CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 1

[Tempatan] Kerajaan langgar konvensyen WHO berkait kawalan tembakau, kata Khairy Jamaluddin

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan langgar konvensyen WHO berkait kawalan tembakau, kata Khairy

https://www.freemalaysiatoday.co ... mbakau-kata-khairy/

Shahrul Shahabudin dan Amirul Aiman
18 Mar 2024, 07:46 PM


Khairy Jamaluddin berkata konvensyen WHO menyatakan negara pemeterai harus melindungi dasar kesihatan awam kebangsaan daripada sebarang tekanan daripada industri atau kepentingan komersial.

Khairy Jamaluddin berkata kenyataan timbalan menteri kesihatan berhubung GEG suatu ‘pengakuan’ bahawa kerajaan ‘tunduk’ kepada lobi syarikat-syarikat tembakau besar.

PETALING JAYA: Kenyataan timbalan menteri kesihatan tentang pengaruh industri tembakau berkait peruntukan generasi penamat rokok (GEG) menunjukkan kerajaan melanggar Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang Malaysia meterai, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas menteri kesihatan itu berkata Perkara 5.3 konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu menyatakan negara pemeterai harus melindungi dasar kesihatan awam kebangsaan daripada sebarang tekanan daripada industri atau kepentingan komersial.

Katanya, kenyataan oleh Lukanisman Awang Sauni itu suatu “pengakuan bahawa kerajaan telah tunduk kepada lobi ‘Big Tobacco’ ataupun kepentingan syarikat-syarikat tembakau besar dan juga kepada syarikat-syarikat vape,” katanya dalam siaran Keluar Sekejap.

Beliau berkata kenyataan Lukanisman itu juga menunjukkan keputusan kerajaan itu “bukan sangat” soal hujah yang diberikan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh.

Peguam negara dilapor berkata peruntukan GEG itu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan kerana mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama rata.

Malaysia menjadi ahli kepada konvensyen WHO itu sejak 15 Dis 2005.

Pada Khamis lepas, Lukanisman dipetik sebagai berkata semasa membentangkan GEG, konflik pandangan timbul disebabkan tekanan industri dan mereka bertemu Ahli Parlimen yang mempengaruhi keputusan itu.

Cadangan asal kerajaan untuk melarang mereka yang lahir selepas 2007 daripada membeli produk merokok dibatalkan daripada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam yang diluluskan baru-baru ini.


RUU itu pertama kali dibentangkan oleh Khairy pada Julai 2022 semasa beliau menjadi menteri kesihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Maha-Non suka rakyat isap rokok dgn vape ke..?

Supaya rakyat cepat mati akibat produk berasaskan tembakau...Mcmtu..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.371281 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list