CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14543|Reply: 16

[Jenayah] Jangan mudah terpesona janji manis pelaburan di media sosial

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-3-2024 12:49 AM

KUALA LUMPUR – Hanya dengan bermodalkan RM4,000 pelabur mampu mendapatkan keuntungan sehingga RM85,500 bagi tempoh 48 jam.

Keuntungan lebih 20 kali ganda itu antara ‘janji manis’ sindiket dikenali Pelaburan Amundi yang giat memprosikan skim penipuan pelaburan di media sosial, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 16 individu warga tempatan terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan ditahan dalam serbuan di Johor dan Sarawak, pada 6 dan 7 Mac lalu.

“Kesemua mereka berperanan sebagai pekerja syarikat dan pemilik keldai akaun yang digunakan untuk menipu mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Jelas beliau, sebanyak 15 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian berjumlah RM166,331 terhadap skim penipuan tersebut.

“Pakej pertama adalah ‘basic’ pada harga RM600 yang akan membawa keuntungan RM8,500 dan pakej premium pada harga RM900 yang akan membawa keuntungan RM15,500.

“Pakej diteruskan dengan crown pada harga RM1,800 membawa keuntungan RM35,500 seterusnya, pakej superconquer pada harga RM4,000 dan keuntungan RM85,500,” katanya.

Jelas Ramli, pihaknya turut merampas 20 telefon bimbit, satu komputer riba, tiga keping kad ATM dan satu beg silang.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ahli sindiket lain yang terbabit dalam skim berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi yang kena scam begini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:06 PM | Show all posts
amundi?

dah mcm AFundi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:07 PM | Show all posts
kena ingat, easy come, easy go
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:44 PM | Show all posts
Dah dapat, blh la..nak masuk lagi lagi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik lah pakej basic je then cabut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 26-3-2024 12:36 AM
Ambik lah pakej basic je then cabut.

Sebab nak jaga hati kawan yang suggest MLM tu ke? So ambil basic.

Mesti pengalaman sis join MLM kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:32 AM | Show all posts
hidup nak senang menipu je kerjanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 10:44 AM | Show all posts
ini semua saham temberang ni..zaman skrg ramai orang jual temberang,

jd orang serang kita dgn temberang ,kita kena defence diri kita dgn temberang juga, kalo jujur sgt diorang tak caya..

cth berlaku pada wa, ada la orang nak suruh wa join saham tembarang rm5000 untung rm30, 000 konon nya...
wa cakap wa tak de bajet byk tu

dia cakap: takkan takde , kerja dah lama

wa: dlm hati ( bugima ini orang, wa cakp taknak , dia nak gak wa masuk, wa nak kena kencing baru dia caya  kot)  wa cakap  sebenanya ada, tp duit ni wa nak pakai utk tour badminton gua malaysian open, wa dah bayar deposit, rm5k ni nak beli raket, tido hotel, yuran kemasukan pertandingan,


dn yang pelik dia dia cayo plak tu, wakkaka

wa mmg la main badminton tapi takde la smpai masuk malaysia open, axiata open dsbnya, lg pun kamon la, wa dah 40 an,

wa cakap wa tak target juara, cukup la dpt semi final, dpt la untung sikit, 4k usd, ko pn tau kan hadiah main badmnton ni diorang bayar pakai USD... nnt monang, den jumpo engkau  kito main saham,


tp mmg syok tau kalo kita temberang orang cayo... sebab tu wa tau kenapa scammer suka kan kerjaya mereka


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:47 AM | Show all posts
salimrock replied at 26-3-2024 10:44 AM
ini semua saham temberang ni..zaman skrg ramai orang jual temberang,

jd orang serang kita dgn tem ...

sama la mcm kwn aku dulu...masuk mcm2 skim...siap paksa2 aku suruh masuk...ayat dia yg x blh blah aku ingat lg..."xnak ke ubah hidup...sampai bila nk hidup mcm ni?"...last2 semua skim dia tu melingkup...asyik tukar keja...last2 mintak keja dgn aku...org mcm ni x pyh layan...buang karen...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis  pun bodo... Takde usaha proaktif...  Kes skim pelaburan menipu ni dah berulang2 sejak puluhan tahun kot.... Patutnya setiap kali muncul skim pelaburan baru  terus dipantau. Nampak red flag je terus ambik tindakan. Tak cukup kuasa undang2? Ko usulkan la penggubalan/pindaan undang2 bagi ko kuasa yg diperlukan utk bertindak secara efektif.

Ini nak tunggu skim tu tersontot & rakyat rugi berjuta2 baru ko nak bagi perhatian. Tu pun lepas dah banyak mangsa report baru terhegeh2 polis buat press conference.

Nak kata tak cukup manpower, polis ada anggota 100K  lebih kot. Kalau ko setup unit khas commercial crime prevention unit dengan 1000 orang anggota, aku rasa menggelupur awal kot skim skim penipu & scammer ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:02 AM | Show all posts
belambak beleluasa dlm fb tu... tk kene tindakan pelik.. satu lgi nampak pelaburan under sapa tah nama Dato Redz? tu pun mai mana dato tah... tp elok satu malaya team keter besau pusing cekik darah org
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-3-2024 09:58 AM
Sebab nak jaga hati kawan yang suggest MLM tu ke? So ambil basic.

Mesti pengalaman sis join MLM k ...

Tak pernah lagi so far. Oh tidakkkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
byk duit ni akhir nya tinggal jua.
kalo niat nk bwk ke alam lain, baik byk bersedekah semasa kita masih hidup lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa jer nak AJAK ONGLAIN KAYA....yg ajak tu..memang sah la menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:03 PM | Show all posts
pelaburan ayah pin ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 08:07 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 26-3-2024 12:36 AM
Ambik lah pakej basic je then cabut.

Tak payah....bila nak cash out susah wooo....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.077394 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list