CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2918|Reply: 0

[Dunia] Lelaki indon ditahan langgar undang-undang trafik, doa polis ditimpa ‘azab’

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditahan langgar undang-undang trafik doa polis ditimpa ‘azab’

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... polis-ditimpa-azab/

Oleh KOSMO
19 Mac 2024, 8:00 pm


Lelaki berpakaian jubah berdoa selepas ditahan pegawai trafik – POS-KUPANG

JAKARTA  –  Sebuah insiden melibatkan anggota  polis trafik dan seorang lelaki memakai jubah di atas lebuh raya menjadi  tular di internet, lapor laman berita Pos-Kupang kelmarin.

Ketika kejadian, anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas dan menghentikan pemandu yang melanggar undang-undang.

Kejadian berlaku di Jalan Bima-Sumbawa, Bandar Bima dalam wilayah Nusa Tenggara Barat pada 27 Februari lalu.

Rakaman video kejadian menunjukkan seorang lelaki memakai jubah seperti pendakwah duduk di tengah jalan raya sambil mengangkat tangannya untuk berdoa.

Aksi dramatik itu menyebabkan dia tular di media sosial.

Dia berbuat demikian selepas ditahan  kerana melanggar undang-undang lalu lintas termasuk  tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta pendaftaran kenderaan.

Merasa dirinya teraniaya, lelaki itu memilih untuk berdoa di tengah jalan. Dia meminta ‘azab’ diturunkan terhadap anggota polis terbabit sebagai satu pengajaran. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.071646 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list