CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33125|Reply: 19

[Tempatan] Nasi daun lemuni dengan itik panggang curi tumpuan

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Nasi daun lemuni dengan itik panggang curi tumpuan
Oleh
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
23 Mac 2024 04:20pm

Nasi daun lemuni bersama itik panggang yang dijual Nurkhaalishah di bazar Ramadan Shahbandar.

KUALA TERENGGANU - Nasi daun lemuni bersama itik panggang yang dijual seorang mualaf di bazar Ramadan Shahbandar di sini mencuri tumpuan pengunjung setiap kali melalui gerai tersebut.

Menurut seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Nurkhaalishah, 37, berkata, beliau menjual juadah tersebut kerana daun lemuni sangat berkhasiat untuk kesihatan terutama kepada wanita selepas bersalin dan individu yang menghadapi masalah saraf.

"Ini merupakan kali pertama saya berniaga di bazar Ramadan dengan menjual nasi daun lemuni dengan itik panggang.

"Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan diterima daripada pelanggan.

"Ramai yang mahu mencuba nasi daun lemuni ini setiap kali melalui gerai saya.

"Mereka tertarik melihat itik yang tergantung di gerai saya.

"Ada singgah untuk membeli kerana tidak pernah mencuba nasi daun lemuni yang dilihat unik serta menarik perhatian mereka," katanya ketika ditemui pemberita di gerai miliknya di bazar Ramadan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nurkhaalisha berkata, beliau turut menyediakan sos pedas istimewa untuk dimakan bersama itik panggang tersebut.

Dalam pada itu, Nurkhaalisha berkata, beliau memanggang 15 ekor itik pada setiap hari selain proses memasak dimulakan mencelur itik yang baru disembelih dengan air panas untuk memudahkan proses membuang bulunya.

"Proses mencelur pula dimasukkan dengan sedikit cuka dan maltose supaya kulit itik panggang itu menjadi garing dan ranggup selepas siap nanti.

"Seterusnya saya akan menjemurnya di bawah cahaya matahari selama dua jam dan kemudian diperap pula dengan rempah khas sebelum dipanggang," ulasnya.

Nurkhaalisha berkata, nasi daun lemuni bersama itik panggang itu dijual pada harga RM10 manakala nasi bersama gulai itik dijual pada harga RM12.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:32 PM | Show all posts
Ada rezeki boleh cuba resepi ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat la jauuuhhhh. Nasik lemuni ni aku makan kat perak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Voley la iols jjcm ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi apa ni....ingatkan dari indon
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
macam tak jual hari biasa? drp cerita dia jual masa ramadhan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jus tembuni bedah tong gas tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2024 07:10 PM | Show all posts
RESEPI NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan beras, bersih dan toskan.
  • 3 cawan santan.
  • 1 genggam daun lemuni, boleh beli di Shopee.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 2 ulas bawang merah dihiris.
  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 1 sudu halba.
  • 1 helai daun pandan dicarik disimpul.
  • Sedikit garam.
CARA NAK BUAT NASI LEMUNI:[size=0.8]
[size=0.8]Gambar hiasan: Daun Lemuni – JaneGarratt.

1. Kisar daun lemuni dengan satu cawan santan dan tapiskan. Tak tapis pun tak apa, lagi umph.
2. Masukkan semua bahan lain termasuk bahan kisar atau tapis tadi ke dalam periuk eletrik, kacau sebati dan tekan on.
Siap!
Hidangkan dengan sambal ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Kalau kau buat sambal sotong, ke bulan terus perginya tau.
Daun lemuni ni sangat berkhasiat tau. Dah lah sedap, jadi ubat pulak tu. So, kalau belum pernah makan, kau wajib cuba. Memang susah nak cari kat kedai, so kau buatlah sendiri. Selamat mencuba.
Daun lemuni tu kalau tak ada kau boleh beli di Shopee.
NASI LEMUNI BOLEH JUGA DIMAKAN BERSAMA LAUK SAMPINGAN LAIN…
Meninjau di ruangan komen, ternyata benar hidangan Nasi Lemuni ini menjadi igauan ramai kerana kesedapannya. Malah, ia dimakan bersama pelbagai jenis lauk sampingan. Menarik!



[size=0.75]RELATED ITEMS:












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow,nmpk mcm sedapnya.
Bleh cuba masak next week.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz saya nak tanya apa hukum makan itik panggang yang masih ada kepala?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka itik ni...liat.nasi lemuni pulak setakat ni aku jumpa kt penang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Itik rasa macam hati ayam kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowo
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 24-3-2024 01:38 PM
Itik rasa macam hati ayam kan?

Itu foie gras itik punya hati.  Itik ni tau tak nak ckp rasa camne. Keras sikit dr daging ayam kut.  CB ada smoked duck pizza.  Ok juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 24-3-2024 06:25 PM

X boleh ka potong habis kepala itik itu pakai kapak
X patut aruah itik dipamerkan khalayak ramai macam kena pangang hidup2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai kat Ganu
Udoh ler macik penggemor nasi itik
Yummehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemuni selalu makan during confinement effect nya panas seperti ginger...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:03 PM | Show all posts
wikedsaikel replied at 23-3-2024 05:33 PM
Awat la jauuuhhhh. Nasik lemuni ni aku makan kat perak dulu.

di perak kt mana tu


btw cara buat die mcm payah jgk
bnyk step
surprise dia jual rm10 - rm12 je
igtkn 15 ke 20


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 11:45 PM | Show all posts
meols tak suka itik sbb tak tahan bau itik yg kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kecurrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.077116 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list