CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2797|Reply: 0

[Tempatan] 4 inisiatif atasi isu kekurangan beras

[Copy link]
Post time 20-3-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
4 inisiatif atasi isu kekurangan beras

https://www.bharian.com.my/berit ... su-kekurangan-beras

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Mac 20, 2024 @ 9:01am
bhnews@bh.com.my

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil 1/2024 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mengumumkan empat inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan beras dalam pasaran.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Antara keputusan dicapai, kerajaan bersetuju supaya harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.

"Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024.

"Kerajaan optimis inisiatif ini dapat bantu rakyat kurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan petang semalam.

Kementerian itu turut mengumumkan bagi meningkatkan pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

Langkah lain, kerajaan turut bersetuju semua kontrak kerajaan mengguna pakai sepenuhnya BPI, sekali gus membolehkan bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran mulai bulan depan.

Jualan MADANI diperluas


Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024. - Foto fail NSTP

Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro MADANI yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.

KPKM memberi jaminan akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara bagi memastikan semua inisiatif diumum dilaksanakan sepenuhnya.

"Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara.

"Semua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran.

"KPKM juga akan meneruskan perbincangan bersama semua pemegang taruh untuk memperhalusi pelan tindakan jangka panjang bagi struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik untuk memastikan industri padi dan beras adalah mampan.

"Ia terutamanya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah serta meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.655954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list