CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32738|Reply: 4

[Tempatan] Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
23 Mac 2024 03:08pm

Rakaman video tular dalam media sosial memaparkan jemaah di masjid berkenaan sedang solat dan imamnya rebah sebelum sempat menghabiskan sembahyang berjemaah.

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin, 62, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh pada pagi Jumaat, seakan sudah tahu ajalnya bakal tiba apabila berpesan kepada anak-anak lelakinya supaya belajar solat jenazah.

Anak sulungnya, Mohd Syukri, 35, berkata, bapanya mahu empat anaknya yang semuanya lelaki tahu mengurus dan menunaikan solat jenazah apabila tiba masanya.

Mohd Syukri tidak menyangka amanat itu menjadi kenyataan selepas bapanya rebah di hadapan mimbar semasa rakaat pertama solat Subuh di masjid berkenaan sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Arwah sebelum ini pernah beritahu saya dan adik-adik supaya wajib belajar uruskan dan tahu solat jenazah, sekarang kami tunaikan dan itulah khidmat terakhir kami untuk arwah bapa.

"Amanat arwah bapa itu seolah-olah dia mendapat petanda awal akan meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya yang akhirnya menjadi realiti pagi semalam (Jumaat), kami reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Sebelum ini tular dalam media sosial video memaparkan jemaah di masjid berkenaan sedang solat dan imamnya rebah sebelum sempat menghabiskan sembahyang berjemaah.

Mohd Syukri menunjukkan foto arwah bapanya yang meninggalkan dunia semasa mengimamkan solat Subuh di Masjid Kampung Sermin, Segamat pada pagi Jumaat.

Bercerita lanjut, Mohd Syukri berkata, arwah bapanya menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan serta dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru beberapa bulan lalu.

Katanya, arwah bapanya sangat mengambil berat solat berjemaah di rumah atau di masjid.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini arwah bapanya banyak menghabiskan masa lapang dengan membaca al-Quran selain aktif dengan kerja kebajikan serta aktiviti kemasyarakatan di kampung berkenaan.

Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan, Musa Atan, 60, berkata, kejadian berlaku pada jam 6.18 pagi ketika menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Musa menunjukkan video imam yang rebah sebelum meninggal dunia semasa mengimamkan solat Subuh di Masjid Kampung Sermin, Segamat pada pagi Jumaat.

Katanya, arwah yangbekerja sendiri tiba-tiba terhoyong-hayang ketika selesai membaca surah al-Fatihah semasa rakaat pertama sebelum disambut beberapa jemaah yang berada berhampirannya.

"Kami baringkan, riba dia dan turut memberi pertolongan cemas sambil mengajar mengucap kalimah syahadah," katanya yang merupakan pesara guru.

Seorang lagi jemaah, Abd Halim And Wahab, 60, berkata, dia melihat wajah arwah dalam keadaan bersih dan berseri-seri ketika membuka kain kafan untuk melihat wajahnya buat kali terakhir.

"Memang saya nampak wajahnya berseri seolah bercahaya daripada biasa kerana sepanjang hayatnya dia memang suka bantu orang tanpa mengira kaum dan agama.

"Beberapa hari lalu, arwah ada beritahu ahli kariah masjid yang dia mahu lepaskan urusan memasak bubur lambuk berbanding kelazimannya. Ketika itu saya anggap kata-katanya hanya perkara biasa, namun tidak disangka itu antara tanda pemergiannya buat selama-lamanya," tambahnya lagi.

Jenazah Allahyraham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Sermin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sermin, selepas Asar petang Jumaat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2024 05:23 PM | Show all posts
Kegagalan jantung punca imam rebah
Oleh
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
23 Mac 2024 04:18pm

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Kegagalan organ jantung didakwa menjadi punca seorang imam rebah ketika mengimamkan solat Subuh di sebuah masjid di sini, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian daripada pihak Hospital Daerah Segamat sekitar jam 7.55 pagi.

Katanya, pihak hospital mengesahkan kematian lelaki berkenaan ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Daerah Segamat.

“Kejadian seorang imam rebah ketika mengimamkan solat di sebuah masjid menjadi tular di media sosial menerusi beberapa akaun Facebook.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 60-an yang merupakan imam di Masjid Kampung Sermin, Segamat rebah dan terhantuk pada kayu mimbar ketika sedang mengimamkan solat Subuh di masjid berkenaan.

“Siasatan polis dan hasil bedah siasat mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah kegagalan fungsi organ jantung yang menjadikan punca kejadian rebah dan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes selesai dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:37 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya tanda-tanda pemergian yang boleh dinampak SELEPAS pemergian si mati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah vaksin covid-19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065269 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list