CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 0

[Tempatan] Padah jual ayam mahal, pemborong didenda RM10,000

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Padah jual ayam mahal, pemborong didenda RM10,000
Oleh ASLIZA MUSA
19 Mac 2024, 12:52 pm


Sharuddin (kiri) mengaku bersalah menjual ayam standard melebihi harga kawalan dan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!


KUALA KANGSAR – Gara-gara menjual ayam standard melebihi harga kawalan, seorang pemborong menerima padah apabila dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Rohaida Ishak membuat keputusan itu selepas Orang Kena Saman (OKS), Sharuddin Saidon, 54, mengaku bersalah bagi pertuduhan berkenaan.

Lelaki itu turut berhadapan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Sharuddin didakwa menjual barangan harga terkawal iaitu ayam standard dengan harga RM8.90 sekilogram melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan oleh Pengawal iaitu RM8.10 sekilogram seperti di bawah Perenggan 3 Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No 12) 2022.

Kesalahan itu dilakukan lelaki terbabit di sebuah premis di Jalan Besar, Padang Rengas antara pukul 6.30 hingga 7 pagi, 14 Oktober 2023.

Terdahulu, Sharuddin yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda minimum atas alasan perlu menanggung keluarga selain bercadang untuk membayar bonus kepada lima pekerjanya yang merupakan warga tempatan.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Hasyutantee Khalil bagaimanapun memohon hukuman denda maksimum berikutan tindakan OKS menaikkan harga sebanyak 80 sen sekali gus memberi bebanan kepada peruncit dan orang awam.

OKS membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057687 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list