Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki ada menyampaikan pesanan berbentuk keagamaan di Instagram miliknya yang menyentu mengenai salah faham mengenai kecantikan manusia yang diukur pada rupa paras dan fizikal dan bukannya ketaatan sebagai seorang muslim.
Dalam hantaran itu, Ustaz Ahmad Dusuki berkata kecantikan seseorang itu bukan diukur pada pandangan mata kasar manusia sebaliknya tahap keimanan mereka.
Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan. Kecantikan itu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia. Jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun dianggap cantik kerana syaitan akan mewarnai kemaksiatan itu.
Namun begitu, pendakwah itu dilihat menggunakan foto pelakon tidak berhijab sebagai contoh sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bukan sahaja netizen, pelakon Lufya Omar turut terpanggil untuk memberi sedikit teguran buat pendakwah berkenaan.
Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan. Kalau saya di tempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik.
Malah, Lufya turut memberi contoh keadaan dirinya yang dulu tidak berhijab namun mula berhijrah kerana terbuka hati dengan nasihat lembut golongan orang alim yang tidak prejudis.
Difahamkan, Ustaz Ahmad Dusuki menggunakan foto aktres Vanidah Imran yang menjadi bahan berita sebuah tabloid hiburan dengan tajuk ‘Umur sudah 51 tahun tapi canti bagai anak dara, Vanidah Imran kongsi rahsia maintain kecantikan’.
Post time 24-3-2024 07:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak tutup rambut dengan telanjang kan beza. Aje bodo setad. Go back to school and learn your vocabs. Dah artikel tu cakap pasal cantik. Jadah merapik pasal ketaatan pulak? Comprehension problem setad ni
Post time 24-3-2024 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
rasanya tegur menegur dgn hikmah tu mmg bagus tp cara teguran tu kdg2 membuat org lagi jauh dari apa yg nak kita betulkan. dah lari dah dari niat kita utk membetulkan perkara yg salah. sama2 la kita beringat.
keindahan itu ada interpretasinya masing-masing.. kena terima mcm tu dahulu, lepas tu jika nak tonjolkan suatu pendapta berbeza bina reasoning knp knp knp
zaman skrang pendekatan memaksa dan reason yg bersifat mengongkong spt ini orang tak peduli... jika dilakukan berterusan hanya menyebar kebencian