CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3080|Reply: 1

[Tempatan] Tempoh menunggu tunai haji lebih singkat menjelang 2030

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh menunggu tunai haji lebih singkat menjelang 2030

https://www.bharian.com.my/berit ... gkat-menjelang-2030

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Mac 19, 2024 @ 12:35pm
bhnews@bh.com.my


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tempoh menunggu menunaikan haji dijangka dapat dipendekkan pada masa akan datang, sejajar usaha kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang 2030 berbanding dua juta pada waktu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata usaha kerajaan Arab Saudi akan membolehkan masa menunggu mengerjakan haji dapat dipendekkan.

"Apa pun usaha untuk memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji, ia tidak boleh lari daripada keputusan pihak Kerajaan Arab Saudi meluluskan kuota haji tahunan untuk setiap negara termasuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kuota rasmi negara pada musim haji 1445H/2024 seperti diumumkan sebelum ini adalah 31,600 orang jemaah.

Beliau berkata, kerajaan sudah membuat permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah itu berdasarkan perangkaan penduduk terkini negara.

"Kerajaan turut memohon kuota tambahan setiap tahun, namun permohonan kajian semula kuota tahunan dan pemberian kuota tambahan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Arab Saudi," katanya.

Menjawab soalan tambahan Adnan, Zulkifli berkata, sehingga kini sembilan bakal haji kategori B40 dan 50 bakal haji kategori M40 sudah membuat bayaran penuh.

"Sejumlah 221 orang lagi bersetuju menerima sebahagian sahaja daripada Bantuan Kewangan Haji.

"Jumlah keseluruhan jemaah haji yang menolak tawaran bantuan kewangan haji akan diketahui selepas selesai semua bakal haji menjawab tawaran tunai haji," katanya.

Menyentuh subsidi haji, beliau berkata, dasar klasifikasi pendapatan bagi jemaah haji terpilih mengikut kategori B40, M40 dan T20 adalah berasaskan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada.

"Tabung Haji (TH) juga mengambil maklum usaha kerajaan membina Pangkalan Data Utama (PADU) yang menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam usaha menyalurkan subsidi secara adil dan bersasar.

"TH akan mempertimbang untuk menambah baik proses mengklasifikasikan bakal jemaah haji bagi tujuan pemberian Bantuan Kewangan Haji bersasar, selari dengan usaha kerajaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 03:34 PM | Show all posts
Eh sekarang ni pun ok aper...Giliran nyah pegi haji masa umur 124 tahun...InsyaAllaaaaaahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.079167 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list