CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3856|Reply: 15

[Dunia] Bank alami gangguan, pelanggan boleh keluar wang lebih RM188 juta

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Bank alami gangguan, pelanggan boleh keluar wang lebih RM188 juta

  • Oleh KOSMO
  • 19 Mac 2024, 9:00 am




Ibu pejabat CBE di Addis Ababa. – AFP


ADDIS ABABA, ETHIOPIA –  Bank komersial terbesar di Ethiopia bergelut untuk mendapatkan semula sejumlah besar wang dikeluarkan oleh orang ramai yang bukan milik mereka, selepas berlakunya gangguan pada sistemnya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Awal Sabtu lalu, pelanggan Commercial Bank of Ethiopia (CBE) mendapat maklumat bahawa mereka boleh mengeluarkan wang melebihi baki dalam  akaun mereka.

Lebih AS$40 juta (RM188.7 juta) dikeluarkan atau dipindahkan ke akaun bank lain, lapor media tempatan, sebelum CBE berjaya membekukan semua transaksi setelah beberapa jam.

“Sebahagian besar wang dikeluarkan oleh pelajar,” kata Presiden CBE, Abe Sano.
Berita mengenai masalah itu tersebar di seluruh universiti terutamanya menerusi aplikasi pesanan ringkas dan panggilan telefon.

Barisan panjang mula dilihat di mesin-mesin ATM kampus, dengan seorang pelajar di barat Ethiopia memberitahu BBC bahawa orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan wang sehingga pegawai polis tiba di kampus untuk menghalang mereka.

Sementara itu, bank pusat Ethiopia mengeluarkan kenyataan kelmarin yang mengatakan bahawa kesilapan telah berlaku semasa aktiviti penyelenggaraan dan pemeriksaan.

Sekurang-kurangnya tiga universiti mengeluarkan kenyataan menasihati pelajar untuk memulangkan wang bukan milik mereka, yang telah dikeluarkan daripada CBE.

“Sesiapa yang memulangkan wang tidak akan didakwa atas kesalahan jenayah,” kata Abe.

Seorang pelajar dari Universiti Jimma berkata, dia tidak mendengar mengenai sesiapa memulangkan wang itu, namun menambah, dia melihat kenderaan polis berada di kampus. – AGENSI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 10:41 AM | Show all posts
wooooooo.......dan lagi tak aku nak gi ethiopia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Rhb mggu lepas bengong kn. Duit dlm bank korg sedut sampai negatif. Katanya ada syatem error.
Bila dah ok, korg gi masukkn double duit dlm acc org tu. Sapa jujur bgtau balik bank kata terlebih masuk. Sapa x jujur gi cpt2 kuarkn duit joli katak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 19-3-2024 10:41 AM
Rhb mggu lepas bengong kn. Duit dlm bank korg sedut sampai negatif. Katanya ada syatem error.
Bila d ...

Dia terlebih masuk duit ni, dia boleh trace balik ke memang info dia hilang terus dah takleh trace jumlah asal duit dalam akaun? Rasanya mesti ada backup data semua kan. Kalau boleh trace, duit yang terlebih tu kena pulangkan balik sebab mungkin boleh kena dakwa bawah Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:56 AM | Show all posts
Jangankan ke Kamboja
Ke Ethiophia, ku ikut kamu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:30 AM | Show all posts
hacker ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
PADU tersenyum simpul.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 19-3-2024 10:56 AM
Jangankan ke Kamboja
Ke Ethiophia, ku ikut kamu

"ngak mau ikut gue ke Lombok"?-mat Lombok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 03:09 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 19-3-2024 03:12 PM
cmf_almondpecan replied at 19-3-2024 10:50 AM
Dia terlebih masuk duit ni, dia boleh trace balik ke memang info dia hilang terus dah takleh trace ...

dia boleh trace...tapi tak boleh paksa ko pulangkan....meaning duit dalam account ko dia tak leh nak sedut....tanpa persetujuanini yg aku pernah kena la...tetiba duit dalam account aku mcam banyak gilers....aku mcm...uissshhh....sejak biler aku menabung tak perasan ni....


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:14 PM | Show all posts
fuh enjoy abis kalau kena
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bercinta sampai ke ethiopia, sebab duit rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 19-3-2024 03:09 PM
dia boleh trace...tapi tak boleh paksa ko pulangkan....meaning duit dalam account ko dia tak leh na ...

Pastu duit tu depa amik balik atau uols amik dan guna tanpa rasa bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 19-3-2024 10:50 AM
Dia terlebih masuk duit ni, dia boleh trace balik ke memang info dia hilang terus dah takleh trace ...

I xtau apa jd klu guna duit lebihan tu
Kwn i jujur bgtau balik bank yg duit dia lebih dr sepatutnya pastu bank sedut balik lebihan tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:19 AM | Show all posts
aku pun terkejut tengok apasal ada 5k lebih dalam akaun aku..check kat kaunter rupanya LHDN sudah refund terlebih bayar incometax tahun lepas...jadilah buat belanja raya...yahoooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:34 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 20-3-2024 08:08 AM
Pastu duit tu depa amik balik atau uols amik dan guna tanpa rasa bersalah?

sbb aku rasa duit tu dah bergaul ngan duit aku....so dah muhrim...bkn mahram....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:48 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-3-2024 10:41 AM
Rhb mggu lepas bengong kn. Duit dlm bank korg sedut sampai negatif. Katanya ada syatem error.
Bila d ...

bank rimau pun sama je sis..duit i dalam 1k x dpat kluar kena freeze..makan minggu nk clear

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.804842 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list