CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3092|Reply: 2

[Tempatan] Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum

https://www.bharian.com.my/berit ... bihi-harga-maksimum

Mac 19, 2024 @ 11:55am


Pemborong ayam, Sharuddin Saidon, 54, didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen hari ini kerana menjual barangan terkawal iaitu ayam standard melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan kerajaan, Oktober lalu. - Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lalu, seorang pemborong didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sharuddin Saidon, 54, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak turut berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menjual barangan harga terkawal iaitu ayam standard dengan harga RM8.90 sekilogram (kg) melebihi harga borong maksimum dietapkan oleh Pengawal iaitu RM8.10 kg sepertimana di bawah Perenggan 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No 12) 2022 di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Premis Ewanda Maju Berkat Enterprise beralamat di 27D, Jalan Besar, Padang Rengas di sini antara jam 6.30 hingga 7 pagi, 14 Oktober 2023.


Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (b) akta sama iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 27 Oktober 2023, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Kangsar membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis pemborong ayam iaitu KK Saga Enterprise, Lot 1026A, Kampung Kuala Dhal, Jalan Taiping Kuala Kangsar, Padang Rengas di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati, premis itu memproses dan menjual ayam standard secara borong selain mempunyai lesen Berniaga Menjual Borong Ayam yang masih sah hingga 10 Oktober 2025, manakala sitaan dokumen-dokumen dibuat oleh pasukan serbuan.

Hasil pemeriksaan terhadap resit jualan No 07174 bertarikh 14 Oktober 2023 mendapati, premis itu menjual ayam standard pada harga RM8.90 kg kepada peruncit bernama Syawal yang juga pemilik perniagaan Ewanda Maju Berkat Enterprise, sementara makluman daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati KK Saga Enterprise dimiliki Sharuddin.

Sharuddin yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan besar, termasuk membayar pekerja, bil elektrik serta air, selain menanggung ibu bapa sendiri dan mentua, pada masa sama pengakuan bersalahnya menjimatkan masa mahkamah dan hanya mampu membayar denda RM3,000.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN Perak, Hasyutantee Khalil kemudian memohon mahkamah supaya memberi hukuman denda yang tinggi iaitu satu persepuluh daripada denda maksimum dengan mengambil kira kepentingan awam membabitkan isu kos sara hidup.

Pada masa sama, Hasyutantee berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada peruncit untuk turut menaikkan harga, selain sebagai amaran kepada pemborong lain supaya lebih berhati-hati. -

BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
80sen lebih....
Klu rasa tak untung, jgn jual....nk untung byk...jgn jual ayam daging, jual 'ayam' cepat kaya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga2 nak naik harga bila customer komplen nanti diorang boleh salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055195 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list