CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4852|Reply: 18

[Jenayah] Order Air Tanpa Ais Dan Gula, Bengang Kena Caj RM6!

  [Copy link]
Post time 18-3-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Bagi mereka yang sedang dalam proses untuk menjaga kesihatan tubuh badan, mungkin pengambilan minuman yang manis akan cuba dielakkan sedaya upaya.

Jadi tidak peliklah sekiranya ada sesetengah pelanggan yang memesan minuman di kedai makan dengan meminta agar jumlah gula dikurangkan.

Sebagai contoh, ada yang memesan minuman seperti teh tarik kurang manis atau kopi tanpa gula.
Pelanggan Kena Caj Tambahan Lepas Minta Air Tanpa Gula Dan Ais

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pelanggan ini apabila dia membuat pesanan di sebuah kedai makan agar minumannya tidak diletakkan gula dan ais.

Dalam sekeping gambar resit yang dimuat naik dalam hantaran Facebook (Chee Chong Chin) pada 15 Mac lalu, difahamkan caj RM3 dikenakan kepada pelanggan terbabit bagi setiap minuman yang diminta tanpa gula dan RM3 lagi jika tiada ais.

Secara keseluruhannya, pelanggan itu diminta untuk membayar RM6 bagi caj tambahan.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan pelanggan tersebut meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh peniaga berkenaan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, nama dan lokasi tidak didedahkan oleh pelanggan terbabit.
Netizen Pun Pelik Dengan Perkara Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut mempersoalkan perkara yang berlaku kerana merasakan tindakan peniaga itu seperti tidak sepatutnya terjadi.

Secara logiknya, permintaan pelanggan untuk mengurangkan gula akan menguntungkan peniaga kerana tiada modal gula di situ.

“Kalau nak kurangkan ais untuk jimatkan duit, itu boleh difahami sebab berat buah akan lebih banyak. Tapi kenapa pula nak kena tambah kos kalau minta kurangkan manis?” tanya netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa jumlah keseluruhan untuk satu minuman itu terlalu mahal dan hampir sama dengan harga minuman berjenama yang terkenal di pasaran.

Netizen turut berseloroh bahawa kos tambahan itu disebabkan peniaga berasa ‘ tersakiti’ kerana perlu mengubah resepi minuman mengikut kehendak pelanggan.

Pelanggan Boleh Buat Aduan Jika Berlaku Perkara Seperti Ini

Sebagai pelanggan, anda berhak untuk mempersoal peniaga sekiranya terdapat perkara yang tidak selari dengan harga yang ditetapkan, terutamanya jika ia melibatkan peningkatan kos.

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dengan cara seperti berikut:

    Layari laman web eAduan KPDN.
    Klik pada ‘Aduan Kepenggunaan’.
    Jika anda tiada akaun, perlu daftar terlebih dahulu.
    Pilih ‘Aduan Kepenggunaan’.
    Klik ‘Aduan Baru’.
    Isi maklumat aduan dengan maklumat seperti berikut:
    Siap!

Selain dari membuat aduan di portal eAduan, anda juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

    Portal e-Aduan
    Talian hotline 1-800-88-6800
    Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
    E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
    Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
    Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
    WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Antara aduan yang anda boleh buat adalah berkaitan:

    Penipuan Perkhidmatan
    Penipuan Harga
    Penipuan Transaksi Internet
    Jualan Bahan Petroleum
    Tiada Tanda Harga
    Bengkel Kenderaan Bermotor
    Penipuan Gores Dan Menang
    Penipuan Perjanjian Sewa Beli
    Penyelewengan Jualan Lansung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2024 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Penipu betul berniaga...tak keluar modal pun charge pada customer ke?

Luar dari logik fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:17 PM | Show all posts
lagi 1 skang makin menjadi2 pula ya cafe kena kan charge min spending per head kalau nak dtg cafe dia. adoilahhh.. aku ok je kalau owner cafe takmau kasi non paying customer dok berootd kat cafe super hipster mereka, tapi sampai dah mcm nak masuk club siap ada cover charge per head, dah mcm nak masuk club pulok walau pon setitis margarita pon takda jual dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:32 PM | Show all posts
without ice boleh justify sbb kuantiti air jd bnyk.  without sugar jadah nak charge. tak ada keluar modal bahan pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 04:39 PM | Show all posts
Extra charge sebab custom.

Contoh ko beli kereta tapi tak nak ada atap, atau nak atap plastik ja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
singapork order air xde ais lagi mahal dari air berais
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt peminat tegar neelofa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg laa kena cas sbb gelas penuh tanpa ais macam double water .. sbb ais tu mengurangkan isipadu jus… so no ice no sugar org kedai tu buat air dia kaw …

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen buyuk2 dlm ni tgk resit tu ke dak?
Dia order jus.. takde ais, takde gula, maka jus pekat kott.. byk la kena caj sbb extra juice..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke extra jus
Bukan ke klu dh X ltk ais dan gula nmpk sikit kuantiti dlm gelas tu
Yet still the same amount

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:26 AM | Show all posts
Boikot la apa lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Melampau....jus kau buat segelas kena tambah 2 bijik oren ke atau dgn ais hanya sebijik oren?

Jus kau jenis pakai dispenser ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-3-2024 05:32 PM
Tt peminat tegar neelofa.

Neelofa dengan chatime, dua-dua akak tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 18-3-2024 07:59 PM
Mmg laa kena cas sbb gelas penuh tanpa ais macam double water .. sbb ais tu mengurangkan isipadu jus ...

Ko x baca artikel ke kak?
Dia dah justified dah yg dia faham klau xde ais mmg lgi mahal.
Yg dia query tu kan psl gula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 19-3-2024 05:55 AM
Ko x baca artikel ke kak?
Dia dah justified dah yg dia faham klau xde ais mmg lgi mahal.
Yg dia  ...

Kau tu yg x baca artikel
Yg komplen pasal gula tu netizen

Yg ngorder tu dia komplen dua dua …
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:11 AM | Show all posts
_blackbird replied at 18-3-2024 03:17 PM
lagi 1 skang makin menjadi2 pula ya cafe kena kan charge min spending per head kalau nak dtg cafe di ...

kalo cam tu, takpe lah, ramai lagi orang bukak kedai makan, byk alternatif lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2024 01:58 PM | Show all posts
boikot ais gula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070381 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list