CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13839|Reply: 3

Cemas! Pemuda Kena Sawan Semasa Lumba Haram

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode






JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi cemas seorang pemuda mengalami sawan ketika melakukan aktiviti lumba haram di jalan raya, lapor laman berita Tribunnews.


Kejadian berlaku di Jember, wilayah Jawa Timur pada Sabtu lalu ketika waktu dinihari.


Berdasarkan video yang dikongsikan, sekumpulan lelaki dilihat mengerumuni seorang rakan mereka yang terbaring di tepi jalan.


Dia dikatakan mengalami sawan selepas dilanggar rakannya sendiri semasa berlumba haram.


“Daripada maklumat yang saya tahu, lelaki itu dilanggar motosikal rakannya sendiri,” kata seorang penduduk tempatan, Hanafi Rahmat.


Tidak dinyatakan keadaan pemuda tersebut selepas itu.


Menurut Hanafi, kawasan tersebut sering menjadi lokasi kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja terutamanya pada hujung minggu. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la pon sawan.  Lumbe haram bulan posa.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo terselamat ni mohon insaf ye dik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071800 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list