CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: YgBenar

[Tempatan] Update :PKNS nafi Kompleks PKNS Shah Alam akan dirobohkan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 12:28 PM | Show all posts
shuk_one replied at 18-3-2024 12:21 PM
tak, ni yang tepi2 PKNS tu jugak. zaman dulu2 ada studio TV3 kat situ
plaza masalam tu kat  Seksye ...

ko ckp tv3 baru aku igt. ahahaha. ada lagi ya mall tu. tv3 pon masih ada ke kat situ. lama sgt tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
P PKNS nk makan RFC legend kat situ huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:55 PM | Show all posts
Ingat dulu selalu makan dekat Food court dekat atas PKNS masa kerja part time dekat The Store....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kompleks PKNS mmg nostalgia bg iols...zmn2 takde SACC tu lg, PKNS ni la tpt beli brg2 time student dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
PKNS nafi Kompleks PKNS Shah Alam diroboh, akan buat aduan polis

Oleh Ruwaida Md Zain
Mac 18, 2024 @ 5:45pm
bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membuat laporan polis terhadap fitnah di media sosial dan media massa kononnya Kompleks PKNS Shah Alam yang berusia lebih empat dekad akan dirobohkan.

PKNS dalam kenyataan berkata, pihaknya kesal terhadap dakwaan tidak berasas itu.

"PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan Kompleks PKNS ini.

"Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu, adalah salah satu mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar.

"Pada masa sama, PKNS akan membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita tidak benar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PKNS, perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Shah Alam itu sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

"Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion itu akan membabitkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC di mana dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak membabitkan bangunan Kompleks PKNS.

"Sebaliknya, kawasan ini akan dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat," katanya.

Jelas beliau, projek itu juga seiring usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon.

"Di mana bangunan yang dinaik taraf nanti akan menggunakan sistem 'centralised chill water' selain sistem tenaga hijau.

"Ia juga sebagai memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosio ekonomi negeri Selangor secara keseluruhan.

"Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka," katanya.

Katanya, penubuhan PKNS sebagai agensi pembangunan negeri bertujuan meningkatkan pertumbuhan sosio ekonomi berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan dan keharmonian di negeri Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:27 AM | Show all posts
Lah. So tak roboh la ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 09:55 AM | Show all posts
ni la sebar berita belum sahih....

patut la dulu kecik ada main telefon rosak..ni la dia contohnya...lain yang di ckp lain yang di sampaikan...huhuhu

menaik taraf tu yang sebetulnya...

ni klu dekat2 nak raya...meriah kot PKNS shah alam ni...walaupun harga nya boleh tahan mahal dia....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:07 AM | Show all posts
Alhamdulillah..berita ni bukan palsu tapi dah di cantas cepat. Agaknya mesej yg aku htr kt sulatan selangor dia baca kot seyesli aku tak puashati siap pm sultan kt official fb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 10:10 AM | Show all posts
rospinki replied at 19-3-2024 10:07 AM
Alhamdulillah..berita ni bukan palsu tapi dah di cantas cepat. Agaknya mesej yg aku htr kt sulatan s ...

eleh pentingnya awok ni.hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:11 AM | Show all posts
melekaifc replied at 19-3-2024 10:10 AM
eleh pentingnya awok ni.hahaha

admin dia yg baca hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:12 AM | Show all posts
Dari zaman uitm sampai sekarang masih lagi i berkenan lepak kat pkns tempat jin bertandang tu. G saloon, makan kfc tekak melayu. Support bmf gitew.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:23 PM | Show all posts

selangor royalen office ke FB dia?

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkns tempat lepak dulu2..  main bowling.. pas jogging mkn kfc..

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:33 PM | Show all posts
melekaifc replied at 19-3-2024 12:23 PM
selangor royalen office ke FB dia?

selangor royal official camtu kot cer try tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.162920 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list