CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3320|Reply: 3

[Tempatan] SPRM cari penjawat awam, Mohammad Zyed Ibrahim, bagi bantu siasatan kes babitkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
SPRM cari Mohammad Zyed Ibrahim

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hammad-zyed-ibrahim

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: Mac 18, 2024 @ 9:17pm


SPRM cari Mohammad Zyed Ibrahim bagi bantu siasatan kes penyeludupan tembakau, rokok dan arak. FOTO SPRM.

Kuala Lumpur: Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes membabitkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

Individu itu, Mohammad Zyed Ibrahim, 38, yang beralamat terakhir di Mesahill Apartmen Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Riduwan Mohammad Radzi di talian 016-4603096 atau email kepada mriduwan@sprm.gov.my.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan penyeludup membawa masuk barangan seperti arak, tembakau dan rokok dengan membuat pengisytiharan palsu bagi mengaburi pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, mereka turut membawa masuk alat ganti kereta dan alat kosmetik tanpa kelulusan kastam sebelum 'lolos' apabila penjawat awam tidak melakukan pemeriksaan ketat, selepas didakwa sudah menerima 'imbuhan' masing-masing.

Modus operandi syarikat yang mengendalikan aktiviti penyeludupan barangan itu sudah berlaku sejak 2018 hingga tahun lalu, menyebabkan ketirisan hasil cukai membabitkan rokok, tembakau dan arak dianggarkan RM400 juta.

Susulan itu, SPRM yang menerima maklumat kegiatan terbabit menjalankan risikan, sebelum melaksanakan operasi khas bermula minggu lalu.

"Serbuan yang dijalankan AML SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menahan 11 individu.

"Mereka terdiri penjawat awam, individu perantara dan tiga pemilik syarikat, yang dua daripadanya bergelar Datuk, berusia 30-an hingga 50-an," kata sumber.

Sumber berkata, SPRM setakat ini membekukan akaun bank membabitkan 225 individu yang dijadikan keldai akaun dan lima akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan lebih RM14 juta membabitkan 18 bank.

Susulan itu, lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok turut disita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 12:41 PM | Show all posts
Semoga suspek dapat dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh brapa lama hilang?
Kalo masih dlm service, gaji jln la kan?
Follow the money trail xkn xleh.
Sedangkn ada cekgu mia btahun elok ja masih dibyr.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:20 PM | Show all posts
muka nerd pun dah tak boleh dipercayai skrang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055832 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list