CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15203|Reply: 3

[Jenayah] 15 penjawat awam jadi kluster baju oren, bersubahat dengan penyeludup

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-3-2024 12:46 AM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Semua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Penahanan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak minggu lalu.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki terbabit dalam perbuatan itu antara 2017 hingga 2023.

"Suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain," katanya.

Susulan penahanan itu, AML SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit selain membekukan akaun bank semua suspek.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Sebelum ini SPRM dilapor menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam kerana terbabit kegiatan sindiket berkenaan.

Modus operandi sindiket itu termasuk menggunakan khidmat 'forwarding agent' sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 12:24 AM | Show all posts
berita biasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dejavu kluster renomakah?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:05 AM | Show all posts
Gitu lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060821 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list