CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3950|Reply: 12

[Tempatan] Sampai bila Islam akan terus dihina di negara ini?

[Copy link]
Post time 19-3-2024 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Sampai bila Islam akan terus dihina di negara ini?

https://www.bharian.com.my/berit ... ihina-di-negara-ini

Mac 19, 2024 @ 8:44am



SELEPAS satu kes, muncul lagi kes penghinaan terhadap Islam di negara ini. Kelihatannya, jenayah penghinaan terhadap Islam di Malaysia tidak pernah padam. Amat bimbang jika ia menjadi normalisasi. Terbaru umat Islam diuji dengan isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Sukar untuk menerima alasan apa yang berlaku itu disebabkan terlepas pandang, tidak tahu, tiada maklumat dan sebagainya, lalu mengemukakan permohonan maaf serta kesal dengan apa berlaku, sambil berharap orang Islam boleh 'tutup buku'.

Bahkan, ada pula pihak, kumpulan dan parti memberi 'nasihat' kepada umum supaya jenayah penghinaan Islam ini tidak diperbesarkan, selain meminta menghentikan kempen boikot membeli barang di pasar raya berkenaan atas alasan tidak mahu negara menjadi mangsa.

Ia menunjukkan pihak berkenaan sebenarnya sedar dan gentar jika umat Islam melancarkan boikot sama ada secara senyap atau terang-terangan kerana terdapat bukti ada syarikat mengalami kerugian akibat diboikot kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam.

Dalam isu terbaharu ini, ia sepatutnya boleh dielakkan jika pengurusan syarikat kedai serbaneka terbabit cakna, peka dan sensitif terhadap produk hendak dijual. Agak janggal jika pihak pengurusan tidak sedar dengan ciri-ciri produk ditempah untuk dijual.


Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai (kanan) dan pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat menunjukkan bungkusan stoking ketika sidang media pada 16 Mac lalu mengenai isu stoking kalimah Allah di Menara KK di Bandar Tasik Selatan. - NSTP/Sadiq Sani

Maka, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit atas dakwaan cuai sehingga menimbulkan kegelisahan awam khasnya umat Islam, apatah lagi ia membabitkan kes penghinaan terhadap Islam yang diangkat sebagai agama Persekutuan.

Pihak penguatkuasa perlu menyiasat kes terbaharu ini mengikut Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman maksimum supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu bermain dengan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Apa yang menjadi persoalan, sudah lebih 60 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya sudah faham dan 'masak' sepenuhnya dengan cara hidup, sensitiviti agama antara kaum serta 'apa yang boleh dan tidak boleh' dibuat dalam negara masyarakat majmuk ini.

Dari sudut perundangan pula, apa yang berlaku ini menunjukkan tiada peruntukan jelas dan tegas terhadap pihak menghina agama Islam dalam Perlembagaan. Kesalahan menghina agama hanya boleh didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Undang-undang syariah pula hanya boleh menghukum, jika kesalahan itu dilakukan orang Islam yang menghina agama Islam sahaja, manakala bukan Islam terlepas. Justeru, undang-undang lebih tegas dan bersepadu perlu diwujudkan untuk menyekat jenayah penghinaan terhadap Islam dan agama lain daripada berlaku atau berulang demi menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan anutan agama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang, Islam malang
PH menang, Islam diganyang
PH menang, Islam hilang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
So kerajaan Madani akan dakwa KK mart dengan penghinaan Raja2 Melayu sebagai ketua agama Islam dan 3R ke?



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:54 AM | Show all posts
bila ummah bani kicap tamim tau rilek, tak cepat sentap dan tak benak lagi, masa tu tiada isu agama umah bani tamim dihina
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling zuhud si bekas banduan madanon tuh sampai skang tak berkutik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 19-3-2024 07:28 PM
Terpaling zuhud si bekas banduan madanon tuh sampai skang tak berkutik

Paling paling dia kata jgn perbesarkan isu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ugama yang  terpaling mudah terhina ke hulu, terhina ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rainbowrainz at 19-3-2024 12:07 PM
Perwira2022 replied at 19-3-2024 01:17 AM
PH menang, Islam malang
PH menang, Islam diganyang
PH menang, Islam hilang


Bang non naik ni makin sewelkan orang mesia..tapi xpe asalkan bang non naik..wakakakak..dorang dulik apa asalkan bang non dorang naik Lama dah khuensss dorang jilat bang non ininkalilahhh wakakaka...semuaaa ok ajerkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 10:36 PM | Show all posts
sebab tempat lain diorang x berani buat macam ni. cuba buat dekat saudi ke, paki ke, habis2 indon ke tengok diorang balas macam mana.

melayu mudah memaafkan, dan mudah lupa.



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 19-3-2024 10:36 PM
sebab tempat lain diorang x berani buat macam ni. cuba buat dekat saudi ke, paki ke, habis2 indon ke ...

Kalau kat indonesia mmg gila berani la..penggal kepala terus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:48 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 20-3-2024 10:27 AM

Berpikir postif saja lah ... mungkin ini semua hanyalah cabaran atau ujian yang diberikan Tuhan kepada  anda semua Umah Bani Tamim  anak cucu keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah ...

Mungkin juga  Tuhan memberikan signal atau perintah untuk mempersiapkan Perang Suci Badar kepada anda  agar siap berperang dengan kaum ynag menghina dan merendahkan agama islam anda...... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:36 AM | Show all posts
mmg senang2 la islam kena hina di negara bukan islam,
cuba g negara islam tengok ape akibat kalau ada yg hina agama
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:53 AM | Show all posts
parang terbang dan selempang merah dah tak wujud ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078418 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list