CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2882|Reply: 1

[Tempatan] 'Jangan halang orang Melayu nak boikot'

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode
'Jangan halang orang Melayu nak boikot'

https://www.bharian.com.my/berit ... g-melayu-nak-boikot

Oleh Amir Mamat - Mac 20, 2024 @ 9:25am
bhnews@bh.com.my


Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama kepemimpinan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, di Kampung Terentang, Jasin, malam tadi. NSTP/AMIR MAMAT

JASIN: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan tidak akan berganjak dengan pendirian untuk mengajak orang Melayu dan Islam memboikot mana-mana syarikat perniagaan yang menghina Allah SWT.

Beliau berkata, tidak akan ada sebarang kompromi dengan pihak terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan api kemarahan umat Islam menerusi kelakuan jijik menghina agama dan bangsa Melayu.

"Saya membawa suara orang Melayu dan Islam di negara ini. Saya menerima banyak panggilan (telefon) untuk berbincang mengenai tindakan Pemuda UMNO yang melancarkan kempen boikot pasar raya KK Mart, saya tidak akan layan, malah akan tetap dengan kempen yang lebih keras untuk memboikot pasar raya berkenaan.

"Saya nak minta semua orang Melayu dan Islam mulai hari ini kita 'haramkan' keluarga kita untuk masuk ke KK Mart. Biar mereka (pengusaha KK Mart) tahu kuasa sebenar orang Melayu dan Islam jika bersatu hati dan sepakat dalam mempertahankan agama kita.

"Kita nak tunjukkan kepada mereka, minta maaf bukan penyelesaian kepada isu ini kerana mereka anggap orang Melayu akan lemah dan cepat lupa bila minta maaf. Hari ini kita akan tunjukkan kuasa orang Melayu sehingga menjejaskan perniagaan kamu, baru kamu tahu siapa sebenarnya orang Melayu," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama kepemimpinan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, di Kampung Terentang di sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO bahagian, Azman Abdullah serta Naib Ketua yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau, berkata beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana pihak, termasuk pemimpin beberapa parti politik dalam kerajaan Perpaduan yang dilihat tidak senang dengan penganjuran kempen boikot oleh Pemuda UMNO itu.

"Saya terpaksa bertindak agresif dalam mempertahankan Islam kerana jika tidak, kita (Melayu dan Islam) akan terus diperlekeh dan dihina. Mereka jangan fikir apabila bersama dalam kerajaan Perpaduan, UMNO boleh dicucuk hidung.

"Selepas ini adalah hari yang mencabar untuk kita. Saya tidak takut (untuk menghadapinya), tetapi saya mengharapkan doa dan sokongan daripada seluruh orang Islam dan Melayu. Ini bukan soal Dr Akmal, ini bukan soal Ketua Pemuda UMNO, ini soal maruah orang Melayu dan agama Islam yang wajib kita bela dan pertahankan," katanya.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah 'Allah', di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, semua pasar raya di negara ini perlu mengambil iktibar kecuaian pasar raya KK Mart yang menjual stoking tertera kalimah Allah.

Katanya, walaupun pihak KK Mart memohon maaf, namun ia bukan isu ringan serta bukan hanya isu agama tapi satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan.

Ahmad Zahid turut berkata, isu stoking dengan kalimah Allah yang dijual di KK Mart itu terkelas dalam 3R iaitu membabitkan perkara tersangkut agama, raja dan kaum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:02 AM | Show all posts
teruskan aje, itu kapir2 laknat semua harus di ajar!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 1.207939 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list