View: 10768|Reply: 11
|
[Tempatan]
Laporan: KK Supermart saman pembekal stoking RM38j
[Copy link]
|
|
Laporan: KK Supermart saman pembekal stoking RM38j
https://www.malaysiakini.com/news/700689
Diterbitkan: Mar 26, 2024 9:02 AM
Dikemaskini: 9:02 AM
KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Supermart) dilaporkan sudah memfailkan saman terhadap syarikat pembekal stoking tertera kalimah Allah, Xin Jian Chang Sdn Bhd (Xin Jian Chang), dan pengarahnya Soh Chin Huat.
Melalui tindakan undang-undang itu KK Supermart membuat tuntutan keseluruhan sekurang-kurangnya RM38 juta, termasuk melibatkan aspek kerosakan jenama dan pembatalan cadangan penyenaraian di Bursa Malaysia.
Menurut laporan Malay Mail, peguam rangkaian kedai serbaneka itu, David Gurupatham, mengesahkan anak saman sivil tersebut difailkan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
Dalam tuntutan, KK Supermart memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pembekal terbabit telah mengganggu perniagaan mereka secara tidak sah.
Mereka juga mahu mendapatkan perintah agar Xin Jian Chang dan Soh menanggung kerugian tersebut, selain menyerahkan kepada mahkamah menilai kerugian daripada purata pendapatan perniagaan sebanyak RM1.5 juta seminggu.
Tuntutan lain termasuk RM10.5 juta untuk kerosakan pada nama jenama dan nama baik syarikat kedai serbaneka itu di pasaran, dan RM20.3 juta disebabkan pembatalan cadangan penyenaraian di bursa saham.
KK Supermart juga menuntut ganti rugi teruk lain untuk dinilai oleh mahkamah, dan ganti rugi punitif dan teladan.
Dalam pernyataan tuntutannya, KK Supermart berkata, pada 5 Feb lalu Xin Jian Chang memohon untuk membekalkan penutup lengan dan ia dipersetujui secara konsainan.
KK Supermart mendakwa di sebalik terdapat keterangan bertulis mengenai penutup lengan itu bersama kod barnya, mereka tidak pernah memberi kebenaran untuk konsainan dengan kod bar itu digunakan untuk paparan atau penjualan stokin kontroversi.
Syarikat itu juga mendakwa Xin Jian Chang telah meletakkan stoking sedemikian tanpa pengetahuan kedai mereka di cawangan Bandar Sunway.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gasak la korang, hope tokey2 lain amik iktibar apa yg jd pd kkmart |
|
|
|
|
|
|
|
"i lap Malezia...Malezia lap abangla...kasi terbalik Jalur Gemilang..tada..'BOIKOT ABANGLA'..."-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
ko saman supplier
tapi supplier buat ikut kehendak client
yang tak berape cerdik je pecaya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bakingsoda at 26-3-2024 06:47 PM
adiksha replied at 26-3-2024 12:59 PM
ko saman supplier
tapi supplier buat ikut kehendak client
supplier tu amik barang china la, bukan print sendiri. beli pukal mixed design, mmg tak la dia nak cek satu2. kalau yg tak kenal huruf arab pulak dah tentu nampak cam corak biasa. graphic tu ada org jumpa designer asal, kat reddit kot. pastu biasa la design kena curi pastu pencuri print kat barang random. ada kat fb org tunjuk contoh baju tidur budak gambar disney tapi tulis boob, kedai kat nilai katanya. yg jual tu beli pukal, kalau tatau boob maksud ape dia jual je la bodo2 camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la saman...jadi pengajaran pd peniaga lain...nak bagi vendor space pun check jugak produk apa yg dia jual..sbb akan bawa sekali jenama kedai kau
|
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 26-3-2024 11:15 AM
hmm..i smell fishy
Same here |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lah corak biasa, terang-terang ada huruf A L L A H, takkan tulisan Rumi pun tak boleh baca
|
|
|
|
|
|
|
|
Edisi drama tuding jari dah bermula |
|
|
|
|
|
|
| |
|