CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8200|Reply: 4

[Tempatan] Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

[Copy link]
Post time 22-3-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

https://www.freemalaysiatoday.co ... fitri-sebulan-gaji/

Bernama
22 Mar 2024, 01:20 PM


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, bantuan khas Aidilfitri bagi penjawat awam di negeri itu akan disalurkan pada 8 April. (Gambar Bernama)

Bantuan merangkumi penjawat awam bawah pentadbiran SUK Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap dalam jabatan SUK Selangor.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak sebulan gaji ,atau minimum RM1,000, kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau berkata, bantuan itu merangkumi penjawat awam bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan bawah pentadbiran SUK Selangor.

“Selain itu, pemimpin masyarakat seperti pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baharu dan ketua komuniti India, setiausaha MPKK, penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun.

“Penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang bekerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500,” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam Selangor.

Amirudin berkata, bantuan khas yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM45 juta itu akan disalurkan pada 8 April.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow tahniah.. alhamdulillah..

Boleh beraya sakan korang..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh chop.. bantuan kewangan sebulan or minimum 1000?????


Ada lagi ke staff gaji di bawah 1000???????

Selangor???????
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:00 AM | Show all posts
Wow...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:15 AM | Show all posts
Syukorrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058349 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list