CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5621|Reply: 29

[Tempatan] Setelah berpisah dengan suami, jadi rider, jual nasi lemak demi enam anak

[Copy link]
Post time 18-3-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Jadi rider, jual nasi lemak demi enam anak

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mak-demi-enam-anak/

Oleh NOOR HAYATI MAMAT
18 Mac 2024, 8:30 am


Rohani (empat dari kiri) bersama enam anaknya di rumah sewa mereka di Kampung Machang, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Demi tanggungjawab terhadap enam anak, seorang ibu tunggal gigih membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

Rohani Abdul Halim, 37, mencari rezeki dengan menjadi penghantar barang sambilan dengan bermotosikal di sekitar daerah ini selain menjual nasi lemak pada sebelah malam.

Sebelum ini, katanya, dia dan enam anaknya termasuk dua kembar berusia antara 8 hingga 14 tahun menetap di Klang, Selangor dan kemudian pulang ke Kampung Jerlan, di sini, selepas berpisah dengan suami kira-kira dua tahun lalu.

“Oleh kerana rumah pusaka terlalu uzur, saya membawa ibu, Juwariah Che Lah, 67, dan anak-anak berpindah dengan menyewa lot rumah kedai di Kampung Machang sebanyak RM300 sebulan sejak hampir setahun lalu.

“Pada mulanya saya berniaga nasi lemak dan minuman di rumah kedai itu bermula selepas maghrib hingga lewat malam setiap hari,” katanya ketika ditemui di Kampung Machang, di sini baru-baru ini.

Rohani berkata, dise­babkan pendapatan menjual nasi lemak secara purata RM80 sehari tidak mencukupi untuk menyara keluarga, dia kemudian menjadi penghantar barang dengan ­meminjam motosikal adiknya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kalau ikut memang penat, kena berkejar balik hantar barang terus buat persediaan memasak nasi lemak pada sebelah malam.

“Semuanya demi membesarkan anak-anak dan menyiapkan persiapan persekolahan mereka selain Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,” ujarnya.

Tambanya, dia bersyukur turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM950.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Rohani bernombor 12251164140 (Hong Leong Bank) atau menghubunginya di talian 011-37415086.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 12:19 PM | Show all posts
kesiannyee..tp kena beranak rmai2?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:33 PM | Show all posts
Syabas untuk akak ni.
Tak la berpeluk tubuh merintih bantuan semata2.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:42 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 18-3-2024 04:19 AM
kesiannyee..tp kena beranak rmai2?

dia beranak dulu baru susah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:53 PM | Show all posts
apaknya lps tgn la tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai cret je.
Dh tk reti nk ber"sarung".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 02:59 PM | Show all posts
tabah nya ibu tunggal membesarkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:11 PM | Show all posts
Wow bro salute...

mcm nilah sepatutnya cerita dari mereka yang ada kesukaran. .. walaupun ada bantuan jugak tapi kegigihan cari pendapatan itu yang dihighlite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 03:17 PM | Show all posts
Bapak budak2 ni memang takde fungsi ke selain dari sumbang sperm untuk 6 anak?

I harap anak2 sheols sedar la pengorbanan mak theyols. Belajar la elok2. Kerja rajin2. Jangan libatkan diri dengan benda bukan2. Balas balik jasa mak theyols.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:44 PM | Show all posts
kondom adalah taboo kepada masyarakat pantai timooooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:59 PM | Show all posts
mesti yg cerai tu sengkek punya jantan..hanat betul
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya bapak tu....
6anak kau tinggalkn.....tu lah asset kau bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:25 PM | Show all posts
dia beranak 4 kali . Sbb dpt 2 kemabr. Jadi la 6.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:31 PM | Show all posts
matseh replied at 18-3-2024 04:25 PM
dia beranak 4 kali . Sbb dpt 2 kemabr. Jadi la 6.

"dia dan enam anaknya termasuk dua kembar berusia antara 8 hingga 14 tahun"

Yang aku faham dua kembar tu makna sepasang, bukan dua pasang.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:44 PM | Show all posts
Wartawan lain kali boleh tak tolong tulis sekali laki dia pi mana. Jaga aib juga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:46 PM | Show all posts
melekaifc replied at 18-3-2024 03:44 PM
kondom adalah taboo kepada masyarakat pantai timooooo

tapi dorang dulu duduk Klang nadu mana ada taboo.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan. yg anak jantan, sadokan diri lepas tu jadi artis utk sekejap
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:03 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-3-2024 04:46 PM
tapi dorang dulu duduk Klang nadu mana ada taboo.

duduk je klang tapi leluhur sana juga. yang jate ajet lelaki alfafa, yang tino rase diri macam pelacoq bila dikundumkan

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:05 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-3-2024 04:31 PM
"dia dan enam anaknya termasuk dua kembar berusia antara 8 hingga 14 tahun"

Yang aku faham dua ke ...

kembar=twins
2=sepasang
aku paham mcm tu le. tgk gambar , mcm ada 2 pasang kembar.
1 kembar lelaki perempuan
1 lagi kembar lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan akak ni dan anak².

Ex-laki nya tak jalankan tanggungjawab ke? Kenapa takde info pasal ex-laki?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.077530 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list