CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5021|Reply: 10

[Tempatan] Saya bukan patung, ikut segala kata, kehendak menteri - Agong

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-3-2024 07:18 AM

Saya bukan patung, ikut segala kata, kehendak menteri - Agong

https://www.malaysiakini.com/news/699896

Diterbitkan:  Mar 19, 2024 1:22 PM
Dikemaskini: 1:42 PM



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, memberi peringatan bahawa Baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sehubungan itu, titah Seri Paduka sebaik sahaja selesai tempoh “bulan madu”, baginda akan melaksanakan cara pemerintahan yang sebenarnya.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk ketua negara.

“Apabila habis tempoh bulan madu ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Sultan Ibrahim sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka bagaimanapun tidak mengulas lanjut.



Hanya 36 sahaja benar-benar layak

Dalam hantaran di Facebook, Seri Paduka, bertitah pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah Seri Paduka.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim terkenal dengan sikap tegas semasa pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat semasa negeri Johor.

Berbanding dengan negeri-negeri lain, jumlah penerima di Johor lazimnya adalah terlalu kecil dan pengurniaan hanya dijalankan selepas melakukan saringan dan pemantauan yang ketat bagi memastikan mereka yang terpilih itu benar-benar layak.

Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu.

Baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 03:26 PM | Show all posts
kira rare penerima pingat zaman dia ni kalau orang pakai pangkat Datuk2 ni, kena tanya, siapa anugerah...wow rare
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok heols pakai baju muscat. Dah jadi agong, pakaian imej johor tu tinggal kat negeri j sana. Sekarang dia mewakili Malaysia. Tunjuk imej Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:34 PM | Show all posts
long live sultan johor..nak tau jugak berapa total asal sampai kena tapis jadi 36 tu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana nak tengok list 36 tu,?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampun Tuanku. Tegur juga menteri2 Dap yang suka main agama hina kalimat Allah dan racial division tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 04:33 PM | Show all posts
mampus laaa puak2 yang konon terpaling gembira bila KDYMM baru dilantik baru ni.  

kami harap KDYMM bertegas dengan puak2 menganjing kepada agama Islam.

#DAULAT TUANKU
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis la menteri2 LGBT... Agong ni strict.. Eh straight
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 05:49 PM | Show all posts
Dengar apa ar badul kata pasal artist berpangkat datuk!





Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt tggu je la... Lama lagi penggal nk abis...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ali abd jalil xdpt pulang ke malaysia  
Mereput kt sweden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070958 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list