CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 0

[Dunia] ‘Rider’ indon ludah pelanggan batal tempahan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
‘Rider’ ludah pelanggan batal tempahan

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gan-batal-tempahan/

Oleh KOSMO!
19 Mac 2024, 8:30 pm


Seorang penunggang ojol yang lain cuba meleraikan pertengkaran kedua-dua pihak. – Istimewa

JAKARTA –  Seorang penunggang teksi motosikal (ojol) di Malang, wilayah Jawa Timur tergamak meludah penumpang kerana membatalkan tempahan, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di hadapan Universiti Negeri Malang, Kota Malang pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, penumpang wanita tersebut membuat keputusan membatalkan tempahan ojol selepas menunggu untuk tempoh yang agak lama.

Selepas membatalkan tempahan, penunggang ojol berkenaan tiba di lokasi tersebut, menyebabkan dia naik berang.

“Penunggang ojol sudah menjelaskan bahawa dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Dia berang kerana tempahan dibatalkan oleh penumpang tersebut,” kata Ketua Polis Lowokwaru, Komisioner Polis Anton Widodo.

Tambah Anton, mereka bertengkar sebelum penunggang ojol tersebut bertindak meludah wanita berkenaan.

Penunggang ojol  tersebut kemudian dipanggil ke balai polis setempat, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan  mengenai kejadian itu.

Selepas memberi keterangan, kedua-dua pihak akhirnya berdamai dan menutup kes tersebut. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.162310 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list