalkan mereka lagi? Membawa rajuk dan hati yang luka jauh dari mereka. Aizad takut memikirkannya. Bagaimana dengan Amar? Apa yang harus dia lakukan? Aizad keliru.

¡°Abang dah balik?¡± hanim menyoal. Tidurnya terganggu. Hanim merenung Aizad yang masih diam. Mata Aizad terpaku pada gambar pernikahan mereka. Apa yang Aizad fikirkan.

¡°Abang¡­¡± Tegur Hanim lagi. Perlahan disentuhnya bahu Aizad. Aizad tersentak. Matanya terpaku pada wajah hanim yang memandangnya penuh tanda Tanya. Tanpa kata, Aizad menarik tubuh Hanim ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Takut untuk melepaskan Hanim pergi. Hanim yang berada dalam pelukan Aizad terpinga-pinga. Hairan dengan tingkah Aizad yang agak aneh malam ini.

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 22-3-2011 03:42 PM |All posts
Reply 67# ashyta


jeng3.. biarlah misteri untuk sementara waktu

0

Threads

0

Fans

9322

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
7-6-2010
Post on 22-3-2011 11:47 PM |All posts
mekasih shana.... harap dapat sambung secepat mungkin.

0

Threads

0

Fans

1671

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
4-3-2008
Post on 23-3-2011 10:20 AM |All posts
next next
camana lah hanim kalau ingatannya
pulih nanti.

0

Threads

0

Fans

2971

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
9-7-2009
Post on 23-3-2011 12:06 PM |All posts
nak lagi n3 leh...
The Truth Is Out There...

0

Threads

1

Fans

2391

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
23-11-2009
Post on 23-3-2011 04:32 PM |All posts
As salam.... sambung lagi.....

0

Threads

1

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
18-1-2008
Post on 23-3-2011 11:13 PM |All posts
sambung lagi...........

7

Threads

0

Fans

879

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
9-3-2011
Post on 24-3-2011 09:09 AM |All posts
Hanim membelek album lama miliknya. Gambar-gambar ketika zaman sekolah dan zaman gadisnya. Tiba-tiba mata Hanim terpaku pada sekeping gambar. Gambar seorang pemuda yang sedang riang tesenyum.

¡°Khaer?¡± Hanim tergamam. Otaknya ligat berfikir. Apa yang terjadi? Kemana Khaer menghilang. Hanim mula keliru. Mak? Mana mak? Hanim mula teringat yang mak langsung tidak melawatnya. Apa yang terjadi? Mak sakit? Hanim mula panic.

¡°Hanim, kenapa ni?¡± Aizad yang baru keluar bilik air bertanya. Wajah Hanim yang pucat mengundang seribu pertanyaa.

¡°Mak mana? Kenapa mak tak datang tengok Hanim? Mak sakit ke?¡± hanim bertanya bersama tangisan. Air mata mula membasahi pipi.

¡°Hanim, tenang dulu. Jangan macam ni,¡± pujuk Aizad. Serba salah untuk berterus terang.

¡°Hanim tak peduli. Hanim Cuma nak mak. Mana mak pergi¡± Jerit Hanim.

¡°Hanim dengar cakap abang. Abang Cuma akan beritahu jika Hanim bertenang. Berhenti menangis,¡± tegas Aizad. Hanim terdiam lama. Cuba mengawal perasaannya yang bercelaru.

¡°abang nak Hanim bersabar. Tak nak nangis dan paling penting kawal perasaan Hanim. Jangan ikut emosi. Janji¡± Aizad memandang Hanim yang masih diam. Hanya kedengaran esakan kecilnya. Hanim mengangguk.
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-6-2013 10:12 AM , Processed in 0.207500 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top