CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3676|Reply: 16

[Tempatan] Amalkan 'Malaysia first', bantu kukuhkan nilai ringgit, kata Kementerian Kewangan (MOF)

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Amalkan 'Malaysia first', bantu kukuhkan nilai ringgit - MOF

https://www.malaysiakini.com/news/699845

Bernama
Diterbitkan:  Mar 19, 2024 7:00 AM
Dikemaskini: 7:00 AM



Kerajaan menggesa agar semua pihak dapat memainkan peranan bersama dalam membantu mengukuhkan nilai ringgit, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu menjelaskan semua rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan sikap Malaysia First dalam amalan harian.

“Ini termasuk membeli barangan domestik, serta melabur dalam pasaran modal domestik. Kempen melancong di dalam negara juga perlu diperkenalkan dan ditingkatkan,” menurutnya pada Isnin.

MOF menjelaskan sedemikian bagi menjawan soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai langkah konkrit yang diambil oleh kepimpinan negara dalam kerangka Ekonomi MADANI bagi meningkatkan daya tahan dan daya saing nilai mata wang ringgit.

Kementerian itu menekankan bahawa kerajaan memandang serius prestasi nilai ringgit dan komited untuk mempertahankan serta memperkukuh kedudukan ringgit.

Oleh yang demikian, pelbagai langkah konkrit telah dan sedang diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani kejatuhan nilai ringgit, menurut MOF.

Kementerian itu memaklumkan antara langkah yanhg dilaksanakan adalah memastikan pasaran pertukaran asing di dalam negara kekal teratur selain memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport.

Selain itu, kerajaan dan BNM turut mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran dana ke pasaran pertukaran mata wang asing di samping mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta termasuk menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik serta menangguhkan pelaburan luar negara baharu, jelasnya.

Sementara itu, menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai usaha kerajaan untuk menangani secara holistik isu kejatuhan ringgit dan kesannya kepada urus niaga import yang menyebabkan kenaikan harga barangan kepada pengguna, MOF menjelaskan kerajaan mengakui impak penyusutan nilai ringgit adalah lebih tinggi terhadap barangan import.

Perkara itu termasuk makanan yang merangkumi daging dan tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan serta sayur-sayuran, tambahnya.

“Namun, harga komoditi global yang menyederhana sedikit sebanyak membendung sebahagian kesan penurunan nilai ringgit terhadap inflasi,” jelasnya.

MOF memaklumkan bahawa kerajaan juga merancang langkah pelaksanaan pemberian subsidi yang lebih berkesan dan bantuan pendapatan bersasar terutama bagi membantu golongan yang terjejas.

“Ini akan memastikan pengukuhan fiskal dapat dicapai melalui perbelanjaan yang lebih produktif,” menurut MOF.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:43 AM | Show all posts
Patut dah lama buat benda ni......ini tidak...urghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu banyak makanan Import.

Buah tempatan macam pisang tak tembus ke market antarabangsa...sekurang kurang nya kalau export boleh timbal balik segala bagai makanan Import yg rakyat kau suka melantak.

Btw...buah2 import pun dah mahal, ada set set pula...A GOOD START untuk orang Malaysia sedor diri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:20 AM | Show all posts
tamauuuuuu... dah terlambat nokkkkkk... kami semua dah terbiasa dengan hatyai lagi murah, mantap, tip top, lady boi

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:22 PM | Show all posts
Petroleum Malaysia pun ngkau export keluor mananya ngkau simpan untuk kegunaan senirik. Sembang cam sial
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:23 PM | Show all posts
Barang import di Malaysia lagi banyak daripada barang local.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin pun import
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:07 PM | Show all posts
Malaysians workers lazy...Bangladesh workers good
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-3-2024 05:19 PM
ifanonline replied at 19-3-2024 02:07 PM
Malaysians workers lazy...Bangladesh workers good

"ini macam...'BANGLA FIRST' la kaka"-bangla
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp ringgit jatuh? Sbb hang x reti jaga negeri nih....yaaaa.

Harap nuart bagi ceramah kutuk gomen skrg , lama dh x dengar suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 19-3-2024 02:01 PM
Vaksin pun import

bini pon import....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:05 AM | Show all posts
ah kau pool car pon semua kete import.

pakai je lah alza dgn aruz.


prffthhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Dari dlu nak tergelak kempen mcm ni tp pak menteri punye bini, punye family suka membeli belah di London... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau brg import murah/kualiti dari local, apa pilihan yg rakyat ada???
kami memilih utk "poket kami first"
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-3-2024 05:18 PM
"ini macam...'BANGLA FIRST' la kaka"-bangla

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia





http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 05:39 AM | Show all posts
Message minda bawah sedar.. --- Sebenarnya MOF nak cakap.. jangan lah boikot KKMART, kedai tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi la blk pelepasan cukai utk pelancongan domestik mcm thn 2022. Dah la hotel mahal blk tak seberapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.176662 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list