CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17059|Reply: 53

[Tempatan] Update :PKNS nafi Kompleks PKNS Shah Alam akan dirobohkan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-3-2024 09:41 AM

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan laporan akhbar mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam yang berusia lebih empat dekad itu.

PKNS dalam kenyataan hari ini menyatakan kekesalan terhadap dakwaan yang tidak berasas dan akan membuat laporan polis serta melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita yang tidak benar itu.

"PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks ini.

"Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu merupakan satu daripada mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar,” menurut kenyataan itu.

Menurut PKNS perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Seksyen 14 tersebut merupakan sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula suku ketiga tahun ini.

"Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion ini akan melibatkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC yang dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS.

Sebaliknya kawasan ini akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan projek peremajaan berkenaan juga seiring dengan usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon dengan bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem centralised chill water selain sistem tenaga hijau.


Ia juga sebagai memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosioekonomi Selangor secara keseluruhan.

"Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Jika sebut Shah Alam, ada beberapa lokasi yang menjadi nostalgik di kalangan penduduknya iaitu Kompleks PKNS, Shah Alam Convention Center (SACC) dan juga SACC Mall.




Malah, lokasi-lokasi ini telah menjadi daya tarikan di lokasi Shah Alam buat orang luar yang datang ke situ seperti membeli baju raya dan menghadiri pesta buku.

Bagaimanapun, bangunan yang berdiri megah ini tidak akan lagi berada di kawasan tersebut selepas tular dakwaan yang ia bakal dirobohkan atas sebab pembangunan perbandaran baharu.

Seorang pengguna X telah memuat naik ciapan yang mendedahkan Kompleks PKNS, SACC dan SACC Mall akan dirobohkan tidak lama lagi.

Bersama gambar tangkap layar yang dikongsi, difahamkan kawasan terbabit akan dibangunkan semula dengan beberapa strategik pembangunan yang dirancang oleh pihak PKNS sendiri.

Susulan perancangan perobohan tersebut, pihak terbabit mahu membuat pembincangan bersama wakil penduduk Shah Alam.

Individu ini juga mendakwa bahawa bangunan yang dirobohkan ini bakal diganti dengan pembinaan kondominium. Malah, dilaporkan sejak tahun lalu lagi bahawa Shah Alam bakal bertukar wajah baharu dengan suntikan dana sebanyak RM2 bilion.

Hantaran itu ternyata telah meraih perhatian di platform X dan rata-ratanya netizen sangat bersedih dengan berita pelan meroboh beberapa bangunan ikonik di Shah Alam itu. Ramai turut berkongsi pengalaman suka duka bersama lokasi yang disenaraikan.

“Ala sedihnya tempat aku selalu cari barang dekat situ weyhh,” kongsi seorang netizen.

“Alah!! Jangan!! Walaupun nampak buruk tetapi kami yang membesar dekat Shah Alam sangat mengenali tempat ini yang mana penuh nostalgia,” luah seorang netizen yang membesar di situ.

“PKNS itu tempat bazar Ramadan dan membeli belah raya paling best di kawasan Shah Alam,” ujar seorang netizen lagi.

“Membesar dengan PKNS, SACC Mall. Jadi tempat kerja lepas SPM. Banyak kenangan, gembira duka memalukan semua ada. Lebih baik jaga daripada kena roboh,” tulis seorang netizen lain.

Ramai merasakan bangunan-bangunan mercu tanda itu sepatutnya dipelihara kerana menjadi lambang kebanggaan warga Shah Alam di samping menerima pelbagai manfaat daripada kegiatan ekonomi setempat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa bnyk kondo ko nak bina ha..bodoh!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
SACC tu mmg sendu PKNS iols lyn kedai ustaz n ninso je.Pakaian haji/umrah kat situ ada 1 kedai kualiti.SACC mall iols suka shopping baju raya kdg2 terkema jgk mhl beratus tp kualiti standard Jakel je..kain panas.Encik suami suka beli kt Qamilla baju melayu & samping mahal pon sanggup beli..warna x byk pilihan pon dia suka kesitu..sedih la byk kenangan kami sefamily beli baju raya kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kondo-kondo mampu tengok dek!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena la roboh. PH  perlu duit. Sama macam nak roboh stadium buat baru. Baru PH boleh sedut duit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:14 AM | Show all posts


Berita mengenai gempa bumi dan cadangan untuk membina kondominium di kawasan PKNS & SACC Mall telah mengejutkan netizen tempatan. Reaksi mereka menunjukkan kebimbangan mengenai keselamatan dan impak kepada persekitaran serta komuniti setempat. Beberapa isu yang timbul termasuk keperluan untuk kajian kesan alam sekitar yang menyeluruh, konsultasi dengan penduduk tempatan, dan perlunya transparansi dalam proses pembangunan. Keputusan mengenai projek ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap landskap bandar dan kualiti hidup penduduk setempat, oleh itu penting bagi pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semua aspek sebelum membuat keputusan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai… kenangan tu time blaja uitm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org Selangor gunakan la kuasa boikot klau x suka isu ni...klau x sepakat robohkan je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu buruk kotor benar bangunan ni.

I pernah pergi skali. before covid, sbb nak cari islamic book ape tah..kat kedai tu je ada stok. Terpaksa ku pergi juga. HORRORRR. Rasa jin je sesuai pergi tempat kotor tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah dirobohkan. Tiap 2 tahun dulu kena dtg sini renew visa walaupun duduk jauh dr Shah Alam. Penuh dgn bangla indon bersadai sbb yg sama.  Tandas dr bawah sampai atas.. Mashallah (padahal yg oakai 90% muslim). parking pun teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 07:47 AM | Show all posts
Pkns shopping mall lejen bagi budak2 shah alam. Dulu masa sekolah rendah darjah 6 berani naik bas mini pink ke pkns dengan kawan2. tambang 50sen je. Back in 90s.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:07 AM | Show all posts
port lepak student uitm dedulu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:15 AM | Show all posts
Hurm...berapa banyak kondo nak dibina...yang ada pun byak tak berpenghuni.....upgrade je layg sedia ada tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:20 AM | Show all posts
so korang sokong roboh ke kekal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara2 halus nk tambahkan bilangan penduduk cina dikawasan majoriti melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:37 AM | Show all posts
roboh kan ajer..kedai2 dlm tu pun sendu..dgn toilet nya kotor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 08:42 AM | Show all posts
pkns tu tempat legend ye, paling suka datang sebab nak makan kebab je kat situ.. Nak healing sambil tengok kedai emas

Zaman sekolah dulu ayah bawak cari buku teks kat situlah.. Memori betul
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:44 AM | Show all posts
Tak Setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:46 AM | Show all posts
ini membuat kemarahan aku pagi2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:48 AM | Show all posts
hahha jadi kenangan je... kalau x setuju roboh pun nak buat ape... lama2 jadi sendu.. jadi tukun... refurbish pun lagi byk makan kos...

other things tingat zaman dedulu lps meeting kat suk.. singgah la kejap.. time belajo dulu kalo dpt kesana.. singgah la kedai buku.. cari novel.. x byk sgt kenangan yg ade.. time raya mmg x sanggup hadap kompleks ni melainkan ade org bwkkan keta..

la ni iols kalo masuk shah alam mau sesat barat iols kalo tanpa bantua wazw or google maps.. bertahun x kesana.. sejak lain negeri utk kesekian tahun.. cuma bab buat kondo tu.. iols kurang setuju,.. baik la buat bende yg lebih bermanfaat.. dah le belakang tu tasik kannn.. belakang tu sirim kan... PH tgh pikior nak generate income je tau nye... kat tgh2 tu bape kerat org bumi je lah yg mampu beli.. dgn tanah yg mahal nak mamposs entah bape juta pulak khennn hurmmm entoh lewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.196787 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list