CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

[Tempatan] Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 25-3-2024 01:16 PM
betul..
kawan adik iols experience 1 tahun je
terus lompat keje dpt demand 50% dari last gaji dia

Adik meols tahun nie InsyaAllah genap 3 tahun kerja. Dia dah kerja dgn 2 company. First local company setahun, pastu jump to international company. Masa first start dgn inter comp, gaji naik 50%. Lps dah kerja about 1.5 years kat situ, gaji dah naik 3x ganda dari gaji dgn company pertama. Baru nie dia citer, maybe boss dia nak ajak jump company international yg lain plak. Taktau jadi ke tak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 24-3-2024 10:09 PM
macam ramai je org epf jota2 ??? org keliling i ramai je... termasuk kakak ipar yg kerja dari umur 1 ...

Exec biasa or position mcm GM?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 26-3-2024 06:06 AM
Exec biasa or position mcm GM?

entah tak brp ambik tahu sgt sbb heshe org kampung2, sebut "pegawai" je... i tak tny2 sbb i tahu kawan2 dia yg sama2 masuk kerja lepas spm yg naik pangkat semua sbb sambung belajar sampai degree/master, tapi kaklong hb i ni tak sambung belajar (PSL) .. yg bagi kelulusan naik pangkat tu kawan sendiri  (dia sendiri cerita yach, i never ask) , both hb & wife masuk keje tabung haji dgn spm, yg hb memang ada ambik degree, both dah tua & pencen pun skrg

well actually heshe not so competent , kerja2 yg dia tak boleh buat dia sub kat org lain , i mean dia bayar gaji kat fresh grad part time dgn heshe... gaji puluh ribu kan apedehal nak upah brp ribu pun tak luak ini pun heshe yg cerita sendiri.. i tak berani nak tanya "halal ke kalau tak boleh deliver kerja tapi terima perlantikan naik pangkat"  , memang geram nak tanya, tapi , malaih la .. nnt satgi dia kata i dengki plak dgn rezeki yg dia dpt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya edit aje tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:00 AM | Show all posts
Edited by mamapea at 26-3-2024 08:02 AM

bos2 aku gaji 40k relax jer...xde pun nk tunjuk kt org...kwsp diorg lg berjuta2...pi keja pun naik motor...ada yg naik mrt...kalau konten2 kt fb susah nk caya sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 26-3-2024 06:44 AM
entah tak brp ambik tahu sgt  sbb heshe org kampung2, sebut "pegawai" je... i tak tny2 sbb i tah ...

terhibur I dengar cerita ni…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 26-3-2024 08:00 AM
bos2 aku gaji 40k relax jer...xde pun nk tunjuk kt org...kwsp diorg lg berjuta2...pi keja pun naik m ...

i tak tahu la kenapa socmed jakon sgt dgn duit jota2.... realiti kehidupan ialah nak beli rumah pun kos keseluruhan jota2 ....harga rumah + lawyers' fee , interest bank, stamp duty, renovation, maintenance , refurbish etc... means kalau kita pernah beli rumah sendiri, means kita dah ada aset bernilai jotaan . nak beli rumah baru tetap kena spend jota2 ... kebykan org yg i kenal, even kelulusan spm aje pon mmg ada epf sejuta atau lebih, itu belum ambik kira kalau dia ada buat asb loan (yg dah habis bayar) /insurance/investment /trust fund etc. Setiap org yg pernah bekerja mmg ada jota2 samada dlm bentuk nampak (aset cair i.e. duit betul/saham amanah/epf/insurance etc) atau tak nampak (aset beku i.e rumah/tanah/ property lainnya/ emas yg dipakai/ perniagaan / etc. , even anak yg independent & berjaya pun i kategorikan sbg aset jugak , unfortunately anak2 i jenis dependent kat parents )

belum kira harta pusaka hohoho (unfortunately i & hb tkde dpt harta pusaka )

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:37 AM | Show all posts
kepompong replied at 26-3-2024 09:39 AM
i tak tahu la kenapa socmed jakon sgt dgn duit jota2.... realiti kehidupan ialah nak beli rumah pu ...

sbb jakun la ramai kena tipu...baru smlm aku baca sapa ntah dia bgtau ayah dia invest kt kentum metal setengah juta...duit hbs lebur...
ni jenis nk dpt duit cara cepat...mana ada duit dtg bergolek mcm tu jer...mcm kwn aku la...dia ckp tertarik dgn skim labur apa ntah kt telegram...aku dh larang...aku ckp tu semua scammer...dia ckp ok la dia x invest...tup tup dtg mengadu kt aku kena scam 300...padan la muka...dh la kategori asnaf...keja pun tak harapkan bantuan jer...aku marah la dia sbb aku dh ckp xnak dgr...aku ckp kt dia aku keja ada gaji ttp & berniaga pun x dpt mcm tu...mana ada duit dtg bergolek...kalau ko berniaga pun at least ada brg...kalau x laku pun x ralat...ni duit lebur cenggitu jer...sama la jugak dgn sedara aku dulu...aku ajak dia bisnes dgn aku pi beli kain baju kt bandung...dia ckp xnak...last2 pi masuk pyhtoscience ke apa ntah...lebur 6k...diorg ni lbh pecaya org luar...aku buka bisnes modal 400 jer...sampai skrg dh 5 thn bertahan...dpt la merasa pi europe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:02 PM | Show all posts
mula kerja umur 23 skrg umur 45 dah ada 1Juta.  maknanya dia ni gaji 5 angka dari awal .. wlupun dia carum 15% sekalipun  kalau gaji 4 angka dalam masa 12 tahun tak boleh dapat 1 juta tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 26-3-2024 01:42 AM
Sbb deme tu biar papa asal bergaya...demi bergaya sanggup berhutang..dah berhutang trs jd amnesia  ...

Sekarang kena amalkan konsep jgn bergaya sangat kan; nanti orang ingat orang kaya; muka presentable tak apa; pakai biasa biasa aje untuk kemas; selamat Berbuka Puasa you today. Take care.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cyempaka at 26-3-2024 04:37 PM

Yang bercerita epf kawan aku ada juta2, kakak ipar aku la, kazen aku, pakcik aku,jiran aku blablabla.. serius la korang share benda personal begitu dgn org luar?
mak aku pun aku xpenah bagitau
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:59 PM | Show all posts
Mmg melayu je ke yg selalu buat keje gini? Tunjuk bank akaun kat socmed? Atau tunjuk kat kawan2 dgn harapan kawan tolong cerita kt semua org?

Cina india mamak yg kaya tu senyap je bila kaya

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:01 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 26-3-2024 04:59 PM
Mmg melayu je ke yg selalu buat keje gini? Tunjuk bank akaun kat socmed? Atau tunjuk kat kawan2 dgn  ...

korang tak payah pelik lah
dalam forum ni pun ada forumers tayang kwsp dia berjuta ok
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 26-3-2024 04:22 PM
Sekarang kena amalkan konsep jgn bergaya sangat kan; nanti orang ingat orang kaya; muka presentabl ...

Bergaya dengan kemas lain... Tp mmg nampak beza la org yg hado gan Nan hado... Sll org nampak yg bergaya mcm kaya2 pdhal hutang keliling spender.. yg kemas org ingat dia biasa2.. siap tkt nak Beria kawan tkt org ni ssh nanti nak meminjam pdhal terbalik
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:57 PM | Show all posts
green~tea replied at 25-3-2024 03:52 PM
Rugi i resign sbb i dah dekat 20 yrs berkhidmat company ni.. kalo include scholarship, mmg dah 25  ...

lanyard buat apa nak berenti...smlm meeting dgn geng lanyard. yg dtg segerombolan, yg berckp dua 3 org tu pun bg komen2 tak membina....
apa2 pun untung lah jadik lanyard kan greentea, bonus berapa juta lemon taun ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:00 PM | Show all posts
fish replied at 25-3-2024 02:08 PM
kawan aku pun biasa lompat2 kerja ni, setahun 2-3 kali tukar kerja pun ada.
paling lama dia pernah k ...

masa muda senang2 je tukar kerja ni...bila dh berumur takde sapa nak.... dulu2 iols keje contract bila2 nk jump dpt aje keje lain, kdg tak cari pun offer dtg. now dh kertu agak payah..nasib baik jejeki iols dpt keje baru yg secure last Jan mungkin boleh pencen di company tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2024 01:51 PM | Show all posts
twins replied at 26-3-2024 01:02 PM
mula kerja umur 23 skrg umur 45 dah ada 1Juta.  maknanya dia ni gaji 5 angka dari awal .. wlupun dia ...

Itulah point sebenar orang buat posting tu. Kalau nak simpanan KWSP besar kena gaji besar. Masalah di Malaysia adalah rata-rata gaji rendah walaupun lulusan universiti. Majikan pula kedekut utk naikkan gaji staff atau bagi promotion ke staff sediri. Mereka lebih sanggup hire staff luar dengan gaji jauh lebih tinggi untuk post tertentu. Sebab itu ramai orang job hopping. Benda ni dah berlaku 20 tahun lepas lagi,waktu sektor IT tgh naik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerja berbelas tahun tapi gaji ciput? Recruiter pesan tak perlu jadi pekerja setia, ‘lompat’ syarikat lagi untung besar

Farid berkata pekerja yang setia dengan syarikat sama sehingga lebih dua tahun akan mengalami kerugian.


SEMPENA kedatangan tahun 2024, pasti ramai dalam kalangan kita yang tampil dengan azam baharu untuk memperbaiki diri serta meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.
Malah, ramai individu turut berazam untuk mencari pekerjaan baharu, sekali gus membolehkan mereka meraih pendapatan yang lebih lumayan pada tahun 2024.

Terbaharu, perekrut dan jurulatih kerjaya, [color=var(--sepia_default-link-color,#0072C9) !important]Farid Affy meraih perhatian netizen di laman X selepas dia berkongsi sekeping keratan artikel keluaran Forbes tentang pendapatan pekerja.


Ada pekerja yang tidak kisah meskipun mereka tidak mendapat kenaikan gaji yang tinggi. -Gambar hiasan
"Employees who stay in companies longer than two years get paid 50 percent less," tulis tajuk pada artikel itu.
Senada dengan kenyataan berkenaan, Farid berkata pekerja yang setia terlalu lama dengan sesebuah syarikat sebenarnya rugi memandangkan kadar inflasi tahunan di Malaysia semakin meningkat.
"Kalau stay kat sesebuah syarikat tu lebih daripada dua tahun, kita akan rugi pendapatan sebanyak 50 peratus dalam masa 10 tahun kecuali kenaikan gaji tahunan konsisten 10 hingga 15 peratus minimum.
Data dah tunjukkan, jump company memang dapat tingkatkan pendapatan so jangan jadikan alasan lagi.FARID AFFY
"Average kenaikan gaji tahunan hanyalah tiga peratus dan kalau perform habis power pun dapatlah increment lima peratus. Dengan kadar inflasi tahunan Malaysia sebanyak +-3.8 peratus, bayangkan increment anda hanya tiga peratus.
"Kan makin tahun makin miskin tu," ujar Farid menerusi perkongsian bebenang di laman X pada Selasa.
Menerusi pemerhatiannya, Farid berkata kebanyakan pekerja di Malaysia sememangnya setia dengan syarikat masing-masing, malah ramai yang turut mengamalkan konsep bersyukur apa adanya.
"Tapi ramai pekerja kat Malaysia ni yang setia. Dapat naik tiga peratus tu pun dah kira bersyukur daripada tak naik langsung.
"Tapi yang dia tak tahu, average 10 peratus hingga 20 peratus kenaikan gaji bagi orang tukar syarikat ni. Dan ada yang dapat 30 peratus hingga 50 peratus, ikut kelayakan dan industri," jelasnya.
Tambah Farid lagi, kemelesetan ekonomi yang berlaku hari ini turut menjadi alasan sesetengah syarikat untuk tidak memberi kenaikan gaji yang tinggi kepada pekerja.
"Tapi kenapa orang yang setia dapat kurang, tapi tak setia dapat jauh lebih banyak? Sebab dengan kemelesetan ekonomi bagi peluang kat syarikat untuk tak naikkan gaji anda tinggi sangat.
"Kalau bisnes syarikat tu banyak untung pun, bosses tetap cakap tahun ni tak banyak untung. Tak dinafikan ada je orang dapat kenaikan gaji 10 peratus setiap tahun, tapi berapa ramai je?
Pekerja pastinya gembira jika mereka menerima bayaran yang setimpal. -Gambar hiasan
"Lepas tu ramai membebel cakap zaman sekarang ni susah nak dapatkan kerja. Mat, kau cuba pun belum dah cakap susah. Berapa banyak vacancies sekarang ni yang anda tak aware. Start cari kat LinkedIn ada, website syarikat tu ada, surat khabar ada," ujarnya lagi.
Akhir bicara, Farid turut menasihati orang ramai agar keluar daripada zon selesa kerana banyak sebenarnya peluang lumayan menanti buat mereka yang rajin berusaha untuk mengubah nasib diri.
"Data dah tunjukkan, jump company memang dapat tingkatkan pendapatan jadi jangan jadikan alasan lagi. Dengan teknologi sekarang ni, senang sangat nak contact or connect dengan potential employer, research pasal jawatan dan syarikat.
"Ni semua jawapan bocor kalau kita pandai study the company dan juga job scope. Ramai yang terlalu malas nak keluar dari comfort zone. Nak kaya tapi tak nak susah," ujarnya lagi.





Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:02 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2024 09:44 PM
Ok hakak dah buat Maths. Possibru if dalam tempoh 22 tahun kau simpan RM 3,790.00 sebulan. Kau mesti ...

Kena ambil kira dividen juga. Dividen KWSP average setahun 5% since tahun 2000. Kalau abang tu dah kerja 22 tahun means start keje tahun 2002. Dividen last year dia dapat mungkin sekitar 45K jadikan total caruman dia tahun ni 1M. Total dividen yg dia dah dapat sepanjang 22 tahun rasanya dah mencecah 300K. So pure hasil caruman dalam 600-700K.






Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:03 PM | Show all posts
twins replied at 26-3-2024 01:02 PM
mula kerja umur 23 skrg umur 45 dah ada 1Juta.  maknanya dia ni gaji 5 angka dari awal .. wlupun dia ...

uols kena ambil kira dividen jugak. Kalau ada caruman 1M dividen saja dah 50K setahun

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:05 PM | Show all posts
ultra78 replied at 27-3-2024 01:51 PM
Itulah point sebenar orang buat posting tu. Kalau nak simpanan KWSP besar kena gaji besar. Masalah ...

"Kalau bisnes syarikat tu banyak untung pun, bosses tetap cakap tahun ni tak banyak untung"


kwn aku pernah bergaduh dgn boss dia pasai ni jg. asyik ckp tak untung, untung tak byk.
sekali kwn aku sound dia tau la untung berapa, siap boleh sebut anggaran sbb dia yg jaga cashflow projek dll.
siap bgtau untung kat sini dah berapa, kat situ berapa...
lps sound tiba2 dpt angpau 10k dia kata

lpstu masa bonus, yg org kita dpt la 1 bln gaji.
yg sama bangsa dgn bos dpt 3 bln mcmtu. tp diorg bg diam2 laa.
kwn aku sound lg, dia kata kenapa yg bodo2 tak reti buat kerja pun dpt bonus byk, cuma sbb sama bangsa?
dpt la jg kwn aku tu 3bln.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.187300 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list