CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4428|Reply: 12

[Jenayah] Kena Lipat 6 Bahagian, Buat Acuan Kuih Tako Tanpa Guna Stapler!

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Ketika bulan puasa, kehadiran gerai-gerai makanan di bazar Ramadan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.  Pelbagai juadah yang disajikan kepada para pengunjung dan ada di antaranya hanya boleh didapati sewaktu bulan Ramadan.

Namun begitu, segelintir pengusaha bazar Ramadan mengalami sedikit kesulitan apabila mereka tidak dapat menggunakan cara pembungkusan yang sama.

Hal ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penjual-penjual makanan untuk tidak menggunakan dawai kokot pada bungkusan makanan.

Secara umumnya, penggunaan seperti dawai kokot, paku atau bahan berbahaya seumpamanya untuk membungkus makanan adalah menyalahi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menurut Bernama, pengendali makanan yang didapati bersalah menggunakan bahan-bahan ini boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hukuman akan menjadi lebih berat apabila bahan bendasing tersebut ditemui di dalam makanan, yang mana sangat membahayakan pengguna yang menjamahnya.

Mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan di dalamnya mengandungi bahan memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Ada cara untuk hasilkan acuan kuih tako yang selamat, tanpa menggunakan sebarang dawai kokot

Jangan risau, seorang pengguna TikTok (@d_yanmumin) telah menunjukkan cara untuk membuat acuan kuih tako tanpa menggunakan dawai kokot dan selamat untuk para pengguna.

Pertama sekali, anda perlu mengambil sehelai daun pandan yang digunakan sebagai acuan bagi kuih tako anda. Periksa dan bersihkan permukaan daun daripada sebarang kotoran dan bendasing seperti habuk, serangga, najis haiwan dan sebagainya.

Kemudian, ambil pembaris dan buat ukuran dalam sekitar 2.5 cm dan buat lipatan pada bahagian tersebut. Seterusnya, buat lima lagi lipatan sehingga daun pandan anda memiliki kira-kira enam bahagian lipatan.

Setelah mendapat enam bahagian lipatan, potongkan bahagian daun pandan yang berlebihan. Guntingkan juga sedikit bahagian pada setiap lipatan.

Selepas itu, lipatkan daun pandan tadi sehingga menjadi bentuk kotak, yang mana bahagian lipatan tadi dijadikan sebagai tapak.

Apabila daun pandan anda sudah menjadi bentuk kotak yang sempurna, kemaskan kotak acuan kuih tako dengan memotong lebihan daun dan tekan sedikit daun pada bahagian bucu agar kotak acuan kelihatan lebih bersegi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2024 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 02:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:12 PM | Show all posts
my favouriteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee





biasa dah jumpa guna daun pandan lipat2 je tanpa guna stapler

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kuih tako
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 08:55 PM | Show all posts


Baru beli tepung pelita dia letak dalam container kecik2 camni, 5 RM5.  Dia guna daun pisang instead of daun pandan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak beli lagi tepung pelita ramadan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu suka inn tepung pelitaaa... Skg suka lg paya jaras tepung pelita..mkn sejuk2 sdapnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-3-2024 08:55 PM
Baru beli tepung pelita dia letak dalam container kecik2 camni, 5 RM5.  Dia guna daun pisang inste ...

selalu jmp kat kedai camni skrg, tak sedap bg i sbb takde wangi daun pandan tu. ada yg nak nmpk mulia sikit dia boh secoet daun pandan buat hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuih tako ni dari sebutan negeri mana..?

Tepung pelita pulak sebutan dari negeri mana..?

Sb tempat iols kitaorg panggil "Limas / Limeh" je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2024 01:58 PM | Show all posts
boikot stapler
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:39 PM | Show all posts
buat teringin plak tgk gambar nih. aku rasa cam ada nmpk inn pelita kt tepi jln area perumahan aku. nk singgah la ptg kang klu jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063003 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list