CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5989|Reply: 25

[Tempatan] Isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta milik suami selepas dicerai talak 3

  [Copy link]
Post time 18-3-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta milik suami selepas dicerai talak 3

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... as-dicerai-talak-3/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
18 Mac 2024, 3:37 pm


Mahkamah Shah ALam.

SHAH ALAM – Gara-gara merosakkan kereta bekas suaminya kerana berang diceraikan dengan talak tiga melalui aplikasi WhatsApp selepas tiga bulan bernikah, seorang wanita didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Sasha Diana Sabtu mengenakan hukuman denda itu terhadap wanita yang juga bekas isteri kedua itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Katanya, mahkamah berpuas hati bahawa bukti menunjukkan bahawa tindakan berulang tertuduh membawa kepada kerosakan pada kereta itu, namun pada masa sama percaya ia dilakukan dalam keadaan terdesak.

“Tertuduh berasa kecewa dan terdesak sehingga terpaksa menunggu beberapa di luar rumah pengadu. Pengadu masih enggan bercakap ketika ditemui tertuduh. Semua ini menyebabkan tertuduh terdesak dan beremosi sehingga mula merosakkan tingkap dan cermin depan supaya lelaki itu keluar dari kereta hanya supaya boleh bercakap dengannya.

“Sekiranya pengadu memberi ruang untuk perbincangan dan mengendalikan perceraian dengan belas kasihan serta ihsan, tertuduh tidak perlu mengambil langkah terdesak seperti itu.

“Hukuman yang dijatuhkan mahkamah tidak berpihak atau atas faktor simpati, sebaliknya dengan pertimbangan sewajarnya mengenai apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku,” kata Majistret dalam penghakiman bertarikh 13 Mac lalu yang dimuat naik dalam sistem e-kehakiman.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja telah melakukan khianat iaitu dengan mengetuk dan menendang cermin hadapan sebuah kereta jenis BMW 530 sehingga retak milik suaminya (ketika kejadian) yang berusia 61 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah ini pukul 12.05 tengah malam pada 24 Julai 2020 yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama majistret dia fuhh...
MCM Nama dalam novel
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-3-2024 04:04 PM
Nama majistret dia fuhh...
MCM Nama dalam novel

Pasni nama² dlm novel byk akn kuar utk Gen Y ni shernazzz.....
Tak de dah jumpa nama majistret Rohana, Zubaidah, Zaiton lg dahhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:02 PM | Show all posts
Baru 3 bulan kawin dah kena cerai
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur minah bini kedua ni?

Laki pun dh tua bangka umur 61..kawin sbb duit kot..padan le muka cash utk dua2
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dpt terima kenyataan lah tu. Ingatkan dpt jadi bini no syatu kesygan tp kena cerai talak3 padahal baru je kahwin atok 61thn baru tersedar dari angau. Padan muka!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cisss..jantan umur 61...kawin lps pencen masa duit EPF tgh byk....mmg duit yg dipandang le tu...entah2 pakai bimmer 5 series tu guna duit pencen EPF..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-3-2024 05:28 PM
Berapa umur minah bini kedua ni?

Laki pun dh tua bangka umur 61..kawin sbb duit kot..padan le muka  ...

Itu lah...nak sgt tau umur minah ni brp ..ikutkan perangai tu..I rasa umur 20an or 30an...tgh panas baran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis madu sepah dibuang....

kejadian tahun 2020... masa pkp
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 18-3-2024 05:58 PM
Habis madu sepah dibuang....

kejadian tahun 2020... masa pkp

Dh terperuk je dlm rmh
Tu yg X lalu kot


Btw mcm abegon gop
Laju 3 terus
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:17 AM | Show all posts
kepompong replied at 18-3-2024 05:58 PM
Habis madu sepah dibuang....

kejadian tahun 2020... masa pkp

Baru 3 bulan dah habis madu kena sedut.. cepatnya habis..




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mudahnya org laki nak buang bini bg 3terus.
kalau bini nak buang laki kaki pukul, bewok ghian, kaki betina, segala kaki...jenuh berabes pitih turun naik court ujung2 suh blk umah berdamai dgn takdir. puihhhhh

***kan dah mendapat ditalak 3, kene denda lagi..lain kali jgn sondol laki org. cash dekkk. padan muka jugak pakcik tua renta merenyam nak puki muda.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg dr zul kt bw bertenang.. X pasal2 kn denda... Tp cash la ko jd penyondol yg jantan x guna ni penakut kawen berani.. Cerai nyorok... Semoga mati Pucuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
baru sedar kot.. harta semua bini pertams yg piunya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:09 AM | Show all posts
61 tahun, takde lah tua sgt...nak tau brapa umur exbini muda dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:24 AM | Show all posts
Dah puas laki balik rumah bini tua ke... laki tak kasi duit nafkah ke tu?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 08:24 AM | Show all posts
61 tu takde la bau kubur sangat. Bukan 81 ya chuols. Mungkin bini no. 2 ni pun in her 40s.

Move on je la kekdahnya nak calar2 kereta orang pulak. Immature sangat walaupun I yakin dah kertu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:31 AM | Show all posts
sempat tak dia merasa duit EPF laki sebelum kena cerai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:21 AM | Show all posts
mesti kawin tanpa pengetahuan bini no satu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:26 AM | Show all posts
NazRysha replied at 18-3-2024 05:02 PM
Baru 3 bulan kawin dah kena cerai

mungkin suami baru tau yg isteri dah tak ketat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078848 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list