CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9917|Reply: 3

[Politik] Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 26-3-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sekali gus berdepan hukuman yang lebih berat.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul susulan kenyataan Wan Saiful yang mendakwa Zulkafperi dan Mohd Azizi membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Menurut Johari, beliau juga boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa baharu mengikut Peraturan 80A, bagi menilai kenyataan dan tuduhan melibatkan tiga Ahli Parlimen pembangkang terbabit.

"Jadi ingat Yang Berhormat, hukuman kali ini akan berat, pasti. Ini kerana telah berkali-kali saya memberi amaran dan ingatkan agar semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar dan bukan di dewan ini.

"Saya ada berurusan dengan seorang demi seorang (Ahli Parlimen berkenaan). Apa pun juga kita mempunyai mekanisme yang cukup jelas. Jadi saya akan gunakan itu semua, dan apa juga keputusan, bukan keputusan saya. Tetapi ia dibuat oleh jawatankuasa.

"Saya cuma melafazkan keputusan itu di sini," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Johari menambah sebarang keputusan akan dibuat dalam tempoh Sidang Parlimen yang berbaki tiga hari lagi.

"Saya telah menulis kepada Tasek Gelugor untuk mendapatkan fakta-fakta yang telah pun beliau sebut itu, dengan membuktikan bukti-bukti yang jelas agar saya dapat berurusan dengan itu (kenyataan yang dibuat).

"Selepas itu, saya akan panggil Yang Berhormat Gua Musang dan Yang Berhormat Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya. Jika didapati Tanjong Karang dan Gua Musang bersalah, kedua-duanya akan dihadapkan ke jawatankuasa," tegasnya.

Johari turut menyifatkan kenyataan yang diucapkan oleh Wan Saiful sebagai amat serius dan melibatkan kredibiti kerajaan dan Perdana Menteri.

"Jadi, keputusan mesti dibuat dan tindakan mesti diambil sama ada terhadap Yang Berhormat berdua (Tanjong Karang dan Gua Musang) mahupun Tasek Gelugor kerana perkara-perkara yang di hadapan kita ini amat berat yang melibatkan maruah dan kredibiliti Ahli Parlimen, kerajaan, Perdana Menteri dan Parlimen," katanya lagi.

Zulkafperi telah memfailkan usul bagi merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebagai sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan.

Beliau juga menafikan menjadi 'ejen pemujuk' kepada Ahli Parlimen PN yang lain untuk menyokong kerajaan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-ahli-parlimen-pn-berdepan-hukuman-berat-speaker-dewan-rakyat-463792?amp=1

Single Polls, Total 6 Users voted

Count down: 4410 Days13 Hours3 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal sokong Kerajaan pun boleh gaduh...memang kita semua sebagai Banhsa Malaysia berjiwa besar perlu optimist dengan Kerajaan Madani yang dipimpin DS Anwar Ibrahim.

Siapa yang tak sokong tu mengkhianati perlembagaan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:41 AM | Show all posts
Ahli parlimen dah jadi toksid enabler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:00 PM | Show all posts
another problem by them
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.125948 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list