CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18144|Reply: 32

[Tempatan] "Berapa Juta Ni?" - Cikgu Terkejut, Ingatkan Budak Pakai Headphone Dekat Sekolah!

  [Copy link]
Post time 25-3-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan headphone.

Walaupun dengan cuaca yang semakin panas, apatah lagi dalam bulan puasa ini, anak-anak masih perlu menghadiri sesi persekolahan.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, pelbagai gajet telah dihasilkan bagi membantu memberi keselesaan kepada anak-anak seperti kipas mini dan jenis yang digantung di leher.

Tapi biasanya murid-murid tak boleh bawa barang elektronik atau alatan canggih ke sekolah kan? Macam mana pula dengan kipas leher ini?
Kipas Leher Nampak Seperti ‘Headphone’

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang guru (@cikgu_farrah) mencuba kipas leher yang dibawa oleh anak muridnya ke sekolah.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Farrah pada mulanya menyangka alatan tersebut merupakan ‘headphone’ ataupun sejenis bantal.

Kipas tersebut dibawa ke sekolah oleh salah seorang anak muridnya kerana cuaca yang amat panas.

Cikgu Farrah juga menunjukkan kipas itu berfungsi dengan baik dan dapat menyejukkan individu yang memakainya.

“Sedapnya kipas,” kata guru tersebut dalam loghat utara.

Tak Mahal Ke Kipas Leher?

Cikgu Farrah yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar (SKHAB), Alor Setar, Kedah telah bertanya kepada anak muridnya mengenai harga gajet tersebut.

Kedengaran suara comel di latar belakang berkata, “Murah”.

    Macam-macam la budak-budak la (zaman sekarang) ni. Musim hangat noh.
    Cikgu Farrah.

Berdasarkan carian kami, banyak kipas leher dijual di platform dalam talian dengan harga yang bermula kurang daripada RM10. Wow, memang murah betul!

Tapi pastikan tengok review terlebih dahulu untuk tahu sama ada kipas itu betul-betul berfungsi.
Boleh Ke Bawa Kipas Leher Ke Sekolah?

Pasti ibu bapa tertanya-tanya sama ada kipas leher boleh dibawa ke sekolah atau tidak? Dengan cuaca yang sangat panas kini, bagus juga kalau anak-anak boleh bawa kipas kecil sendiri.

Menjenguk ke ruangan komen, Cikgu Farrah memaklumkan bahawa sekolah tempat dia bertugas membenarkan murid-murid membawa kipas.

Katanya lagi, kipas di dalam kelas tidak begitu menyejukkan memandangkan cuaca yang amat panas.

Beberapa individu lain memaklumkan bahawa ada sekolah yang membenarkan malah menggalakkan murid-murid membawa ‘mini fan’ ketika musim panas.

Guru Bawa Kipas ‘Extra’ Untuk Anak Muridnya

Selain itu, seorang ibu turut menyuruh anaknya membawa powerbank untuk mengecas kipas ketika di sekolah sekiranya kehabisan bateri.

Seorang guru pula berkata anak muridnya siap membawa kipas elektrik yang dipasang di sekolah.

Di samping itu, seorang guru lain mengambil inisiatif sendiri dengan membawa kipas tambahan ke kelas untuk anak-anak muridnya. Bagus betul cikgu macam ini.

Tips Hadapi Musim Panas

Dalam menghadapi cuaca yang sangat panas, jangan lupa untuk menjaga kesihatan agar tidak terkena strok haba.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi tips yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan daripada cuaca panas ke atas kesihatan seperti berikut:

    Banyakkan mengambil air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dan tidak perlu tunggu dahaga baru minum.
    Kurangkan aktiviti di luar dan kekal berada di dalam rumah atau bangunan jika boleh.
    Kerap berehat.
    Sejukkan tubuh badan dengan mandi dan memasang kipas angin atau pendingin hawa.
    Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
    Pakai topi atau payung yang besar ketika keluar dari rumah.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati agar mengelakkan:

    Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    Meninggalkan seseorang, terutamanya kanak-kanak, di dalam kereta yang tertutup.
    Bersenam dalam cuaca panas.

Tambahan pula, dalam bulan puasa ini, segera berbuka jika anda rasa badan terlalu lesu dan kekurangan air.

Menurut Maktabah Al-Bakri, harus berbuka puasa jika terlalu lapar dan dahaga sehingga boleh memudaratkan kesihatan. Namun jangan lupa untuk gantikannya kemudian setelah selesai bulan Ramadan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2024 09:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2024 09:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2024 09:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2024 09:19 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye cikgu iols pun terkejut tengok kat online...hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ada usha brand nitecore. murah je. ingat nak beli utk anak iols. sekali tgk taon ni kelas dah pasang ekon. takyah la beli.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:31 PM | Show all posts
Kat mr diy dah ada dah jenis camni letak kat tengkuk. Iols pun rasa nak beli jenis ni, penat nak pegang, dah kene pegang ipad lg sblah. Kalu budak nakal pun senang nak kejar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Peghaknya cikguu....

Dah lama ada dah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kelas pun buat tiktok ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tp kipas tu bising nya lahai bila pakai, rimas pulak bunyi bdengung kat telinga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
imanda replied at 25-3-2024 10:38 PM
tp kipas tu bising nya lahai bila pakai, rimas pulak bunyi bdengung kat telinga.

Brand Muji ada; tak bising; tapi mahallah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan cikgu2 SK ni suka sangat buat tikitok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 dah tadak UPSR, hangpa banyak masa la buat tiktok naaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by VespaSilbe at 26-3-2024 02:35 AM

Lama dah kut menatang ni
Masuk ingatkan headphone Dyson
Cikgu apani peghak pekat siap tunjuk kebodohan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batmana at 26-3-2024 02:40 AM

Patut KPM amikla tindakan kt cikgu2 camni..wktu keje main tepon..
Kalu keje nurse ,Kene tindakan..keje polis Kene tindakan..tk tau lagi ke sbrg produk review akan ada ada yg keluar tepi..klu pkai iid adsense dia dpt duit la..pehal keje cikgu leh post benda cmni?kerjaya lain bole plak Kene tindakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni macam baru keluar kampung Mok Cun.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 25-3-2024 10:03 PM
Masa kelas pun buat tiktok ke..

Try market nk jadik influenza.
Kena gaya leh pencen awai
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2024 01:11 AM
Mentang2 dah tadak UPSR, hangpa banyak masa la buat tiktok naaaa

Muhahhahaa...terpaling tepat nih..
Patutnya kena buat upsr balik..barulah cikgu lebih fokus ngajar utk student dpt score kannn
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 25-3-2024 10:22 PM
Muhahhahaa...terpaling tepat nih..
Patutnya kena buat upsr balik..barulah cikgu lebih fokus ngajar ...

Ha'ah. Ni ngaja ntah hapa2. Kat tempat aku ni, bebudak Form 1 yang masuk SMK masih hada yang tak reti membaca dan menulis dengan betul. Tanda baca tunggang langgang segala - tu baru bahasa, belum pasal Maths, memang super sedeh. 6 tahun budak tu kat SK, apa kau buat? Coi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.088658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list