CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5165|Reply: 3

[Tempatan] Titah Sultan Kelantan mahu sambung projek ECRL ke Rantau Panjang akan dikaji - MRL

[Copy link]
Post time 25-3-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Titah Sultan Kelantan mahu sambung projek ECRL ke Rantau Panjang akan dikaji - MRL

https://www.bharian.com.my/berit ... l-ke-rantau-panjang

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 25, 2024 @ 8:50am
nfazlina@nstp.com.my


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak (paling kiri) menyampaikan cek sumbangan Ramadan kepada Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat Darul Atiq ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Hotel Perdana, malam tadi. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim

KOTA BHARU: Kementerian Pengangkutan akan mengkaji berhubung titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, bagaimanapun memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke nanti.

"Tentunya perkara ini (sambungan ERCL ke Rantau Panjang) dalam kajian," katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berharap projek ECRL dapat disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Baginda bertitah, ia bertujuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan selain mampu mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand.

Selain itu, Darwis berkata, pembinaan projek ECRL di Kelantan disifatkan paling mudah termasuk dalam urusan pengambilan tanah dan sehingga kini segala urusan pengambilan tanah di negeri itu sudah selesai sepenuhnya.

Katanya, kerja pembinaan ECRL di Kelantan sudah mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus setakat ini dan keseluruhan jajaran di negeri itu membabitkan sepanjang 43 kilometer (km).

"Kemajuan keseluruhan projek ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai 62.40 peratus setakat bulan lalu.

"Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.

"Jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan projek ECRL sepanjang 665 (km) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion, pembinaan 41 terowong sepanjang lebih 62 km serta pembinaan jejambat sejauh 150 km.

Sementara itu ketika ditanya berhubung harga tiket yang akan dikenakan, Darwis memaklumkan perkara itu belum dibincangkan setakat ini.

"Harga tiket akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan dan saya yakin harga yang akan dikenakan adalah berpatutan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 09:15 AM | Show all posts
aku geram tengok di malaya ni...Sabah masih ada masalah

1. air
2. letrik
3. jalan raya

mereka sana asyik guna duit benda yg tidak penting, kenapa tak guna duit tu untk di sabah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-3-2024 09:20 AM
Simunggu replied at 25-3-2024 09:15 AM
aku geram tengok di malaya ni...Sabah masih ada masalah

1. air


Urusan Air dan Tanah kan urus Kerajaan Negeri

Dah lah air curi pun tak boleh kontrol...kalau tak boleh nak kontrol join je Negeri Selangor serahlan kedaulatan tu pada Sultan Selangor.

Dah la populasi kecil, banyak pati..banyak orang miskin. Ko pulak memekak.

Sabah ni sleeping partner dalam Gagasan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:28 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-3-2024 09:18 AM
Urusan Air dan Tanah kan urus Kerajaan Negeri

Dah lah air curi pun tak boleh kontrol...kala ...

boleh ke maintain...? jap lagi jd isu paip air....30 tahun tetap la mcm jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.292283 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list