CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3260|Reply: 0

[Tempatan] Anggap hari terbaik, anak Loca B terima Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-3-2024 06:40 PM

Anggap hari terbaik, anak Loca B terima Sijil Kelulusan Warganegara MalaysiaSelasa, 19 Mac 2024 8:30 PM



Loca dan Tuju menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Kewarganegaraan.

PENYANYI Loca B meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya iaitu Yusuf Alezander akhirnya menerima Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia pada Selasa.

Loca atau Nabilah Hani Azali, 32, menganggap hari tersebut adalah momen terbaik buat dia dan keluarga selepas lapan tahun memperjuangkan hak anaknya sebagai warganegara.

"Ia adalah hari yang baik. Alhamdulillah hari ini kami menghadiri majlis penyerahan Sijil Kelulusan Kewarganegaraan.

Loca akhirnya lega apabila Yusof sudah mendapat Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia.

"Terima kasih pada semua yang mendoakan dan terima Kasih kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution serta Kementerian Dalam Negeri atas kelulusan ini," katanya.

Loca berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya yang turut memperlihatkan dia bersama dua orang anaknya dan suami, Tuju hadir ke majlis penyerahan sijil berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar ibu bapa yang senasib dengannya turut mendapat hak sama.
"Di samping itu, terima kasih Family Frontiers Malaysia atas kerja keras tanpa henti.

"Kami berharap semua ibu dan anak yang terlibat mendapat surat kelulusan mereka tidak lama lagi," ujarnya.

Sebelum ini, Loca memberitahu akhirnya dapat menarik nafas lega apabila Yusof berjaya mendapatkan status warganegara Malaysia.

Katanya, dia menerima panggilan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memaklumkan hal berkenaan.

Loca sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya itu tidak mendapat status kewarganegaraan.

Untuk rekod, Yusuf, 8, merupakan anak sulung Loca B hasil perkahwinan terdahulu dan kanak-kanak tersebut dilahirkan di United Kingdom.

Loca B berkahwin kali kedua dengan penyanyi rap Tuju pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya iaitu Bintang Aiko, 2 tahun.

Dia juga sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila anak pertamanya itu tidak mendapat status kewarganegaraan kerana bekas suaminya bukan rakyat Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072153 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list