View: 8694|Reply: 19
|
[Tempatan]
Berwajah kacak.Gerai air balang 'Abang Hensem' jadi tumpuan
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 26-3-2024 10:00 AM
Gerai air balang 'Abang Hensem' paling bersih
Oleh Nor Amalina Alias - Mac 26, 2024 @ 8:01am
bhnews@bh.com.my
Mohamed Hafizul Mohamed, 28 (kanan), Mohamad Faiz Zaidi,29 (kiri) dan Muhammad Farizie Noor Azmi, 32 (tengah) menunjukkan air balang 'abam hensem' ketika ditemui di Bazar Ramadan Lembah Sireh. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Mempertaruhkan wajah yang menarik dan menu air yang banyak menjadi tuah buat sekumpulan anak muda yang berniaga air balang di bazar Ramadan di sini.
Menggunakan nama air balang 'abam hensem', mereka sudah menjual lebih 15,000 bungkus air sehingga kini.
Peniaga, Mohamad Faiz Zaidi, 29, berkata, sebanyak 11 jenis air balang dijual di gerai mereka yang dibuka di dua lokasi iaitu bazaar Ramadan Lembah Sireh dan bazaar Ramadan Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV), di sini.
Katanya, dia bersama 10 lagi rakan terdiri daripada anak-anak muda berusia antara 18 hingga 37 tahun termasuk dua rakan baik, Muhammad Farizie Noor Azmi, 32 dan Mohamed Hafizul Mohamed, 28, mengusahakan air balang sejak dua tahun lalu.
"Kami guna nama Abam Hensem memandangkan semua pekerja lelaki jadi perkataan 'hensem' tu sinonim dengan lelaki untuk tarik perhatian pelanggan.
"Setiap hari, kami mampu menjual air lebih 500 bungkus dalam bekas plastik dan gelas," katanya ketika ditemui di bazar ramadan Lembah Sireh, di sini.
Mohamad Faiz berkata, antara jenis air yang dijual adalah raja kasturi, koktail, oren lemonade, fruity tropical dan keladi.
Katanya, kebanyakan menu air adalah berkonsepkan minuman detoks dan menu tular yang kemudian diubahsuai mengikut permintaan pasaran.
"Kami akan cuba menu yang 'trending' dan turut memakai baju dan menghias gerai dengan kain 'scallop' berwarna merah jambu serta hiasan bunga-bungaan bagi meyerlahkan gerai kami," katanya.
Beliau berkata, mereka memperuntukkan masa dua jam untuk menyiapkan 11 jenis air balang dan biasanya habis terjual dalam tempoh dua ke tiga jam.
Mohamad Faiz berkata, dia menjual air balang hanya di bulan puasa selain pekerjaan hakiki sebagai perunding perkahwinan sejak 12 tahun lalu.
Lebih membanggakan, gerai mereka turut menerima anugerah gerai terbersih bagi kategori minuman sempena Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan peringkat Negeri Kelantan 2024.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menjadi peniaga yang amanah ya |
|
|
|
|
|
|
|
Bancuh guna air apa? Air paip ke air boring? Kelantan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem ke?
Acik walaupun tak cantik dan tak hensem, acik pandai evaluasi ye. |
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan aku xpernah beli air campur2 ni
jadi hari tu aku rasa ribena laici tu macam rasa pelik
ibarat nak minum milo tapi ada rasa durian
(macam melampau pulak perumpamaan tu)
aku jenis nak minum oren nak rasa oren
nak minum air anggur nak rasa anggur la
tapi tula lagi 2 tahun baru tekak aku serasi kot dengan air2 camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 26-3-2024 02:47 PM
memandangkan aku xpernah beli air campur2 ni
jadi hari tu aku rasa ribena laici tu macam rasa pelik
...
Haha
Aku pun tak suka campur2 perisa air dalam satu minuman. Sebab taktau nak describe rasa yang mana satu. Ribena laici rasa apa kalau ditanya. Jawabnya rasa dua2 iaitu ribena laici |
|
|
|
|
|
|
|
Taste is all about mixing cuma sesuai atau tidak ja. Ribena laici ni macam masuk juga bagi aku tapi Milo durian tu memang tak lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ke-hensem-an nya? dah pakai teropong pon masih tak nampak. adakah hijab ku dah tertutup???? oohhh tidakkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut stndard ummah budu kacak la tara tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak jual air balang kena mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 26-3-2024 05:02 PM
nak jual air balang kena mcm ni
Ko nak jual apa sebenarnya ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak hensem pon!!! marahnye aku grrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 26-3-2024 02:47 PM
hokeypokey replied at 26-3-2024 01:32 PM
tak hensem pon!!! marahnye aku grrrrrr
Boleh lah kalau pakai filter.
Cantik & bersih booth dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 27-3-2024 02:39 AM
Boleh lah kalau pakai filter.
eh pakai filter terus auto hensem, kalau depan2 ni mesti berminyak jer |
|
|
|
|
|
|
|
berapa ringgit sebungkus? |
|
|
|
|
|
|
|
Zoom in zoom out… nk cari hensem tang mana tp x jumpe pn |
|
|
|
|
|
|
|
geli aih jantan berfilter bagai ni..depan2 muka budu jugak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|